Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) | Pesta Memandaikan Bangsa



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) atau Kuala Lumpur International Book Fair 2017 telah kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti kebiasaannya. Pesta buku tahunan yang telah diadakan bermula 28 April hingga 7 Mei  dikatakan telah mengumpulkan 1,000 penulis buku yang banyak menyumbang kepada percambahan minda warga Malaysia.

Sumber KLIBF2017

Ia dipindahkan kembali ke PWTC untuk menampung dua kandungan baharu PBAKL iaitu Baca World 2017, iaitu pameran kandungan digital dan Asean E-Book Conference (AEC). Tahun lalu percubaan pertama memindahkannya ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah menimbulkan beberapa isu tetapi menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohammad Yusof Khair yang juga Pengerusi MBKM, di masa akan datang pesta buku yang lebih besar akan diadakan di MAEPS kerana lokasinya di luar Kuala Lumpur yang mudah diakses melalui rangkaian lebuhraya dan mempunyai segmen pasaran baru. Betullah juga, ada banyak universiti di Serdang, Bangi, Nilai, Puchong, Seremban... banyak juga kawasan perumahan dimana para pelajar boleh pergi sendiri ke sana.

Kali ini 905 gerai pameran dibuka dengan penyertaan penerbit tempatan dan asing serta agensi kerajaan tempatan dan asing. Dewan Tun Razak 1 & 2 pun dibuka sebab ramai peserta. Pihak MBKM menjangkakan 2.5 juta pengunjung pada pesta buku kali ini. Menurut Tan Sri Dr. Khair kadar tabiat membaca rakyat negara ini meningkat kepada 12 judul buku setahun (bagus bagus!). Tak tahulah sampai ke tidak jumlah pengunjung tu... semalam berakhirnya, sehari dua lagi ada lah pengumuman tu kot.


Apa yang ku cari di PBAKL2017?
Owh sebenarnya aku buat keputusan "nak pergi juga ke PBAKL" di tengahari Ahad tu sebab anak-anak set sekolah rendah masih di Port Dickson bersama atuk uwan dan sepupu sepapat. Terbang bebaslah mak. Pukul empat setengah petang baru sampai sana.

Niat asalnya hendak membeli buku-buku hartanah dan kewangan yang diberi diskaun tetapi.... bila masuk je dari sisi Puteri Pacific Hotel tu terus terpana dengan banyaknya novel fixie hahah... di ground floor tu novel-novel penulis tempatan dilelong RM5 sebuah. Aku tak belilah sebab tak biasa membaca hasil tulisan penulis-penulis tu. Karang cinta remaja sangat bosan pula aku. Bagi hadik hadik je lah.

Novel fixie sangat banyak tetapi AWAS, ada juga yang tidak sesuai untuk bacaan remaja. 

Baru masuk ke Pesta Buku dah berkenan dengan buku-buku yang aku tanda tu tetapi akhirnya beli buku Faisal Tehrani tu aje. 

RM5 punya pasal licin rak ni.

 Ruang pameran Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku beli buku Keris Mas di sini. Di tahun 90an dulu aku pernah pergi ke jualan gudang DBP  kat mana entah, Keramat kot, Gigih aku dan Kay turun naik bas.

Berani ke??  😁 Para suami elok baca buku ni. Kalau rasa rezeki tersekat tu boleh timba ilmu dengan membacanya. Mungkin ada yang belum beres mengenai layanan serta nafkah keatas isteri.

Novel-novel lama Aina Emir dijual hanya RM5 sebuah sewaktu happy hour. Takkan tak beli? haishh..takkan lagi 😂. Dulu aku baca buku dia sampai menangis bengkak mata hahah... dah lah esoknya kena jumpa client. Teringat lagi cerita watak Behzad tu... isk

Ada juga siri buku "backpacker" ke UK, German, Eropah, Jepun, Korea dan sebagainya. Aku dah flip through semua buku tu, banyak tips yang diberikan sebelum berangkat dan semasa berada di negara-negara tersebut.  Oleh kerana aku pun selalu juga membuat kerja research sebelum berjalan ni aku taklah teruja sangat dengan buku-buku tu tetapi lebih tertarik dengan buku mengenai perjalanan dan pengalaman mengembara itu sendiri. Ada yang berkenan tapi lain kalilah kita beli.

Para penulis buku siri "backpacker" sedang sibuk melayani peminat.

Ya Allah memang best lah, begitu banyak buku yang dijual dengan harga diskaun. Paling meriah rasanya gerai PTS Publications, meriah beb! Takkan tak nak beli buku-buku tebal bila harganya menjunam jadi RM3 je? Nasib baik bawa beg sekolah je, kalau bawa beg tarik harus penat menarik dan mengangkat turun ke stesen bas Puduraya. Bila nampak banyak sangat buku murah aku tukar plan, mana-mana buku yang aku bercadang nak beli tetapi hanya diberi diskaun 20% aku tangguhkan dulu. Nanti boleh beli di Popular, members boleh dapat 25% diskaun. Buat apalah nak bersusah-payah bawa balik jejauh kalau setakat dapat 20% je kan? hehee..

Lebih menariknya walaupun sudah petang, masih ada sesi para penulis novel bertemu peminat. Rasanya Norhayati Berahim pun ada selain penulis buku "backpacker" tersebut. Berderet peminat beratur nak minta tandatangan Izzue Islam. Aku tak terjebak ler... dalam ruang tu semua buku yang tajuknya... entahlah hahahha... tajuk drama TV3 pepetang tu ler... tak kuasa ai. Semasa acara Perhimpunan 1,000 penulis pada hari Sabtu lepas Ramlee Awang Murshid pun ada, rugi i tak datang.

Buku latihan sekolah aku beli satu je.. yang banyak kat rumah ni pun kalau diketuk baru nak buat. Boboiboy ni payah sket. Disebabkan aku sampai lewat maka tak dapatlah nak explore buku-buku foreign publisher. Mesti banyak yang bagus tu kan?

Servis menulis nama dalam bentuk khat juga laris.

Hasil tangkapan...

Aku beli semua yang dibawah dan dapat percuma lima buah buku yang di atas oven tu. 

Nak timbulkan minat membaca ni senang je, cari genre yang kita minat dan beli buku yang nipis dahulu. Bila rasa tak puas baru baca buku yang tebal sikit tapi kalau rasa tak boleh tidur sila baca buku yang ko tak faham sepatah haram hahahha...

Kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Pesta Buku Kuala Lumpur berniatlah dari sekarang untuk hadir tahun depan. Aku bawa duit RM200 tapi RM100 pun tak habis dan penuh satu beg sekolah. 

Pergilah, takkan rugi membaca dan mencari ilmu. Biarkan saraf otak kita saling berhubung. Kalau kita tak masukkan ilmu pengetahuan baru, kita akan sibuk menceritakan hal orang. Sungguh.




Post a Comment

0 Comments