Indonesia | Percutian anda ke Surabaya tidak lengkap tanpa kunjungan ke Gunung Bromo



Percutian anda ke Surabaya tidak lengkap tanpa kunjungan ke Gunung Bromo | Sampai juga hajat untuk ke Surabaya sekali lagi. The happiest moment was bila dapat bermalam di Gunung Bromo dan menikmati keindahan taman negaranya yang sangat luas itu. Lima tahun dulu ke sini dengan kawan. Bila dia bersiap keluar jam tiga pagi tu aku mampu pandang je sebab aku sedang 'membawa perut'. Bahaya naik jip di lokasi yang adventure tu selain takkan mampu aku nak memanjat tangga yang banyak tu.



Sesetengah orang tak suka itinerary yang packed but for me yang bukan orang have have dan biasanya just spend four days on each trip, I'll try to visit seberapa banyak tempat menarik. I will optimized sewaan kenderaan tu. Jika ada yang rasa tak puas tengok barulah ushar tiket di masa lain. Namun pengalaman dan idea di lokasi tersebut telah ada. Seperti trip ini exited tak boleh nak digambarkan setelah begitu lama menunggu.

Dah baca ke itinerary kami selama empat hari di sana? Kalau belum jemput baca di sini nanti.

Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru
Kompleks taman negara ini sangat luas. Puncak tertinggi ialah Gunung Semeru dengan ketinggian 3,676m. Gunung Semeru ialah gunung berapi aktif yang kerap meletus menghasilkan asap volkanik.

Walau bagaimanapun yang lebih popular di sini ialah Gunung Bromo yang sering ditempelkan di cenderahati dan brosur pelancongan Surabaya. Rupa bentuknya mudah dikenali dengan bahagian atasnya sudah pecah akibat letusan terdahulu. Terakhir, gunung ini meletus pada Januari 2016. Gempa letusan kalau kecil bunyinya hanya bergemuruh dari dalam kawah tetapi kalau besar berdentum kuat.

Menariknya apabila Gunung Bromo meletus pengunjung berduyun datang untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Di tempat lain bila dah dikeluarkan amaran gunung akan meletus semua pakat lari menyelamatkan diri. Kedatangan orang ramai ini mungkin disebabkan gunung tersebut berada di kawasan lebih rendah dan jauh dari penempatan, di tengah padang pasir. Jarak masa konsisten letusan gunung ini ialah 30 tahun.

Kedua-dua gunung ini berada di kaldera Tengger berdiameter 10km dengan dikelilingi lautan pasir. Selalunya pengunjung akan datang ke sini menggunakan laluan Cemoro Lawang. Jalan lain ialah dari Tosari dan Ngadas. Pintu masuknya adalah di Kampung Ngadisari.

Apa pula Tengger tu? Tengger pula ialah kaum yang mendiami kawasan tersebut.


Perjalanan dari Surabaya ke Gunung Bromo
Dari Bandara International Juanda, kami lunch dan terus ke pusat kulit serta bordir di Tanggulangin dan lumpur panas Lapindo seterusnya naik ke Gunung Bromo. Quite dissppointed jugalah dengan lawatan ke pusat sulaman tu. Itu aje ke yang ada? Best lagi Pasar Baru Bandung, sampai tak dapat nak keluar dek rambang mata! hahah...

Aku tertidur sekejap selepas makan tengahari tu, selebihnya berjaga sebab hendak melihat suasana sekeliling. Jauh oih... dalam empat jam juga dari Surabaya nak sampai ke atas gunung nun. Di sepanjang perjalanan kelihatan rumah kampung yang kecil dibina memanjang ke belakang dan rapat diantara satu sama lain. Jarak dengan rumah sebelah sesetengahnya hanyalah sekaki. Namun ada juga kawasan yang nampak mewah, banglo bertingkat dengan kereta dua tiga buah. Masjid pun rapat betul, di kiri kanan jalan ada masjid tetapi tidak besar. Pak supir kata satu kampung satu masjid. Dari bilik aku di Ibis Styles Malang tu pun boleh nampak sekurang-kurangnya empat masjid di sebelah kanan sahaja. Mudah-mudahan penuh dengan jemaah.

