Tips Hartanah 13 | Perkara PENTING Yang Perlu Dititik Beratkan Semasa Mencari Pangsapuri



Tips Hartanah 13 | Perkara PENTING Yang Perlu Dititik Beratkan Semasa Mencari Pangsapuri | Dah masuk tahun ke-17 jadi landlord from heaven (er.. sometimes hell 😠) rasanya layaklah untuk berkongsi pandangan bagaimana untuk memilih apartment. Window shopping hartanah untuk diri sendiri ni kekadang berbeza sedikit berbanding memilih untuk orang lain. Apa apa pun meh la baca... ilmu juga ni.

Sebenarnya aku nak post di blog property and lifestyle aku yang masih bertatih tu... www.mySarangs.blogspot.my tapi blog ini lebih ramai readers. Hopefully lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Artikel ini agak panjang tetapi jika hang sedang mencari tempat berteduh yang di atas geran ada nama sendiri, this might help. Ia terpakai untuk mencari pangsapuri untuk disewa ataupun dibeli. Generally in Malaysia, fresh graduate ataupun yang sudah dua tiga tahun bekerja belum mampu membeli banglo. Yang hang tengok di TV3 pepetang tu mengarut je, ilusi sangat. 

Ada juga graduan yang bergaji besar tetapi lebih selesa memilih kediaman sederhana kerana masih sendirian, belum berjumpa 'tulang rusuk kiri'. Anda mungkin salah seorang di kalangan mereka yang masih tidak mahu menetap di rumah unit tunggal (banglo/teres). Anda mungkin tergolong dalam golongan yang mahukan tempat  tinggal yang ringkas dan selesa. Anda mungkin sedang mencari tempat tinggal yang mesra kewangan anda dan jimat. Jika ciri-ciri di atas menggambarkan anda, mungkin unit pangsapuri adalah lebih sesuai untuk anda.

Pemandangan kota kosmopolitan Hong Kong dari Sky Terrace 428. Nanti baca eh.


Tinggal di Pangsapuri
Di laman seperti PropertyGuru Malaysiaanda boleh temui banyak pangsapuri untuk disewa di tempat seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (apartment for rent in Penang and KL). Dengan kesesakan orang-orang yang berbondong-bondong datang ke bandar untuk bekerja, belajar atau memulakan kehidupan berkeluarga, pangsapuri adalah pilihan tepat untuk kehidupan yang memuaskan dan jimat. Ada banyak unit yang ada di pasaran untuk mereka yang mencari pangsapuri. Biasanya unit pangsapuri yang ada terdiri daripada pelbagai harga bergantung kepada jumlah bilik, kelengkapan perabot,  kemudahan, dan lokasi. Jika anda berhasrat mahu tinggal di pangsapuri, testimoni yang ada di laman Our Little Apartment akan memberikan anda jawapan kenapa tinggal di pangsapuri itu baik untuk sesetengah orang.


Pasaran Pangsapuri
Walaupun permintaan untuk hartanah bertingkat seperti  pangsapuri semakin menurun dengan mendadak, ia tidak memberi kesan kepada kos sewa. Faktor utama adalah pemilik hartanah sendiri tidak  mahu menurunkan kadar sewa. Disebabkan harga tidak mesra pembeli atau penyewa seperti yang dijangka, mereka yang sedang mencari pangsapuri dinasihatkan mengambil sedikit masa mencari unit yang berbaloi dengan kadar sewa.


Senarai Semak Wajib
Untuk mendapatkan pulangan terbaik melalui pelaburan di unit pangsapuri, anda perlu pastikan yang anda teliti semua perkara yang berkenaan termasuklah butiran yang kecil.
  • Utiliti asas dan kemudahan
  • Bekalan elektrik, air dan Internet yang siap digunapakai
  • Rumah kelab, kolam renang, gelanggang tenis atau bola keranjang atau apa-apa prasarana riadah
  • Kawasan dobi
  • Sistem pelupusan sampah
  • Ruang letak kenderaan termasuk sewa atau dalam yuran berasingan
  • Sistem HVAC yang berfungsi 
Keselamatan dan Perlindungan
  • Tombol dan pintu yang elok
  • Kamera keselamatan
  • Kehadiran pengawal keselamatan
  • Pengesan asap dan penggera api
  • Pintu kecemasan yang boleh diakses 
Keadaan Persekitaran
  • Keadaan komuniti sekitar
  • Peraturan untuk haiwan peliharaan
  • Gangguan bunyi dan lain-lain
  • Pengudaraan dan pencahayaan
**Aku naik ke Blok 45 Seksyen 7 Shah Alam pada Ahad lepas. Ya Rabbi... taik kucing bersepah-sepah pada salah satu tangga tu. Di depan sebuah rumah tu pula ada kandang kucing. Hmm.. pepaham je lahkan bau tahik kucen macam mana? Kalau seekor pun dah migrain kepala aku inikan pula lima ekor. Jika aku tinggal di unit berdekatan memang stress ya amat! Aku suka kucing tapi yang ini unacceptable!**


Senarai semak ini akan memudahkan anda dalam memastikan anda tidak terlepas pandang. Anda mengeluarkan wang untuk tinggal di pangsapuri, jadi anda  berhak untuk nikmati kemudahan jangkaan anda.


Soalan Yang Perlu Ditanya Pada Diri
Sekarang anda sudah maklum apa yang perlu ada pada sebuah pangsapuri ideal, anda boleh mulakan proses carian. Adalah penting semasa mencari pangsapuri untuk anda pertimbangkan soalan berikut:

Berapakah Sewa Yang Anda Mampu?
Sewa adalah tanggungjawab bulanan anda. Sebelum mula menyewa, periksa keadaan kewangan semasa anda dan nilai sama ada anda betul-betul mampu untuk bayar sewa. Biasanya, sewa rumah tidak sepatutnya melebihi 30 peratus daripada pendapatan bersih bulanan anda, Anda juga perlu fikirkan selain sewa bulanan; anda juga perlu membayar untuk utiliti lain seperti bekalan air, elektrik, dan Internet.

