Pagi Khamis dapat whatapps dari Burn.
"Aku dengar Awie dah meninggal"
Ya Allah. Terdiam.
Asrul Faizi - 5 Sc 4
Nur Mizuari Al Azzam (Noomeck) - 5 Sc 5
Meor Hairul Anuar (Hara) - 5 Sc 3
Mohd Ridzuan (Payu) - 5 Sc 1
Ahmad Maher - 5 Sc 2
12 Januari 2017, Zawawi Jaffar dari 5 Sc 1. Innalillah.
"Aku dengar Awie dah meninggal"
Ya Allah. Terdiam.
Terus ingatan terimbau sewaktu kami masih belajar bersama di SEMESTI terutama di tingkatan 5. Fyi aku masuk ke sekolah tu masa tingkatan 4, bulan April rasanya. Ingat lagi masa tu student tengah exam ke sit for monthly test. Masuk kelas terus tertidur hahhaha... mengantuk dowh pepagi buta dah bertolak dari Kuala Pilah. Jauhnyalah aku rasa.
Semasa tingkatan 5 Awie duduk barisan terakhir bersama Payu manakala aku di barisan kedua bersama Ana. Dia anak yatim, kulitnya cerah dan tak nampak nakal walaupun kengkawan dia budak-budak nakal (nakal tapi pandai belaka). Tapi... nakal macam mana sangatlah kami dulu... setakat Sadique curi ikan mentah kat dewan makan heheh... sekarang sure tak celuih dah grill tu. Takde sampai bertumbuk dengan cikgu. Takde hentak kereta cikgu. Tak juga melazer melawan cikgu walaupun kepala kena tonyoh ke papan hitam oleh Mr Poh Ah Beng sebab tak dapat selesaikan masalah Add Maths. "Otak tembikai..!!" 😂😂😂... ke manalah perginya cikgu tu.
Awie baik dengan aku dan boleh bergaul dengan pelajar lain dalam kelas. Dia juga boleh bermain gitar. Isk.. Kalau ada kengkawan sekolah yang membaca blog aku ni mungkin teringat pada hari hari terakhir kami di sekolah, tinggal student form 5 aje, Awie pernah melaungkan azan Zohor. Giler ah! hahahha....
Kisahnya... aku yang suruh heheh... Tak pernah pernah azan sejak form 1 tetiba kena buat. Ok mendajal tu memang best! Walaupun dia tak beritahu bila dia akan jadi muazin tapi kita boleh kenal suara dia. Dah hari hari suara muazin yang sama tetiba bertukar mestilah kita noticed. Eh sedap juga suara dia. Suara dia menyanyi sambil main gitar memang sedap pun.
Habis je azan tu terdengar suara sorakan dari asrama putera. Yang kelakarnya lepas azan tu siap ada announcement, "azan tadi telah diazankan oleh Awie" hahahah.... siapalah punya kerja, Wan Norbit kot?

Selepas SPM Awie sambung belajar di UTM Skudai course Chemical Engineering tapi entah semester ke berapa dia keluar. Dia tak boleh bawa course tu dan masuk ITM ambil course lain. Itu sajalah yang aku tahu.
Beberapa tahun lepas dia ada menghantar snail mail ke alamat kampung. Dia simpan lagi alamat aku rupanya. Ketat je muka abah den masa bagi surat tu. Aku pun berdebar jugalah sebab dia letak nama penuh dan alamat di belakang surat huhuu... selalunya surat dari pejabat lawyer je ada nama dan alamat pengirim huhuu... Ada seorang lagi dorm-mate yang pernah mendajal aku, Izrin Muhayi. Dia hantar surat siap tulis "dari abangmu Mohd Izrin". Kuangajaq sangat. Bapak aku tu dahlah garang grrr...
Okay sambung balik.
