7 Pasar Karat @ Flea Market Popular Di Malaysia



7 Pasar Karat @ Flea Market Popular Di Malaysia | "Pasar Karat" dinamakan sedemikian kerana diawal pembukaannya kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan antik dan terpakai (vintage/bundle) yang rare.

Pasar karat juga dikenali dengan nama pasar lambak, rusty market dan car boot sale. Di luar negara, Thailand contohnya, ada sebuah pasar malam yang dipanggil Thieves Market. Di Seremban dipanggil Pasar Warisan. Kurang menarik sebab kocik bona. Konsep asalnya sama iaitu menjual barangan terpakai - asal barang jadi duit - tetapi dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung menyebabkan lebih ramai peniaga berjualan pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian, makanan, gajet dan barangan ciplak. Kebanyakan hotel dan agensi pelancongan juga menyenaraikannya sebagai tempat menarik unuk dilawati.

Pasar karat ada peminat tersendiri. Salah seorang daripadanya, ai. Tidak semestinya membeli tetapi seronok melihat gelagat penjual dan pembeli di sana. Banyak juga barangan antik yang berkenan di hati tetapi I have to be practical, rumah kecilku dah tiada ruang untuk semua itu. Tambahan pula yang tinggal sekarang ni semua hero. Tak kuasa nak menambah stress marah marah mereka. Nak menegah dari main bola dalam rumah pun dah muak 😠

Mungkin pasar karat ada di setiap negeri tetapi aku cuma nak hebahkan lima sahaja kali ini.

1) Kuala Lumpur | Pasar Karat di Chinatown
Di mana? Belakang Petaling Street
Waktu beroperasi? Seawal 4.30 pagi hingga 9 pagi.

Hampir setiap kali aku sampai awal pagi di Kuala Lumpur aku akan 'check-in' di pasar karat Chinatown. Meriah beb kat sini.

Aku pernah membeli beg tangan kulit terpakai dengan harga RM25 sahaja tetapi disebabkan tak minat tali pendek aku pi hantaq kat tukang kulit suruh dia buat tali panjang. Dia caj RM50. Masa tu terfikir kalau ada trip ke Bandung/Bali aku buat di sana je...sure tak sampai 50rm. Ni dah mahal tali dari beruk. Pada ketika yang lain aku beli alat pengecaj handphone dalam kereta (ala yang cucuk kat tempat cucuh rokok tu...apa ke namanya?) . Harganya tiga ringgit tapi not functioning. Rugi je RM3 tu. Heh, tiga hengget pun duit tau.

Pernah juga membeli sehelai jaket yang cantik dan baik kualitinya padahal bukan  belum muat lagi. Beli je dulu, nanti dah kurus semula boleh pakai gitewww... harammm sampai sekarang dah dua tahun pun kat lengan sendat lagi hahahh... shopping semasa perut kosong memang camtu.

Tips Lawatan:
Pi ushar yang di tepi jalan dahulu sebab ada yang akan menutup perniagaan mereka seawal 7.30 pagi. Mungkin sebab nak masuk kerja atau mungkin juga bimbang dihambat penguatkuasa.


2) Perak | Pasar Karat Memory Lane @ Pasar Loken di Ipoh
Waktu beroperasi? 6.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Hari beroperasi? Ahad sahaja

Akhirnya dapat juga ke sini semasa adik aku bertunang bulan lepas. Aku rasa pasar karat inilah yang paling best, panjang melingkar! Pasar karat Memory Lane memang 'syurga' bagi peminatnya. Ya Allah ramainya pengunjung!




Pasar karat ini beroperasi di sepanjang Jalan Horley di tengah bandaraya Ipoh, 'harta karun' di sini ada banyak varieties, dari yang berharga dua singgit hingga ratusan ringgit. Loken adalah nama panggilan penduduk tempatan dulu lagi sempena nama Bazar Lam Look King di Jalan Laksamana yang berdekatan dengan tapak asal pasar karat tersebut. Lam Look Ing adalah taukeh Lombong biji timah di Kampar dan Kinta. Kemudian dipindahkan ke tepi Sungai Kinta dan akhirnya kekal di Jalan Horley.

Memang sangat banyak barang yang menarik di sini. Ada benda yang kami perlukan tetapi sangat jarang dipakai jadi membeli yang terpakai adalah pilihan terbaik. Contohnya alat latihan renang yang dikepit celah kangkang tu. Biasanya budak-budak gunakan sewaktu berlatih unuk tournament. Lagi satu goggles. Aku dah banyak kali beli yang baru, yang berjenama TYR, Speedo pun ada.. sudahnya terpaksa pakai yang beli di kedai RM2 sebab semua hilang. Anak-anak aku ni tak sayang harta benda betul. Jadi bila jumpa di sini ofkos aku beli. Kalau ada tiga aku beli tiga. Gitu.

Ada juga yang menjual designer handbag dengan harga ratusan ringgit dicelah barangan jualan yang lain. Aku tak beli sebab Tipah bimbang tertipu bang. Bukan tak pernah tertipu kan? Ada seorang penjual ni yang hanya menjual handbag berjenama dan nampaknya dia mahir dengan jenama-jenama itu semua. Ah, terbeli. Isk. Boleh tahan juga harganya... rasa nak pergi Aranyaprathet beli beg tangan banyak-banyak (walaupun tak pakai huhu..).