Berapa Kerapkah Harga Sewa Akan Meningkat?
Peningkatan harga sewa adalah salah satu aspek yang sering dipandang enteng kebanyakan orang. Pakar dari Bright Hub menyarankan penyewa untuk bertanya kepada pemilik rumah mengenai kekerapan dan jumlah kenaikan harga rumah di masa hadapan. Anda juga perlu memeriksa kekerapan ia berlaku. Peningkatan harga sewa akan menjadi bebanan kewangan tambahan untuk anda, jadi anda perlu pertimbangkan sedalam-dalamnya sebaik sahaja anda mulakan pencarian.

Adakah Pangsapuri itu Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Adalah tidak dinafikan yang anda bukan sahaja menyewa untuk anda sahaja, tetapi untuk seisi keluarga anda. Perkara penting yang perlu difikirkan adalah adakah unit yang akan anda sewa itu memenuhi keperluan keluarga anda. Cuba periksa perkara berikut:

Lokasi - Adakah Pangsapuri itu terletak berdekatan dengan sekolah anak-anak anda dan pejabat anda?

Keselamatan - Adakah sistem keselamatan tersedia dan dilaksanakan oleh pemilik hartanah untuk tetamu dan pelawat?

Susun Atur Rumah - Cukupkah ruang untuk menampung keluarga anda?

Ruang - Adakah ruang yang ada cukup untuk keluarga anda hidup selesa.


Adakah Persekitaran Sekitar Menawarkan Gaya Hidup Sihat?
Cuba bersembang dengan penyewa yang ada dan buat penilaian pantas sama ada tempat itu menyediakan komuniti yang baik untuk keluarga anda. Anda perlu ingat bahwa anda akan hidup di dalam komuniti itu untuk jangka masa lama. Komuniti itu perlulah ada suasana yang sihat bagi menggalakkan kehidupan yang selesa.

Memilih pangsapuri adalah seperti memilih pasangan hidup. Jangan cuma tertarik dengan tarikan luaran dan paras rupa. Dengan bertanya soalan di atas dapat membantu anda membuat keputusan  yang bijak dan munasabah semasa mencari unit pangsapuri. Tentu saja, ada banyak lagi soalan seperti yang dicadangkan The Huffington Post.


Di mana Mahu Mencari Pangsapuri Yang Tepat?
3 sumber utama boleh menjadi titik tolak proses pencarian pangsapuri anda. 3 sumber itu adalah:

1. Atas Talian 
Seperti yang sedia maklum, jangan pandang ringan kuasa internet. Internet menawarkan jalan paling mudah untuk anda mencari pangsapuri untuk disewa atau dijual. Ada pelbagai laman yang menawarkan pelbagai jenis hartanah yang ada di sekitar anda. Anda juga ada pilihan untuk menapis carian anda dengan menapis lingkungan harga, jumlah bilik, terma sewaan, dan lain-lain kriteria pilihan anda. Yang paling baik berkenaan pencarian atas talian adalah, bukan sahaja anda akan nampak banyak pilihan, anda juga boleh menjimatkan masa anda dibandingkan jika anda perlu berpusing-pusing meredah terik matahari di bandar anda mencari pangsapuri.

2.  Orang              
Tiada strategi pasaran yang mampu menandingi mulut orang. Tanya kawan-kawan, rakan sekerja, dan saudara mara anda jika mereka kenal sesiapa yang ingin menyewakan atau menjual pangsapuri. Jika tiada, anda boleh hubungi ejen sewa atau broker hartanah. Manfaat terbesar apabila mendapatkan khidmat ejen adalah anda sekarang ada akses kepada hartanah yang kadang-kala tidak disenaraikan di internet. Sesetengah pemilik hartanah tidak mahu meluangkan masa untuk berurusan dengan sebarang pertanyaan secara atas talian atau perbualan telefon.  Mereka mengupah ejen untuk melayan klien yang berminat bagi pihak mereka. Carilah ejen dengan rating yang tinggi dan pengalaman yang baik supaya anda tidak perlu beralih dari satu ejen ke ejen yang lain.

3.  Tinjau-tinjau               
Jika dua sumber di atas tidak menyediakan unit yang anda mahukan , apa kata anda bersia-siar sambil meninjau sendiri. Ia satu cara yang meletihkan dan memakan masa, tapi ia juga terbukti keberkesanannya. Sambil dalam perjalanan ke kedai runcit atau menjemput anak-anak anda dari sekolah, buka mata anda dan perhatikan tanda “Untuk Disewa”. Harganya yang rendah berbanding hartanah di atas talian atau melalui ejen pasti akan memeranjatkan anda. Ini kerana anda berurusan secara terus dengan pemilik hartanah tanpa ada orang tengah.

Menyewa pangsapuri adalah proses yang sistematik yang perlu anda lalui jika anda mahu tinggal di tempat yang selesa dan memenuhi keperluan gaya hidup anda. Pilihan yang tepat mungkin sukar pada mulanya, tapi ia berbaloi selepas semuanya berakhir.


I like cara nombor tiga tu. Kalau tak kerananya tidaklah aku sesat barat mencari Taman Segar di Cheras tu dulu huhuu... taxi driver tak mambantu, abang posmen salah bagi direction, Kak Joyah lagilah tak boleh harap hahahah.... belum ada google map lagi masa tu but good experience anyway. Jika tidak kerana 'window shopping' tak sampailah ke Cheras tu.


Post a Comment

0 Comments