Tazkirah Ramadhan | Kita Kaya Bila Mampu Berkongsi Yang Sedikit



Tazkirah Ramadhan | Kita Kaya Bila Mampu Berkongsi Yang Sedikit | Assalamualaikum. 

Selalu kita merasakan kita tak ada apa apa yang berharga atau sedap atau mahal untuk diberikan kepada orang lain. Kita lupa yang ramai menghargai apa sahaja yang kita hulurkan dengan ikhlas.

Pernah sekali aku memberikan sebekas kecil gulai lemak umbut kelapa kepada seseorang (aku pun dapat daripada orang lain dan yakin takkan habis) dan dia cakap, "aku memang teringin nak makan ni.. dah lama tak merasa". Allah! Terharunya. Ramai orang jarang meminta, kita bagilah sepotong dua makanan yang kita ada.

Bebaru ni terbaca kisah seorang doktor yang pernah menyewa di flat kos rendah di awal kerjayanya dulu. Penduduk di situ tak tahu pun bahawa dia bekerja sebagai doktor. Merembes air mata jirannya apabila dia menghadiahkan semangkuk sup ikan merah. Selepas beberapa hari jirannya membalas dengan sup juga tetapi isinya hanyalah sepotong kacang panjang dan kentang/karot. Dia dan isteri pula menitik air mata sambil menghabiskan sup tu. See? We never know what is happening behind our neighbours' doors.

Tetapi, ada kalanya kita bimbang juga memberi sesuatu kepada orang lain jika kita pernah mendengar dia mengumpat makanan yang diberikan si polan yang lain. Bimbanglah makanan yang kita berikan tu tak mencukupi untuk dia sekeluarga. Bimbang juga lauk yang kita masak tak cukup rasa. Kalau dia boleh mengata si polan depan kita takkan kita pula tak boleh diumpat depan si polan yang lain pula, kan? 

Kita ni nak bagi merasa jer... bukan nak bagi makan sampai sendawa.  


Post a Comment

0 Comments