Trip to Jannah | Belajar Al Quran Secara Mudah Dengan Tajwid Ar-Rumi | Tahun 2017 ni jadual travel iols agak lemau sikit. Minggu baru ni baru nak bergerak. Memang lemau!
Rupa-rupanya Allah nak suruh ai belajar lagi, jangan ingat baca quran tu sejak belum bersekolah cukup pandai dah. Oh tidak. Disebabkan daya mengingat yang semakin berkurangan aku pun nak belajar secara mudah dan pantas je la. Zaman ni mana mau lambat ye tak? Kalau boleh nak belajar melalui whatapps jer harharhar..
So I attended Bengkel Tajwid Ar-Rumi organized by Halcent Edutech .Berbelah bahagi jugalah perasaan tu memula huhuu... takut bosan, takut 'berat' sangat, takut apa apa entah. Syaitonnn sangat 😈
Bengkel sehari ini dibahagikan kepada empat sesi dimana dua yang pertama di sebelah pagi tu okay je sebab banyak yang dah tahu cuma bab "Mad" tu aku slow sket banyak. Lupa dah weh. Hanyut dengan hiburan di zaman muda remaja dulu. Dalam bengkel inilah aku tahu tentang Hamzah Wasal, hukum Ro, tanda wakaf dan sebagainya. Menariknya ustaz menggunakan scene dalam filem P. Ramlee sebagai contoh.
Ustaz Rusydi Ramli telah memperkenalkan cara mengingat tanda bacaan secara rumi sejak tahun 2006 lagi. Dengan menggunakan kaedah ini sesiapa yang susah menghafal hukum bacaan atau tak tahu lansung membaca al quran pun akan dapat membacanya dalam masa singkat. Ia membantu masyarakat menguasai hukum tajwid dengan kaedah yang mudah dan memperbaiki bacaan Al-Quran masyarakat.
Orang tua kalau dapat membaca al quran dengan betul tajwid harakat makhraj segala dalam masa tiga empat bulan kira cepatlah tu kan? Faham ya... cara ustaz ini BUKAN merumikan al quran tetapi kaedah membaca tajwid dalam tulisan rumi. Tajwid tiada khilaf.
Objektif Jangkamasa Panjang
Orang tua kalau dapat membaca al quran dengan betul tajwid harakat makhraj segala dalam masa tiga empat bulan kira cepatlah tu kan? Faham ya... cara ustaz ini BUKAN merumikan al quran tetapi kaedah membaca tajwid dalam tulisan rumi. Tajwid tiada khilaf.
Objektif Jangkamasa Panjang
Menjadikan umat Islam Malaysia menguasai hukum tajwid yang seterusnya menanamkan minat untuk membaca kitab suci milik umat Islam. Secara tidak langsung mereka akan mengajarkan kepada anak-anak dan kesannya akan lahir generasi Al-Quran yang berpegang kepada kitab ini sebagai panduan hidup mereka.
5 Manfaat Menyertai Bengkel Tajwid Ar Rumi
1. Pertama-tama sekali sudah pastilah agar kita dapat membaca Al-Quran dengan betul.
Huruf jika dibunyikan dengan salah akan memberi makna yang salah. Macam Bahasa Inggeris juga, "tree" (pokok) dan "three" (tiga) dibunyikan dengan berbeza, "th = tha Ø« ".
2. Bila bacaan telah diperbetulkan sudah pastilah kita dapat membaca Al Quran dengan baik.
Satu huruf yang kita baca dengan betul Allah akan gandakan 10 kali di bulan Ramadhan nanti. Huishh tak nak ke?
3. Cara pengajaran yang mudah difahami dengan contoh-contoh mudah.
Sekali lagi BUKAN merumikan surah tetapi merumikan huruf jawi beserta tanda bacaan (a i u) dan digunakan semasa belajar tajwid. Sangat sesuai bagi golongan yang sukar mengingat nama hukum tajwid
4. Latihan dan sesi soal jawab bersama ustaz.
Bertanyalah semasa pembelajaran berlansung supaya semua orang dapat berkongsi manfaatnya. Buku panduan turut diberikan.
5. Tempat belajar yang selesa.
Walaupun bukan di atas kapal mewah atau jet 😅, belajar di bilik seminar hotel sangatlah selesa. Duduk atas kerusi takdelah semut semut kaki dek bersimpuh. Setiap satu setengah jam kita berhenti rehat/makan. Sebenarnya menurut kajian kemampuan mengingat kita akan berkurangan selepas sejam belajar. Macam ayam daging belaan attend kursus ni, sentiasa diberi makan jer 😃
Bila kursus Tajwid Ar Rumi yang seterusnya?
Jangan malu jangan segan untuk contact Halcent Edutech for reservations. Telefon/whatapps mereka di 03-9566260 atau emelkan kepada sales.halcentedutech@gmail.com .
Tahu tak kenapa orang yang rajin membaca al quran awet muda?
Makhraj tu tempat keluar huruf. Pembuatan membaca al quran yang betul makhrajnya secara istiqamah akan melatih otot muka kita banyak pergerakan. Contohnya "Ha simpul Ù‡ " bunyinya adalah hasil baki udara di paru-paru. Alaa macam bebudak belajar phonic tu lah.
Mencari ilmu yang bermanfaat itu dapat pahala. Bersusah payah mencari ilmu yang bermanfaat itu lebih dipandang mulia oleh Allah.
*Selingan*
Tahu tak "lahabau" yang orang Melaka selalu sebut tu sebenarnya berasal dari perkataan "lakhabar = la+kha+bar" atau "tiada berita"? Ia dikatakan hasil pengaruh pedagang Arab sewaktu zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia. Lidah Melayu ni pi tukar jadi lahabau dan ramai orang luar Melaka menganggap ianya bahasa yang agak kasar padahal...
Aku terlupa pula bertanya pada Ustaz Rusydi "hawau" tu dari mana pulak? hahahaa..
Mencari ilmu yang bermanfaat itu dapat pahala. Bersusah payah mencari ilmu yang bermanfaat itu lebih dipandang mulia oleh Allah.
*Selingan*
Tahu tak "lahabau" yang orang Melaka selalu sebut tu sebenarnya berasal dari perkataan "lakhabar = la+kha+bar" atau "tiada berita"? Ia dikatakan hasil pengaruh pedagang Arab sewaktu zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia. Lidah Melayu ni pi tukar jadi lahabau dan ramai orang luar Melaka menganggap ianya bahasa yang agak kasar padahal...
Aku terlupa pula bertanya pada Ustaz Rusydi "hawau" tu dari mana pulak? hahahaa..
2 Comments
menarik sis. thanks for sharing. ramai yang cari kelas belajar tajwid macam ni :)
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang baik.Teringin juga utk tambah ilmu tajwid dan betulkan bacaan al quran
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.