Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017 kini dibuka!



Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017 kini dibuka! | Berita baik untuk orang yang suka berlari dan bersukan termasuk beberapa orang kenalan yang sangat aktif menyihatkan badan.

Image result for ijm land half marathon 2017

IJM not just build house, they build home. Jadi bila dikatakan membina kediaman mestilah ada aktiviti sihat di situ untuk penghuninya berkenalan dan mengeratkan hubungan. Lagipun acara larian ini salah satu inisiatif untuk memperlihatkan kepada bakal pembeli tentang lanskap tersusun dan indah projek Seremban 2 mereka. Dalam blog post Tempat-tempat Riadah Popular di Seremban ada aku masukkan tiga lokasi santai di Seremban 2. Dah pergi ke belum?

Larian pertama kali di tahun 2012 dahulu hanyalah acara berskala kecil 5km dan 7km. Participants yang datang pun bersama keluarga. Kira aktiviti hujung minggu yang menarik dan sihatlah. Tahun ini IJM target 7,000 akan berlari, naik 1000 berbanding tahun lepas. Kena daftar cepat sebab last year ramai yang terlepas.

Geng geng yang tak berlari seperti.... (isi tempat kosong) boleh buat aktiviti lain seperti bergambar dengan duta Yakult, Jack Lim di Yakult photo booth, free health screening, jualan harga diskaun di gerai penaja dan ambil tahu tentang Befrienders' awareness campaign. Eh macam-macam ada maklumlah program untuk keluarga. Nak makan pop corn free ke.. nak makan cotton candy, ada balloon clown dan sebagainya. Kalau tahun lepas meriah this year will be merrier!

Majlis pelancaran IJM Land Half Marathon 2017 telah dirasmikan oleh Dato Hoo Kim See, Pengarah Urusan Kanan IJM Land (kawasan tengah).


Dato' Hoo Kim See (empat dari kiri) bersama Pengarah Jualan & Pemasaran Yakult (M) Sdn Bhd Mr Minoru Osada, dan para penaja lain. (sumber IJM Land)

Mr Lim Khon Seng pemenang tahun lalu bersama Dato' Hoo dan Mr Osada. Beliau juga telah mendaftar untuk berlari pada tahun ini. Anda bila lagi? 

Sumber: IJM Land

3 Kategori dipertandingkan untuk larian 21km:
1) Lelaki Veteran
2) Terbuka Lelaki
3) Terbuka Wanita

3 Kategori dipertandingkan untuk larian 10km:
1) Boys Junior
2) Girl Junior
3) Fun Run


Ada bayaran ke?

Ofkos... sikit. Berbaloilah bila dapat Ultron Micro-dry Running Tee. Please refer here > www.ijmlandrun.com for more info on registration fee. Yang pastinya setiap RM5 dari kategori dewasa dan RM3 kanak-kanak akan didermakan kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA). Berlari dan beramal sekaligus.

Hadiahnya...
Goodie bag akan diberikan kepada setiap peserta yang melengkapkan larian, medal tempahan khas, sijil penyertaan dan custom made Ultron-dry Finisher Tee. Pemenang tempat pertama juga akan dapat RM1,000, tempat kedua RM800 dan seterusnya. Makin besar nombor yang kita dapat makin berkuranganlah jumlah wang kemenangan yang kita akan terima. Lucky draw yang bernilai RM10,000 juga ada! Berdoalah siang dan malam hahaa..

Jika pemenang tahun lepas Mr Lim Khon Seng (kategori lelaki) menang lagi tahun ini dan tahun hadapan, beliau akan dihadiahkan IJM Land Half Marathon Challenge Trophy. Kalau tak nak beliau menang lagi silalah berlatih dari sekarang.

Dengan sponsor besar seperti Yakult, TDK, 100 Plus, Ice Mountain dan lain-lain lagi mesti best isi goodie bag tu kan?


Bila bila bila.... IJM Land Half Marathon 2017??
13 Ogos 2017. Kali keenam dah.


Bagaimana hendak mendaftar?
Zaman internet ni tak payah angkat punggung pun. Sila ke website ini www.ijmlandrun.com .



"Run together, bond stronger"



***

Aku tak pastilah kenapa kengkawan suka ajak aku pergi PC marathon ni... Adakah mereka nak suruh aku turunkan berat badan sebab badan macam dipam atau mereka sayang kat aku dan nak tengok aku sihat? Yang kedualah kot, berbaik sangka gitu. Konon... walhal kami makan tak hengat juga lepas PC tu.

Aku ni pula sebenarnya was more interested to see model rumah IJM Land di Sales Gallery tu. Tengok je... kita tak beli boleh recommend kepada kawan-kawan sebab design dan kualiti rumah yang baik. Ramai lagi kengkawan yang belum ada rumah sendiri, kan? Kalau bercerita tentang hartanah ni esok pun tak habis sebab aku minat. Basuh kereta aku tak minat sebab tu aku bersyukurrrrr sangat bila hujan, dapat kereta aku mandi 😁😁😂



Post a Comment

3 Comments

  1. jom kak training, mana tau fit tuk join 21km nanti

    ReplyDelete
  2. Ehem.... alang2 mai PC, kenapa xdaftar lari... hahahahah

    Mana tahu, sorang pergi daftar, yang lain bakal menyusul kemudian hahahah

    ReplyDelete
  3. 21km huh.. #lappeluh hahah

    Bro daftarlah dulu dengan Uncle Zuan.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.