3) Johor | Pasar Karat di Johor Bahru
Di mana? Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Hari beroperasi? Setiap malam
Waktu beroperasi? Isnin – Jumaat: 6pm-12am / Sabtu – Ahad: 7.30am – 12pm
(tapi ini waktu sebelum cuti hujung minggu ditukar ke hari Jumaat. Sekarang masih sama ke?)

Jika di tempat lain pasar karat beroperasi di waktu pagi, yang di Johor Bahru ni petang pula. Di hujung minggu pasar karat ini sangat ramai pengunjung kerana selain menerima kunjungan warga tempatan dan Singapura, pelancong antarabangsa lain turut sama melihat-lihat kerana banyak hebahan melalui travel blog. Pihak hotel pun recommend ke sini selain program makan makan waktu malam.


Memula aku ingatkan selorong aje tetapi rupa-rupanya berlorong-lorong. Kira puas hatilah berjalan kat sini. Fridge magnet pun ada dijual. Apabila berjalan di pasar karat ini ambil seketika untuk berhenti dan menghargai seni bina bangunan yang mengelilingi anda, pengalaman ini bakal menjadi kenangan.

Boleh park kereta di Jalan Dato Onn dan Jalan Syed Mohd Mufti. 


4) Johor | Pasar Rengit, Johor
(Pasar Pagi Jalan Ibrahim yang turut dikenali sebagai Pasar Karat Batu Pahat)
Hari beroperasi? Hujung minggu


Pasar ini berlainan sikit kerana kebanyakan barangan yang dijual adalah dari Singapura. Fahamlah kan rumah di Temasik nun tak sebesar rumah di Malaysia jadi jika mereka hendak menukar perabot atau kelengkapan elektrik di rumah barang yang lama mesti dilupuskan. Jadi para peniaga (orang asli pun ramai) pun ambillah di sana.

Aku tak pasti keadaan sekarang tetapi semasa aku ke sana pada tahun 2008 dahulu kedai-kedai di sini agak buruk tetapi barang-barang yang dijual berkualiti. Rasanya dua kali ke sana. Ingat lagi masa van tu sampai, aku nampak ada beg Converse so aku pun bertanyalah kat pakcik tu, 

"Berapa ni pakcik?" 
"Lapan Ringgit"
"Saya nak!" hahah... belum sempat lagi pakcik tu buka van. Bahagia dia berniaga macam tu hehehee..

Lekapan dan lengkapan untuk rumah aku di Seksyen 7 yang dah dijual tu aku beli di sinilah. Puas hati beb. Tapi yang tak boleh blah nya husband aku suruh kami gunakan fridge second hand tu, yang kami punya di rumah hantar ke rumah sewa sebab takut rosak katanya...amboi amboi amboiiii.... Semedang tuan rumah kena berkorban.


5) Pulau Pinang | Pasar Karat di Stadium
Di mana? Lorong Kulit, Georgetown (sebelah Stadium Bandaraya Penang)
Waktu beroperasi? 7 pagi hingga 2 petang
GPS koordinat : 5.412222, 100.313475

Nama asalnya ialah Rope Walk yang di ambil daripada satu lorong yang bernama “Jalan Pintal Tali” yang terletak di sebuah lorong yang terletak berhampiran dengan Komtar. Walaupun telah berpindah ke Lorong Kulit sejak sekian lama, nama Rope Walk masih digunakan malah sebuah lagi pasar karat di wujudkan di Seberang Perai juga di kenali dengan nama Rope Walk Bagan.

Rope Walk dikatakan pasar karat yang pertama dibuka di Malaysia. Dengarnya Pasar Karat Lorong Kulit juga dibuka pada hari biasa tetapi lebih ramai peniaga dan pengunjung di hujung minggu. Rope Walk yang dibuka sebelah petang terletak dekat Padang Brown.


6) Selangor | Pasar Karat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor
Di mana? Dalam Amcorp Mall
Waktu beroperasi? Sabtu & Ahad

Dibuka sejak 1997. Peminat barangan antik boleh mendapatkan pelbagai koleksi kesayangan mereka di sini. Haa... jangan kau ingat orang have have di Kolumpo tu tak minat barangan lama dan terpakai.

7) Melaka | Pasar karat Jalan Hang Lekir, Melaka
Di mana? Jonker Street 
Hari beroperasi? Ahad
Waktu beroperasi? 9 pagi hingga 3 petang


Ada banyak lagi pasar karat di serata Malaysia seperti Kampung Berjaya di Alor Star, Nat Kampung Pauh di Perlis dan Pasar Tani Mega di Shah Alam tetapi kebanyakannya bercampur dengan pasar pagi yang bermakna ada peniaga yang berjualan pakaian baru, makanan dan sayuran.

Selain membeli-belah, pasar karat mampu jadi tempat gedung tambah ilmu barangan masa silam yang menggunakan kuasa tangan atau teknolgi yang tidak secanggih hari ini.


Post a Comment

0 Comments