Pak supir tanya nak makan di bawah tu ke atau di atas jadi kami decide makan di atas je lah, sejuk kan? Syok sikit. Kami melalui jalan naik ke gunung sejauh 40km ketika hampir Maghrib. MasyaAllah.... ramai orang kampung lelaki, perempuan dan kanak-kanak bersedia dengan pakaian bersih untuk berjemaah di masjid. Hebatnya rutin ibadah mereka. 

Jalanraya naik ke puncak masih kecil tetapi lebih baik dari dulu. Kalau kita naik bas, hentiannya adalah di Sukapura. Banyak homestay di sini. Kedai makan pun ada tetapi masih jauh untuk sampai ke puncak. Kami menginap di Homestay Dua Putra nun di Ngadisari bersebelahan Lava View Lodge. Sebelum sampai di homestay yang kami tempah park fee sebanyak IDR220,000 seorang dikenakan. Pelancong tempatan hanya perlu membayar IDR27,500 sahaja. Bagai langit dengan bumi beza yuran masuknya.

No automatic alt text available.
Thanks to Wong Kong untuk info ini. 

Kami sampai dalam 6.30 petang (dah gelap gelita sebenarnya). Tiada sesiapa menunggu di homestay mungkin disebabkan ETA aku letak 8 malam. Sejuk jangan cakaplah trrrrr.... call nombor di booking.com tu tak berangkat. Banyak kali mencuba. Pak supir pun tolong call dan diangkat tapi orang tu kata dia bukan pemilik homestay. Ah sudah! Lepas call berkali-kali dia pun tolong contact si penjaga homestay (aku namakan A). Bila A tiba dia beritahu bahawa nombor yang memula kami call tu nombor bos dia? Haiya... mana satu yang betul ni?


Pakej Bromo 4 lokasi IDR500,000
Sewaktu sesi soal jawab melalui Whatapps aku ada bertanya dengan bos Pak Supir kami tu beberapa perkara terutama harga tiket terkini. Ada yang silap oih... kena minta kengkawan top-up bahagian memasing. Dia ada beritahu juga harga sewa jip ke Puncak Penanjakan 1, Kawah Bromo, Bukit Teletubies dan Pasir Berbisik tetapi aku tak kata nak book melalui dia. Dah kerap ke Indonesia kan jadi kita tahulah serba sedikit tips and tricks di sana.

Malam tu sewaktu A bertanya sama ada kami dah book trip pagi esok, tak sempat aku jawab driver kami kata kami dah book melalui bos dia. Bila aku tanya A, berapa? Driver jawab lagi, sudah.. sudah booking. Eh? Tak puas hati, jadi aku bercakap dengan bos dia. Aku tegaskan aku tak book pun, takde aku mention nak tempah pakej tu dalam whatapps. A caj 500k rupiah for four points (empat lokasi), bos dia caj 600k rupiah. Hang pilih yang mana? Kalau ada yang dapat kurang daripada 500k bagitau la nooo... teringin nak repeat.

Pukul 2.15 pagi kami dah bangun sebab diminta menunggu jip jam 3 pagi. Ya Allah SEJUKNYA menunggu di luar bilik! 5c! Menggigil-gigil aku ni ha. Dah lah tidur malam tu terketar-ketar walaupun lengkap dengan winter jacket, stokin, gloves dan penutup telinga. Sampai naik lemas berselubung hahahah... hanya selepas menampal heat patch di tapak kaki barulah aku dapat tidur sekejap. Macam manalah nak migrate ke Switzerland? 😛😁 Tidur di Kuala Pilah pun berduvet bagai. 

Lokasi pertama kami ialah ke Puncak Penanjakan 1 menunggu matahari terbit. Jalan ke sana kena melalui kawasan padang pasir, naik ke gunung melalui jalan bengkang-bengkok. Masa nak turun baru nampak jalan di tepi gunung tu. Seriau beb bila turun bersusun macam Fast & Furious! Perlukan driver berpengalaman untuk laluan ini. Menarik pula bila tengok jip berlainan warna bersusun turun.

