Hotel Review | Mewah Dan Nyaman Di Pavilion Samui Villas & Resort, Koh Samui



Hotel Review | Mewah Dan Nyaman Di Pavilion Samui Villas & Resort, Koh Samui | Terdapat banyak resort mewah tepi pantai di sepanjang perjalanan dari Samui International Airport ke pantai-pantai peranginan di utara dan timur Koh Samui. Menaiki van melalui kawasan ini seolah-olah melalui jalan tepi pantai di Terengganu dengan deretan pohon nyiur melambai ditiup angin. Penginapan di malam pertama di Koh Samui ialah Pavilion Samui Villas & Resort yang telah memenangi "Award of Excellence 2015" dari Tripadvisor. 

Kehadiran kami di Pavilion Samui Villas & Resort disambut mesra Pengarah Urusana, Mr Chayapa Pongchababnapa dan barisan pengurusannya. Tuala basah dberikan untuk menyegarkan muka aku yang... entah macam mana rupanya sejak bangun tidur pukul 3.45 pagi lagi, bedak dan lipstik pun dah hilang. Kemudian welcome drinks diedarkan. Leganya... sejuk je masuk ke kerongkong. Panaih lit lit oih kat luar. 

Resort ini terletak di Lamai Beach yang menghadap Teluk Thai dengan stail binaan Thai kontemporari. Lokasi yang baik sebab Lamai Beach lebih tenang berbanding Chaweng Beach. Pantai sepanjang 120 meter di depan resort adalah milik mereka jadi ada privacy waktu kita nak berjemur ke.. nak berenang ke.. nak buat wedding on the beach side ke... 





Bagaimana dengan bilik?
Yang best nya jika menginap di hotel/resort mewah ni kita tahu bawa badan sendiri je ke bilik, beg semua mereka uruskan. Sesampai di bilik wahhh.. Deluxe Balcony Suite yang dekat dengan pantai, best!! 

Walaupun bilik tak berapa besar, cukuplah untuk aku seorang. Jika berdua pun masih selesa. Jika bertiga dengan anak kecil pun masih ada ruang untuk dia berlari-lari. Tilam dan bantal empuk dikemaskan dengan linen mutu terbaik. Selesa sangat! Ada day bed dan cermin di siling. Bilik terlindung dari pandangan tetamu lain yang lalu-lalang dan ada jakuzzi di luar. Malam tu berendam dalam jakuzzi sambil makan buah yang pihak resort bagi (complimentary fruit basket).

Paling aku suka lantai kayunya. Dengan kemasan kayu ni lantai taklah sejuk, tak perlu pakai selipar. Tandas dan bilik mandi berasingan. 



Terdapat 90 bilik dan villa dengan 9 pilihan:
Deluxe Jakuzzi Suite
Deluxe Balcony Suite
Plunge Pool Suite
Hydro Pool Suite
Grand Pool Suite
Grand Pool Villa
2 Bedroom Grand Pool Villa
Beach Front Grand Pool Villa
2 Bedroom Pool Residence
3 Bedroom Beach Front Pool Residence

Lagi besar belanja yang kita sanggup keluarkan maka lebih hebatlah villa yang kita dapat diami.


Seni lipatan tuala yang berbeza di setiap jenis bilik.


Gorgeous!




Boleh mandi sambil bersembang.


Bagaimana dengan fasiliti lain?
Kolam renang di resort ini tak berapa besar tetapi setiap villa di sini ada swimming pool sendiri. Kesemua suite juga dilengkapi dengan jakuzzi/hydro pool. Best-nya kalau buat percutian keluarga di villa dua tingkat tu. Feel like home with a splash of luxury. 

Antara fasiliti lain yang disediakan:
WiFi LAJU di keseluruhan resort
Bilik mesyuarat
Tempat simpanan beg
Kawalan keselamatan 24 jam
Internet corner
Babysitting services
Baby cot
Gimnasium
Perpustakaan
Movie rental


Bagaimana pula dengan sarapan pagi?
As usual i had my continental breakfast so tiada masalah. Alaa... kalau nak makan berat juga boleh cari restoran makanan halal yang aku senaraikan di sini


Pavilion Samui Villas & Resort
124/24 Moo 3, Lamai, Samui, Surathani Thailand
GPS: 9.46803,100.047797
Tel: +66 (0) 77 424 030
Faks: +66 (0) 77 424 029
Email: info@pavilionsamui.com


Berminat? Tempah hotel/resort yang anda inginkan di AGODA. Mudah dan cepat.



Post a Comment

0 Comments