Sambutan "Hari Wanita Sedunia" yang meriah di Stellavingze International | Pepatah ada mengatakan "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia". Siapa lagi yang berani menyanggah kenyataan ini di zaman serba moden ini? Bahkan di zaman dahulu yang serba kekurangan pun wanita mampu 'melahirkan' insan-insan hebat di peringkat dunia.
Beliau wanita Asia pertama yang merentasi antartika.
Siapa tidak mengenali Y.M. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz?
Beliau adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Pernah dipilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance pada tahun 2010 selain berkali-kali mendapat pengiktirafan sebagai gabenor bank terbaik Asia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Siapa pula tidak mengenali Tun Dr Siti Hasmah?
Beliau adalah tulang belakang Tun Dr Mahathir. Beliau bijak namun sedar tempatnya di mana, tidak pernah kelihatan berjalan mendahui suaminya, seorang Perdana Menteri di majlis rasmi. Beliau seorang doktor tetapi memilih untuk bersara awal demi keluarga.
Mak kita, nenek kita... mereka juga wanita hebat! Perempuan yang kita panggil mak, ibu, kakak, adik ini mempunyai banyak peranan yang dilakukan serentak, kita multitasking. Tangan kita macam sotong heheh.. Menurut seorang ustaz jika kita perlu memberi para ibu ini gaji, RM4,000 sebulan adalah bayaran minimum! Wuuu.... best giler kalau dapat hahahh..
Siapakah tetamu VIP yang hadir di majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Oleh Stellavingze International?
Sebagai menghargai kaum wanita di Malaysia Stellavingze International telah mengadakan majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia di Menara Melilia, Bangsar South, Rabu lalu. Pelbagai perkongsian pengalaman, nasihat, tips dan cerita berinspirasi disampaikan oleh tetamu VIP bertujuan untuk menggalakkan wanita Malayia keluar dari zon selesa mereka dan mencari potensi diri. Para wanita digalakkan berusaha untuk turut memajukan negara dalam bidang ekonomi untuk lebih memakmurkan Malaysia.
Tetamu kehormat yang pertama, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), mengatakan peranan wanita amat penting dalam membina sebuah keluarga bahagia yang menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.
Sumber Stellavingze Intrnational
Jemputan kedua, Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, pula mengatakan wanita yang cemerlang adalah aset negara paling berharga.
Sumber Stellavingze Intrnational
Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang, pula berkata,
wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.
Sumber Stellavingze Intrnational
Apakah yang cuba diketengahkan oleh Stellavingze International?
Stellavingze International yang diasaskan oleh seorang usahawan wanita, Datuk Stella Chin, bersama suaminya bertujuan untuk mendidik wanita menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan kehidupan yang lebih bahagia.
Sistem perniagaan yang beliau formulakan berdasarkan pemerhatian sendiri dimana beliau melihat wanita cenderung untuk melupakan cita-cita apabila telah berkeluarga ataupun ada yang sibuk mengejar cita-cita sehingga keluarga terabai.
Datuk Stella memperkenalkan dua sistem perniagaan untuk memperkasakan kewangan wanita dan menambah keyakinan diri. Yelahkan, kalau poket kembung confident level kita lebih tinggi. Pakai dompet yang dah nak berkecai pun takde hal sebab kita sendiri tahu duit kita di bank tu lebih banyak nombor kosong di belakang. Syarikat ini memberikan kita peluang untuk berjaya dan menambah pendapatan
1) Stellavingze Smart Star
Dicipta untuk Peningkatan Nilai Kewanitaan. Objektifnya untuk membantu wanita dalam mengurus:-
Diri
Kerjaya
Perkahwinan
Keluarga
Anak-anak
Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah
Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Kelas Imej
Kesihatan dan Kecantikan
Pembentukan Minda dan Rohani
Pengurusan Rumah Tangga
Interaksi Bersama Anak
Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah
Kelayakan:
Pendidikan:Diploma / Ijazah
Pengalaman:2 tahun ke atas
Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang
Syarat-syarat kemasukan:
Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
Perlu menjadi ahli Stellavingze International
2) Stellavingze Guiding Star
Ia bertujuan untuk melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti.
Objektif:
Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya
Kursus Stellavingze Guiding Star:
Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.
Kursus dan Latihan:
Kelas Imej Perniagaan
Latihan Skill Perniagaan
Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
Kelas Pengurusan Perniagaan
Kelas Kualiti Kepimpinan
Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun
When we educate the women, we educate the society.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.