Sewaktu turun.

Masa kami sampai tu pun dah ramai. Kami naik sampai ke kawasan lapang di atas sekali sebab masih agak lama lagi tapi kesudahannya bila nak ambil gambar sunrise nampak kepala orang je. Punyalah ramai orang walaupun on weekdays. Maju betul pelancongan di sini. Bukan sahaja pelancong asing tetapi warga tempatan pun ramai.

Marilah kita mula melihat gambar daripada photographer tak bertauliah ini.
Ini kawasan Probolinggo ke?

Bila matahari semakin memunculkan diri, masyaAllah cantiknya pemandangan! Dengan sejuknya,  dengan kabusnya... tak puas-puas bergambar. Aku pun dah macam Taliban dengan mafla berbelit menutup muka menahan sejuk. Dari sini kita boleh nampak Poten Hindu Temple, Kawah Bromo, Gunung Semeru dan paling dekat Gunung Batok.

Aduhaiii... cantiknya pemandangan matahari terbit! 



Panorama kaldera Tengger dan Segara Wedi (Lautan Pasir)

Tips mengambil gambar sunrise: 
Berdirilah di tangga atau di luarnya (bahaya tetapi kurang gangguan) kerana matahari akan terbit dari arah bertentangan.

Gambar jam 5.30 pagi. Gigihnya ibu ini mencari rezeki sejak sebelum Subuh sambil mengendong anak di belakang. Semoga melimpah-ruah rezekinya. Aku ni nak bawa diri sendiri pun tercungap-cungap.  


Bila dah puas bergambar kami pun turun untuk menuju ke lokasi seterusnya. Di bawah tu ada ramai orang berjualan bunga, t-shirt, souvenir dan kedai makan. Mesti syok minum kopi sambil makan jagung bakar time sejuk begitu tapi aku tak makan dan minum pun sebab bimbang kena pergi toilet. Tempat ramai orang ni malas gue mengambil risiko huhuu..


Minum kopi panas sebelum turun.  

Jip berhenti di padang pasir agak jauh dari tangga ke Kawah Bromo (Bromo Crater). Jika mempunyai tenaga yang banyak atau mahu berjimat silalah berjalan kaki. Ramai je yang sanggup menapak. Kami berempat memilih untuk menunggang kuda. Macam cowgirl pulak rasa 😆. Cajnya 150 ribu rupiah. Bos supir kami bagi tau 100k. Entahlah nak... bayar je lah dah malas nak berjalan kan... bila lalu kawasan berbatu dan curam huiii... seram mak! (tapi best!).





Gloves aku hilang lagi. Kali pertama hilang di Kunming.


Cantik-cantiklah gambar kami berkuda weh. 

Tips menunggang kuda: 
Bila berada dalam keadaan menaiki bukit, condongkan badan ke depan dan kaki tolak ke belakang. Bila turun bukit rebahkan badan sikit ke belakang dengan kaki menolak ke depan. Cakap je ni, aku pun takut gak hahahh...

Untuk melihat sendiri keadaan kawah yang letusan terakhirnya pada 2016, kita perlu memerah tenaga memijak 250 anak tangga dengan kecondongan 45 darjah. Sentiasalah berhati-hati ya sebab tangga diselaputi debu tebal hasil aktiviti gunung berapi. Terjelir lidah memasing. Ingatkan si polan yang dah lima kali mendaki Gunung Kinabalu tu power-lah, dia pun sama terjelir lidah hahah... naik 20 mata anak tangga berhenti. Naik lagi 20 berhenti. Merembes peluh dingin. Risau juga kan bila jantung berdegup kencang walaupun ada nurse mengiringi. Kau mampu berjalan bawa videographer dan nurse peribadi? #fliptudung 😍

Naik je, jangan pandang atas.

Di tengah padang pasir tu lah jip berhenti.

