Pengalaman Pelayaran Premium Dengan Discover Catamaran



Pengalaman Pelayaran Premium Dengan Discover Catamaran | Apa yang boleh dibuat sewaktu bercuti di pulau? Banyak, dan di mana-mana pun aktivitinya lebih kurang sama je.. 'meronda' sekeliling pulau, island hopping, makan, melawat tempat bersejarah, berkayak, memancing, snorkeling, menyelam dan lain-lain. Standard.


Tetapi, ada sesetengah tempat memiliki keistimewaan tersendiri seperti air laut yang jernih dan kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba (dolphin) yang besar.

The highlights of our trip kali ini ialah belayar dengan kapal mewah Catamaran menuju ke Koh Racha dan Koh Maithon untuk snorkeling dan melihat dolphin. Sayangnya pelayaran di bulan Ogos agak mencabar bagi kebanyakan kami. Sailing in rough seas hohohooo...hilang berat badan sekilo bila pulang ke darat. Puak puak China yang bising tak hengat dalam bot tu pun boleh senyap. Aku pun senyap gak, ingatkan boleh tahan mabuk laut selepas empat kali mencandat sotong di Terengganu dulu. Walaupun aku suka naik bot, dipukul ombak kuat tak boleh tahan. Masa naik Kia Ora di Koh Samui sebelum ni okay je sebab air laut tenang.


BERKUMPUL SEBELUM BELAYAR
Kami berkumpul di Kaneang Restaurant di Chalong Pier. Oihh sedap chaiyen (teh ais) kat sini. Selepas short briefing kami pun dibawa menaiki shuttle bus ke jeti. Jauh juga kalau berjalan kaki, cuba tengok gambar di bawah.






Memasing ceria time ni... berborak, bergelak ketawa, makan minum, kutuk orang tanah besar kat belakang tu yang tak reti cakap dengan perlahan heheh... kuat betul suara macam nak bergaduh.



Kami pilih duduk di atas, di belakang kapten bot. Seronoklah kan memula tu tapi bila dilambung ombak...huhuu... Cuaca selepas September lebih sesuai untuk menaiki bot untuk orang yang 'tidak berumah di tepi pantai'. Sambil bersembang tu ambil gambar, shoot video, interview kapten yang dah 25 tahun memandu bot... wah macam-macam kapten kena jawab soalan daripada kami.

Kapten bawa kami ke Racha Island dulu. Bot besar jadi tak boleh berlabuh terlalu hampir ke pantai. Kami dibawa ke darat menggunakan bot getah yang boleh memuatkan seramai lapan orang sekali jalan. Ya Allah leganya bila sampai di pantai... aku terus baring. Hairan omputehs tu agaknya, "apasal ko berjemur dengan berbungkus habis camni?" hahah... orang lain berjemur dengan two pieces jer. Meriah betul kat pantai tu sebab semua bot berlabuh serentak. Suka hati kitalah nak jalan jalan ke...nak memanjat batu/tebing ke...nak makan ke... Ada juga yang berniaga makanan di situ. Tempat orang ramai mesti ada yang lapar. Sefood bakar dan jagung paling laku.

Foto: DBoy Studio

Setengah jam kot kami di pantai sebelum kembali ke bot. Bukan nak gerak dah tapi kami snorkeling! It's very interesting when you do the unusual thing like sliding into the water. Splashhh...! gitu. Seronok beb! Ya Rabbi...memang sangat seronok! Mak budak pun suka inikan pula kanak-kanak. Bilalah nak dapat gambar meluncur ke laut tu DBoy? mereput menunggu.

Seronoknya turun ke laut dengan gelongsor! Gigih turun naik. Sumber di sini

Di Racha Island ni banyak ikan berwarna-warni jadi kita pun rasa seronok berenang dalam air tu. Karang pun banyak. Ikan-ikan yang berenang sekeliling kita nampak dekat tapi tak pernah dapat dipegang pun, licik sungguh. Best nya kalau ambil pakej menyelam discovery tu. Pakej untuk orang yang tak pandai menyelam tapi teringin juga jadi ada guide yang akan pegang kita sewaktu dive tu. Syoknya bila nampak mereka dive jauh ke dasar laut. Bot di sebelah kami khas untuk penyelam. Tak kiralah sekadar pakej discovery atau expert semua diletakkan dalam satu bot.

Aku pula sentiasa dengan life jacket sebab tak confident lansung nak lepaskan walaupun ada tali untuk berpaut. Selagi aku belum boleh sculling dan tread water terpaksalah pakai juga life jacket bila berada di laut. Life jacket ni buat aku rasa kurang selesa. Lagipun susah nak menyelam (kengkonon nak bergambar dalam air). Memang penat berenang di lautan dalam keadaan berombak ni. Berenang sekuat hati pun tak sampai sampai, semakin ke belakang ada lah. Sudahnya aku berpaut pada tali untuk ke bot.

Aku perhatikan guide kami sangat beretika. Aku nampak dia menyelam semata-mata untuk menutup cengkerang tiram yang terbuka. Tak cunlah ternganga je kan, lainlah kalau ada mutiara. Kalau kita nak English/Chinese speaking guide better buat advance request. 


Tips penting
Pil cegah mabuk laut akan diberikan. Seeloknya makan sejam sebelum belayar tapi pil tu tak berkesan kat aku.

Jika kita ni jenis mudah mabuk laut, jangan cepat sangat naik ke bot. Selagi kapten/guide tak panggil naik berendam sajalah dulu dalam air tu. Kapten akan berlabuh di situ dalam masa yang ditetapkan jadi selagi tak cukup masa bot takkan bergerak. Kita ni yang masih pening akan bertambah pening duduk di dalam bot yang teroleng-oleng. Lepak je dalam air dulu. Tengok ikan sambil selfie lagi best.

Sumber di sini.

Seronoknya uolssss..!





Pakej yang ditawarkan @DiscoverCatamaran
Mereka menawarkan empat pakej pelayaran:

1) Program A - Racha + Maithon Sunset Cruise
2) Program MP - Phi Phi + Maya + Maithon Sunset Cruise
3)Program Bh - Baba Hideway Sailing Catamarn
4) Program B - Maithon Day Trip by Sailing Catamaran

Harga pakej bermula daripada THB4,200 per pax.

Selepas mandi-manda tu hujan pun turun jadi kapten decide untuk tidak ke Maithon Island. Aku dan beberapa orang lagi rasa lega pula sebab mabuk hahaha... dah disediakan tempat duduk pun berlunjur atas lantai. Aku dengar tour guide ada sebut dolphin dophin! Aku tak peduli...dok pegang plastik biru tu aje 😓😓 Laku beb plastik tu. Kalau depa caj satu singgit lagi untung tu hahah...

Tengok kami dua orang, mintak nyawa hahahaha....


Best weh berenang-renang di lautan dengan ikan. Don't miss it whenever you're in Phuket.

Discover Catamaran
22/135-136 (Boat Lagoon) M.2 Kohkaew
Amphoe Muang Phuket
Phuket, Thailand 83000

 +66 (0) 94 597 6111 / 94 597 6222
Emel: discovercatamaran@gmail.com

Post a Comment

0 Comments