Aku beritahu Ringgo (mungkin Burn juga) tentang surat tu. Ringgo plan nak visit Awie. Ada something yang tak jelas tentang kawan seorang ni dan aku nak tahu sangat tapi agak susah kerana kami terpisah-pisah. Ringgo di Johor, Burn pula di Perak. Kalau mereka kerja di KL bolehlah kami jumpa. Eh, payah gak sebab kedua-duanya dah alim ooii. Ringgo bukan lagi budak nakal zaman sekolah dulu. Ingat lagi kawan aku Wan Cober (CoBer = coli bernama. Bebudak lelaki bagi nama tu sebab dia boh nama kat bra/cemise hahahah...) jaki betul dengan Ringgo. Pernah sekali black out waktu prep malam dan mereka berdua berlanggar di tangga dekat library.
Wan Cober : Ishhh budak ni!
Ringgo : Apa budak budak? Aku buat sampai keluar budak kang! 😂😂
Itu Ringgo yang dulu. Ringgo yang dulu bukanlah yang sekarang 💃💃
Oh lupa, panjang juga dia tulis dalam surat tu. Tulisan masih sama cuma agak besar sikit dari dulu. Aku pun balas guna tulisan komputer ni je haa sebab tulisan buruk. Jawab soalan dia sambil melawak bodoh. Jawapan pun general je. Aku kan dah berkeluarga? Tapi rasanya aku ada bagi e-mail address. Alamat sekarang? Eh, taklah. Kang datang pulak dia matilanakkk.
Ok, cerita tersasar lagi.
Ringgo sempat menziarah Awie setahun dua yang lalu dan dia send picture kat aku. Hal hal lain aku tak tau. Aku nak dengar juga suatu hari nanti tapi pasti merembes air mata hikss..
Tahun lepas semasa menggua di Gua Kandu dan tubing di Sungai Kampar, kami lalu di kampung Awie. Ya Allah tertoleh-toleh aku mencari rumah dia dari atas bas tu. Aku masih ingat lagi perbualan dia dengan seorang kawan yang lain dalam kelas,
"Awie, rumah ko yang mana?"
"Ko cari pub kaler biru" hahahha..
Rumah dia nombor 2 warna biru di kampung tu heheh...
Aku carilah kot kot ada rumah warna biru. Dah 25 tahun takkan tak berubah-ubah... aku pun bengong. Lupa nak tanya kat Ringgo. Tak jumpa tapi aku pasti di situ sebab kampung tu tak besar sangat. Dua kali kami lalu di situ. Frust.
Bila terima berita dari Burn semalam ada rasa terkilan sikit. Syem ada share gambar dia sebab ada senior yang tak ingat dah yang mana satu dia. Ada beberapa orang kawan yang up status tentang kematian dia, aku pun selongkar album lama, jumpa beberapa keping gambar. Yang di bawah ini paling jelas.
Komen "mata aku masuk habuk" mula muncul. Ada yang komen he was a very nice person. Kemudian Burn kata dia rasa dia yang ambil gambar tu. Owh sedihnya... Aku ada kat sebelah dia, terpaksa croptakut korang kagum melihat betapa kurusnya aku sebab zaman jahiliyah lagi pakai tudung pun macam Ninja Turtle jek. Dah hujung tahun biasalah kita akan bergambar dengan kawan-kawan buat kenangan. Dah kami ni duduk asrama pastilah ramai yang kita kenal dan ada yang rapat.
Bila bertambah ramai yang menyatakan kesedihan hati aku makin sayu. Terngiang suara dia di telinga. Malam tu tumpah juga air mata. Ada kenangan mengusik jiwa. Al Fatihah.
Malam ini aku dapat tahu bahawa Awie dah dua tahun tinggal dengan kakak dia dan bekerja di bandar S. Meninggal akibat sakit jantung di CCU tanpa ditemani sesiapa. Kakaknya terbang ke Mekah mengerjakan umrah pada hari kejadian dan masih tak diberitahu perihal kematian adik bongsu kesayangan. Awie pun masih belum ada keluarga sendiri sama seperti beberapa orang scoolmate yang lain. Ogos lepas abang dia meninggal dunia, yang seorang lagi di kampung pun uzur. Allahu... kita rasa kita susah tetapi kehidupan kawan kita lebih perit. Terkilan dan sedih. Nak buat macam mana, aku bukannya single lady yang boleh membuat urusan sesuka hati.