Bromo crater is so amazing! Subhanallah! Bunyi air menggelegak dari dasar kawah menyeramkan. Mulut kawah sangat besar dan penghadang yang disediakan hanyalah di sebahagian kecil kawasan yang ramai pengunjung. Jika mahu pergi lebih jauh pepandailah jaga diri sendiri. Laluannya kecil, condong dan berdebu. Please ensure keadaan selamat untuk kita overtake orang di hadapan. Kalau dia tengah bercerita pastikan tangan dia tak merewang-rewang, takut tertampar kita ni ha mau jatuh ke dalam kawah atau ke kawasan berbatu di sebelah. Dua-dua pun bahaya.

Aku dan videographer tu lama juga di atas sana. Yang dua orang lagi dah lama turun. Teringin nak sampai ke kawasan paling tinggi tapi bimbang pula jenuh kengkawan menunggu. Rasa cuak pun ada juga. Cubalah bayangkan berjalan di tebing tinggi tanpa safety harnest. Memang adventure! Tak pastilah boleh ke tidak kita pusing di sekeliling kawah tu. Kalau boleh, nak juga try buat next time. Kalau nak tengok rakaman video trip ni boleh tengok di IG @dboy_studio .



Aku juga ingin ke tempat paling tinggi tu sebenarnya tapi buat setengah perjalanan ⇓ je sebab dah lama sangat di atas ni. Jenuh orang menunggu. 


Aku juga mau difoto sebegini dong...

Penghadang batu yang rendah tu dibina kira-kira 50/100m sahaja panjangnya di kiri dan kanan tangga kawah. Berdasarkan gambar di bawah, sampai kat orang ramai tu saja. But why not challenge yourself to walk further?


Gunung Batok dari sisi lain. Sebelah kiri tu Kawah Bromo.


Bila kembali ke jip @dboy bertanya, "eh kak, tadi beriya nak berjalan kaki... boleh ke?" Kuangajaq! hahaha... tak nak oi.

Tips membeli-belah: 
T-shirt yang dijual di sini lebih murah daripada di Penanjakan tapi tak pastilah kualitinya sama atau tidak.

Seterusnya kami ke Bukit Teletubbies. Pernah tengok rancangan kanak-kanak Teletubbies? Ala... yang macam maskot Digi tu...nyorok nyorok di balik bukit. Ambil gambar je lah kat sini.

Pelakon drama "Bini-biniku gangster" 😁 

Last sekali ke Pasir Berbisik.

Masa menunggang kuda sebelum tu, Ani bertanya pada tuan kuda, "Apa yang dia bisik?". Terpempan si tuan kuda hahahha.... "Dengarkan aja nanti" kahkahkahhh... Tertinggal MRT makcik tu. Pembaris! 😂😂😂

Bagaimana bermulanya nama Pasir Berbisik?

Menurut cerita orang, hamparan padang pasir yang luas di ketinggian melebihi 2000 mdpl itu seakan-akan berbisik bila ditiup angin. Kemudian pada tahun 2001 ia dipopularkan oleh sutradara Nan Achnas melalui filemnya yang berjudul Pasir Berbisik lakonan Dian Sastro Wardoyo dan Christine Hakim. Itu lah aku selalu kata destinasi menarik ni elok dibuat lokasi filem kemudian popularkan. Beratus ribu orang datang.  Ia jauh lebih baik daripada memberi gelaran Datuk kepada pelakonnya. Orang kat negara Pasir Berdengung je yang kemaruk sangat gelaran ni. Kalau tak nak percaya, sudah. Lihatlah betapa famous James Bond Island dan Phi Phi Island selepas ejen 007 dan Leonardo DiCaprio menempel di sana padahal James Bond Island tu taklah secantik pulau-pulau lain di Thailand tu. Orang ke sana sebab filem James Bond pernah shoot di sana. Itu aje.... maka kita pun naklah ada gambar berlatar belakangkan batu besar dalam laut tu. See?

