Thailand | Apa yang menarik di Chang Hua Man Royal Project ? | Sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang mengamalkan pertanian, banyak projek diraja dilancarkan. Kebanyakan projek yang berjumlah hampir 4,000 buah berada di sebelah utara Thailand dan menjadi kawasan tarikan pelancongan.
Pada tahun 2009 mendiang King Bhumibol Adulyadej telah merasmikan satu lagi projek diraja iaitu Chang Hua Man Royal Project untuk menunjukkan bahawa penanaman tanpa bantuan bahan kimia berbahaya juga mampu menghasilkan jumlah buah-buahan dalam skala besar. Ia menjadi pusat pembelajaran bagi penanaman organik. Setiap pokok juga dilabel dengan tepat.
Di sini juga 20 kincir angin dipasang untuk menghasilkan tenaga. Juga terdapat ladang lembu tenusu untuk pasaran tempatan. Kalau nak belajar bagaimana menambah kuantiti susu lembu boleh datang belajar di sini. Contact je Tourism Authority of Thailand di Bangkok tu. Ada juga pelawat yang berpeluang untuk menanam padi di sawah.
Tiada punca air seperti sungai di sini jadi kawasan tadahan air diadakan. Tasik di situ menambah elok pemandangan secara keseluruhan.
Lawatan Ke Ladang
Kawasan ladang ini sangat luas. Nak meronda naik basikal pun boleh. Tour guide kami kata tunjukkan saja identification card dah boleh menggunakan basikal tu secara percuma. Beratus basikal tersusun tak digunakan.. hmm.. semua pakat pakat naik tram aje ke? Punyalah best berbasikal dalam kawasan tu waktu pagi/petang ish ishhh.. Kalau perlukan guided farm tour kena book awai naa... I would like to suggest that kita naik tram tu dulu untuk farm tour kemudian buat individual tour dengan menunggang basikal.
Ladang lembu.
Chang Hua Man Royal Project sentiasa ramai dengan pengunjung terutama di hujung minggu. Masa kami datang tu pun ada berbas-bas rombongan pelajar dan dewasa. Kebanyakannya berbaju hitam kerana masih berkabung. Selain melawat kawasan ladang mungkin juga mereka ingin melihat villa peranginan the late TRH King Rama 9 di atas bukit. Bercakap fasal bas, bas di Thailand biasanya dua tingkat dan nampak baru. Sesetengah tu siap dengan aksesori dan sound system yang... aku rasa nak pindah ke bas lain hahahah....gempak baq hang!
Jadi ringkasnya tujuan pembukaan Chang Hua Man Royal Project:
1) Sebagai pusat pembelajaran penanaman secara organik.
2) Penjanaan tenaga dengan menggunakan kincir angin
Sebelum keluar tu seperti biasalah shopping apa yang patut di kedai Golden Place.
Alamat
Bahn Noong Ko Gai
Khao Krapook
Tha Yang
Petchaburi, Thailand.
(lebih kurang sejam dari Hua Hin)
Tiket masuk:
THB 20 sahaja... siap dapat main basikal sekali. Memang berbaloi !
1 Comments
This is an awesome place. I hope to visit one day
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.