Nantikan Ekspo Taiwan Terbesar November ini ! Selepas Indonesia, Vietnam dan Filipina, Kuala Lumpur dipilih untuk menjadi penutup kepada jelajah ekspo terbesar Taiwan yang akan membawakan 5,000 produk berteknologi tinggi dari Taiwan.
Malaysia yang menjadi rakan dagang ke-8 terbesar, akan dipersembahkan dengan pameran pelbagai barang perniagaan, seminar, persembahan kebudayaan dan aktiviti menarik lain yang akan memperkenalkan produk dan kebudayaan Taiwan pada 9 hingga 11 November 2017. Bagi yang teringin bekerja di Taiwan juga boleh mencuba nasib (read...test market 😁). 164 syarikat akan terlibat dalam ekspo besar-besaran ini.
Sejak Dasar Baru di Selatan diperkenalkan, Taiwan telah berkembang dengan
agresif ke pasaran Asia Tenggara melalui hasil keluaran negaranya yang
memberangsangkan. Malaysia selaku rakan dagangan Taiwan yang ke-8 terbesar
dilihat sebagai keutamaan dalam mendorong promosinya ke arah selatan. Ekspo
Taiwan yang merupakan salah satu daripada banyak acara promosi telah dimulakan
di Indonesia pada bulan Mei, Vietnam pada bulan Jun, dan Filipina pada bulan
September dan bakal mengakhiri acaranya di Pusat Konvensyen dan Pameran
Kuala Lumpur (KLCC) dengan acara yang amat dinanti-nantikan.
Pameran Kecantikan Halal
Membawakan tema Terbaik Untuk Kehidupanku: Bakat, Aplikasi e-perniagaan, Intelek, Kecantikan (“BEST for MY Life!Beauty, E-commerce, Smart, Talent”), untuk Ekspo ini, pameran ini bakal menampilkan 11 tema pavilion dan 8 industri khusus yang memfokus kepada lima pemacu utama direka untuk mengukuhkan imej Taiwan 2 sebagai kuasa teknologi meliputi Kecantikan & Produk Halal, E-Perdagangan & Perniagaan, Kepintaran & Teknologi, Bakat & MICE serta Budaya & Sajian.
Memandangkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam pensijilan Halal, Ekspo ini akan membawakan sebilangan besar pilihan produk kecantikan Halal dan makanan khusus yang menyerlahkan potensi industri Halal di Taiwan bahkan pelancaran beberapa produk kecantikan baru akan turut berlangsung pada ekspo kali ini.
Antara lain yang menarik di Ekspo ini juga adalah pelbagai Seminar perniagaan yang akan menyentuh empat topik utama iaitu Pembentangan Produk Hijau Taiwan, Persidangan Perniagaan Internet Digital Ekonomi Baru, Persembahan Produk-produk Halal Taiwan, dan Seminar Kecemerlangan Taiwan - Perkembangan dan Aplikasi Sistem Pengangkutan Pintar.
Mencari Rakan Kerjasama, Mempererat Hubungan
Menurut perangkaan, terdapat hampir 30,000 pelajar asing dari senarai 10 negara ASEAN yang menuntut di Taiwan pada 2016 dan Malaysia menduduki senarai teratas dengan 16,000 pelajar. Bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia dan mengukuhkan lagi pertukaran dalam industri bakat, akan turut disediakan di Ekspo ini adalah Zon Ujibakat Global Taiwan untuk pelajar yang berminat menampilkan bakat masing-masing dengan hanya perlu mendaftar di tapak uji bakat.
Mengorak Masa Depan Berdaya Saing melalui Teknologi Kreatif
Pelawat juga boleh menjangkakan kemeriahan ekspo ini dengan penyertaan lebih daripada 23 jenama inovatif yang akan mempamerkan pelbagai produk-berkaitan - internet, inovasi teknologi digital, Realiti Maya dan produk-produk elektronik lain. Menariknya, turut serta di Ekspo ini juga adalah APP Chocolabs, penyedia Caller-ID terbesar di dunia, kereta sel solar mudah alih serta pelbagai lagi produk dari industri keluaran Taiwan yang menjadi kegemaran ramai.
Selain terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis produk kegunaan harian pengguna, Taiwan juga mempunyai bermacam jenis sajian makanan lazat yang tersendiri dan 3 masyarakat Malaysia berpeluang merasai sendiri di Ekspo Taiwan nanti. Juga menarik bagi peminat gaya hidup yang unik serta peminat seni halus, ekspo ini akan menampilkan rangkaian produk penyangkut dari Fero-Carbon FECA Series dan barangan rekaan seni halus bertajuk Peacock Spreading Its Tail Feathers oleh Giuseppe Gastiglione yang dihasilkan dengan penggunaan 99% emas tulen.
Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia akan berlangsung dari 9hb (Khamis) hingga 11hb (Sabtu) November 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran ini akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang dan kemasukan percuma. Untuk mendaftar menyertai acara atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di http://mys.taiwanexpoasean.com/, atau ikuti media sosial kami di: www.facebook.com/TaiwanExpo.my/ dan instagram.com / taiwanexpo2017_malaysia.
Acara Utama Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia
Ekspo ini akan dipacu oleh 5 agenda utama, 11 tema pavilion, 8 ruang pameran dengan pelbagai aktiviti pentas dan forum.
5 Pemacu utama tersebut ialah:
1. Kecantikan dan produk halal
2. E-perdagangan dan perniagaan
3. Kepintaran dan teknologi
4. Bakat dan MICE
5. Kebudayaan dan sajian.
Daripada beberapa produk yang dipamerkan memang nampak barangan Made in Taiwan ini berkualiti. Paling menarik kerusi yang hanya boleh dibuka dengan satu sentuhan, macam payung. Ianya kuat tetapi ringan. Senang dibawa kemana-mana. Nak letak dalam masjid/surau pun bagus.
Lagi satu, pelajar atau professional yang ingin bekerja di Taiwan/bekerja dengan syarikat Taiwan boleh mendaftar di booth Contact Taiwan Global Talent Recruitment bernombor 5412. Terdapat 171 kerja kosong untuk uols isi. Boleh juga cari info di sini http://www.contacttaiwan.tw .

0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.