People’s Committee Building | Bangunan lama berciri Peranchis di Ho Chi Minh City



People’s Committee Building | Bangunan lama berciri Peranchis di Ho Chi Minh City | Sejak kebelakangan ini ramai yang mencari informasi mengenai Ho Chi Minh City di blog ini. Sebenarnya masih banyak gambar yang belum disiarkan kerana masih memikirkan tajuk-tajuk yang sesuai. Ada cadangan nak menulis topik apa tak? 


Jika Hanoi menjadi pusat kebudayaan dan politik, Ho Chi Minh pula sebagai pusat ekonomi dan perniagaan. Selain aktiviti utama membeli-belah, Ho Chi Minh City atau Saigon memiliki tarikan pelancongan seperti muzium dan bangunan lama yang berdekatan antara satu lain. Boleh berjalan kaki je... pelan pelan kayuh.

Antara yang menarik ialah bangunan Pejabat Pos, Cathederal Church dan People’s Committee Building yang berusia ratusan dan masih digunakan sehingga kini. Setiap bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri yang menarik dan sangat sesuai sebagai latar belakang fotografi.




Apa yang ada di People’s Committee Building?
Bangunan di Nguyen Hue Street dikatakan sebagai bangunan yang paling menarik dengan pengaruh senibina Peranchis. Direka bentuk oleh seorang pereka Peranchis, Gardes, ia mula digunakan bermula 1909 selepas 11 tahun pembinaan. Ia bangunan berciri Peranchis tertua, terbesar dan tercantik di bandar HCM.

Asalnya Hotel de Ville, kini ia menjadi bangunan kerajaan yang tidak boleh dimasuki sesuka hati namun begitu menjadi pusat pertemuan dan rekreasi keluarga di waktu malam. Meriah beb memalam.


Senibina menarik di Ho Chi Minh City
Dibina tiga bangunan, yang di tengah lebih tinggi daripada yang dua lagi menjadikanya lebih menonjol dan sama rata. Tiga lakaran patung juga dibina di ketiga-tiga bangunan. Di kiri dan kanannya, diukir gambar dua wanita dengan pedang yang bersedia untuk berperang manakala di tengahnya pula ukiran seorang wanita dan kanak-kanak sedang menjinakkan binatang. Menambah keindahannya ialah delicate bass-relieves di dinding yang menjadi ciri popular bangunan kolonial Peranchis.

Di hadapannya dibina patung pemimpin agung Vietnam, Ho Chi Minh, sebagai mengingati jasanya dalam memerdekakan Vietnam. Pokok-pokok juga ditanam disekeliling dataran menjadikannya lebih hijau dan menarik. Ia menjadi bertambah cantik dan kelihatan seperti istana di malam hari dengan simbahan cahaya lampu.


Patung Ho Chi Minh setinggi 7.2 meter.

Memalam memang meriah sangat di taman tu siap ada servis order minuman dari kedai kopi berdekatan.


Bagaimana untuk ke People’s Committee Building?
Bangunan ini tidak jauh dari Ben Thanh Market. Ikut sahaja Le Loi Street tu (depan BT) hingga berjumpa kawasan lapang dan belok kiri. Kalau ikut Lee Thanh Ton Road pun boleh juga. Ishh.. senang je. Kalau terlajak sampai ke sungai boleh ambil gambar di Hotel Majestic dan Bitexco Financial Tower yang sebijik sejibon macam Menara TM di Bangsar tu. Kalau sesat baliklah ke pangkal jalan. Itu kan pesan orang tua tua.

Ia juga berdekatan Dong Khoi Road yang menjadi kawasan membeli-belah barangan berjenama dan Saigon Theatre. Stay di District One senang, boleh berjalan kaki kemana-mana. Dalam perjalanan ke sini memalam ada orang menjual souvenir di kaki lima kedai yang harganya lebih murah daripada di Cho Ben Thanh.

People’s Committee Building
86 Le Thanh Ton
Ben Nghe, Quan 1
Ho Chí Minh City
Vietnam


Tajuk lain dalam siri Ho Chi Minh:
Nak shopping? Baca sini.
Nak melawat tempat menarik? Baca sini.

Post a Comment

0 Comments