Akan ada banyak jip dan motorsikal yang lalu-lalang di Pasir Berbisik. jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar terutama semasa pasir terbang di belakang tayar. Langit pun cantik di musim panas ni, biru je.


Di situlah pengakhiran pakej kami lalu pulang ke homestay. Lapar worrr... nasib baik sempat breakfast di Lava View Lodge. IDR50k seorang.

Pukul 11 kami pun check-out lalu menuju ke Kampung Warna-Warni Jodipan pula. Lupa nak cakap tadi, sila pakai lotion dan sun burn lotion. Kering kulit terkena angin dingin kering dan debu gunung berapi.


Bagaimana untuk ke Gunung Bromo?
1) Sewa van siap driver dari Surabaya atau bandar lain. Kosnya sekitar 600-800k rupiah sehari termasuk petrol.
2) Gunakan public transport. Habis sehari suntuk untuk sampai ke satu tempat je.

Kesimpulan dari trip Surabaya-Bromo-Batu
Perjalanan dari satu tenpat ke satu tempat agak mengambil masa. Oleh kerana Indonesia cepat siang jadi kita boleh mulakan perjalanan seawal 7 pagi. Breakfast lah dulu pukul enam. Should be no problem sebab di Malaysia dah jam tujuh waktu tu... takkan tak sedar sedar lagi oi.

Dari segi kos, quite high jugalah berbanding kota lain but view yang awesome itu hanya satu di dunia. Percayalah, anda pasti ingin kembali ke sini.


Nota:
Jika anda mahu melihat betapa kreatifnya manusia mencari duit, paling dekat pergilah ke Indonesia. Segala macam benda mereka boleh jual sebagai produk kegunaan harian dan pelancongan. Kagum.

Contohnya dalam pakej ini, jip tidak berhenti hampir dengan tangga tetapi jauh ke tengah padang pasir. Peluang diberikan kepada penduduk setempat untuk menawarkan kuda sebagai pengangkutan perantara. Dengan cara ini pelancong yang memilih untuk menunggang kuda akan mendapat pengalaman baru yang menarik dan menjadi kenangan. Penduduk pula akan merasai peningkatan pendapatan tapi janganlah sampai 'mencekik' kami yang sama berkulit sawo matang ni. Caj memahal kat mat saleh tu, mereka banyak duit.

Cuma di kebanyakan tempat di Indonesia ni aku tak bersetuju orang yang tetiba muncul menguruskan lalulintas semasa kita nak parking kenderaan walhal bukan susah pun nak keluar masuk ke parking lot tu. Nak masuk ke parking lot-bayar, park kereta-bayar, keluar dari parking lot-bayar. Walaupun sedikit bayarannya but it is unnecessary. Bertambah kelam kabut kalau time tu kita takde small change terpaksalah bagi duit besar yang tak sepadan dengan servis. Driver di Indonesia ni toleransi mereka di jalanraya agak tinggi. Kalau kita bagi signal kebiasaannya mereka akan memberikan laluan jadi taklah sesuah mana untuk keluar/masuk. Sabar je mereka menunggu van/kereta membuat u-turn di tengah jalan yang sibuk. Kita mampu bersabar macam tu? Aku pun kekadang tak sabar.






Post a Comment

6 Comments

  1. dah mahal skang kan kak.. aku nmpk dah bnyk berubah tempat tu. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ye Jard. Rasanya semua park fee utk foreigner naik mencanak.

    ReplyDelete
  3. assalam..bole bg contact no supir?nk ke sana tgh bulan 12 ni..

    ReplyDelete
  4. HidayahAllah,
    Terima kasih kerana sudi membaca. Kami tak berapa puas hati dengan supir jadi saya tak nak recommend dia kepada sesiapa. Maaf ya.

    ReplyDelete
  5. Hello, you used to write magnificent, but the last several posts have been kinda boring...
    I miss your super writings. Past several posts are just a little
    bit out of track! come on!

    ReplyDelete
  6. Hello there, just became aware of your blog through
    Google, and found that it's truly informative.
    I'm gonna watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future.
    Numerous people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.