Banyak kenangan selama dua tahun di SEMESTI. Banyak yang manis dan kami -kengkawan lain-masih berhubung di facebook hingga kini. Pernah masa sekali semasa di bazaar Ramadhan Masjid India aku terserempak seseorang yang serupa macam Awie. Sebijik sejibon tapi yakin bukan dia sebab takkan aku je bertambah tua....tak mungkin! I'm in denial. Gitu.
Sekarang Awie dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan.
Semoga Awie sempat memaafkan kesalahan aku padanya. Ikhlas memaafkan aku jika ada. Kekadang perkara yang kita rasa kecil memberi kesan besar dalam hidup orang lain. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama golongan beriman, dilapangkan kuburnya dan dibalas segala kebaikannya.
Damailah kau di sana kawan 😢😢😢 menyertai:
Komen "mata aku masuk habuk" mula muncul. Ada yang komen he was a very nice person. Kemudian Burn kata dia rasa dia yang ambil gambar tu. Owh sedihnya... Aku ada kat sebelah dia, terpaksa crop
Bila bertambah ramai yang menyatakan kesedihan hati aku makin sayu. Terngiang suara dia di telinga. Malam tu tumpah juga air mata. Ada kenangan mengusik jiwa. Al Fatihah.
Malam ini aku dapat tahu bahawa Awie dah dua tahun tinggal dengan kakak dia dan bekerja di bandar S. Meninggal akibat sakit jantung di CCU tanpa ditemani sesiapa. Kakaknya terbang ke Mekah mengerjakan umrah pada hari kejadian dan masih tak diberitahu perihal kematian adik bongsu kesayangan. Awie pun masih belum ada keluarga sendiri sama seperti beberapa orang scoolmate yang lain. Ogos lepas abang dia meninggal dunia, yang seorang lagi di kampung pun uzur. Allahu... kita rasa kita susah tetapi kehidupan kawan kita lebih perit. Terkilan dan sedih. Nak buat macam mana, aku bukannya single lady yang boleh membuat urusan sesuka hati.
Banyak kenangan selama dua tahun di SEMESTI. Banyak yang manis dan kami -kengkawan lain-masih berhubung di facebook hingga kini. Pernah masa sekali semasa di bazaar Ramadhan Masjid India aku terserempak seseorang yang serupa macam Awie. Sebijik sejibon tapi yakin bukan dia sebab takkan aku je bertambah tua....tak mungkin! I'm in denial. Gitu.
Sekarang Awie dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan.
Semoga Awie sempat memaafkan kesalahan aku padanya. Ikhlas memaafkan aku jika ada. Kekadang perkara yang kita rasa kecil memberi kesan besar dalam hidup orang lain. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama golongan beriman, dilapangkan kuburnya dan dibalas segala kebaikannya.
Damailah kau di sana kawan 😢😢😢 menyertai:
Nur Mizuari Al Azzam (Noomeck) - 5 Sc 5
Meor Hairul Anuar (Hara) - 5 Sc 3
Mohd Ridzuan (Payu) - 5 Sc 1
Ahmad Maher - 5 Sc 2
12 Januari 2017, Zawawi Jaffar dari 5 Sc 1. Innalillah.
Awie berkulit cerah, aku eksotik sawo matang masa sekolah dulu.
Rindunya waktu ini. Kami student form 5 buat persembahan.
Sadique, Jemir, Kamal, Awie, Bad dan Singh.
Awie, Unta, Jemir, Sadique dan Azmi.
Tengah: Sadique, Faizal, Jemir dan Wan Norbit.
Mungkin ada yang pernah diinterbiu kerja oleh salah seorang kawan aku ni? Mereka ni orang have have sekarang. Aku je yang jadi First Lady and Finance Minister.
Dari belakang kiri : arwah Noomeck, Cha'un, Singh, Asrin, arwah Awie, Mangkuk.Tengah: Sadique, Faizal, Jemir dan Wan Norbit.
Semoga kita semua faham dan redha bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah.
😢😢😢 Al Fatihah.
😢😢😢 Al Fatihah.
1 Comments
salam takziah :(
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.