#KL2017 | Tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2017 Mula Dijual Hari Ini



Tiket Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2017 Mula Dijual Hari Ini | Ramai yang dah tahu kan? Tetapi jika masih ada yang tertanya-tanya ini maklumatnya untuk perlawanan akhir diantara Malaysia dan Thailand.



1. Tiket TIDAK dijual secara online.

2. Bagi PENYOKONG MALAYSIA tiket dijual di Pintu A dan B Stadium Shah Alam bermula jam 11 pagi. 20 kaunter dibuka. Maksimum lima tiket bagi setiap pembeli.

3. Bagi PENYOKONG THAILAND, tiket dijual di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, bermula jam 11 pagi. Maksimum lima tiket bagi setiap pembeli.

4. Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga diantara Indonesia dan Myanmar, tiket dijual di Stadium Selayang, juga bermula jam 11 pagi.

Hebahan jualan tiket acara bola sepak Sukan SEA 29.

Latest news, dua kaunter tiket di Stadium Shah Alam telah ditutup disebabkan kekecohan. Bertabahlah awak semua yang sedang beratur tu. Kenapalah tak dijual secara online untuk mengelakkan perkara begini yang sememangnya sudah dijangka? Buatlah syarat kena key-in no kad pengenalan dan tambah feature lain supaya setiap seorang boleh beli maksimum lima tiket sahaja. Mesti ada cara kan?





Post a Comment

0 Comments