Pengalaman travel | Kisah rakan sebilik | Januari tahun lepas aku ke Kunming, China. Best woihhh... sejuk, berasap mulut! Dapat juga naik cable car open air seperti di Bukit Nenas KL masa aku kekecik dulu. Cuba tengok balik post yang lepas. Januari tahun ni tak kemana, mereput kat sini hahahah... aku terlepas membeli tiket murah sebenarnya. Nasib baik Isnin Selasa lepas hujan sepanjang hari, sejukk sampai ke tulang dapatlah pakai sweater.
Beberapa tahun ni banyak jugalah melancong dalam dan luar negara. Ada yang pergi sendiri dan ada juga yang ditaja. Program yang ditaja tu selalunya akan stay di hotel yang tiga bintang ke atas, program pun tersusun macam budak asrama.... makan tak pernah missed. Tak sempat lapar pun sebenarnya. Layanan tip top. Trip anjuran sendiri, pergi solo fuhhh dia punya penat tu lain macam. Makan pun ikut dan (kalau jumpa). Tempat tidur pun hotel bajet atau hostel je selalunya. Pukul 7 dah keluar ukur jalan hinggalah 10 malam nanti, nak tumpang kencing je pun kat hotel tu.
Siapa rakan sebilik aku?
Ni aku takde nak cerita hantu di hotel ke apa sebab aku tak pernah mengalami walaupun ada sekali tu ramai yang kena kacau dalam satu floor tu. Aku yang tidur seorang tak diganggu alhamdulillah, tapi entahlah kot kot 'dia' usik tapi aku tak sedar sedar sampai 'dia' putus asa hahahha...
Nak cerita sikit je ni, lain kali kita buat part two pula.
Kisah 1 di Hangzhou, China.
Walaupun di hostel guest yang tinggal sebilik jarang berjumpa. Di negara-negara yang subuhnya awal kita pun bangun awal siap mandi segala. Lepas tu nak tidur semula selalunya susah sikit sebab takut terlewat bangun.
Dalam dorm tu ada seorang traveler yang bangun awal. Masa aku solat tu aku rasa macam dia rakam video. Tak khusyuk sembahyang oii 😊.
Masa bersiap nak keluar dia tanya adakah aku muslim? Aku iyakan je. Then dia kata di universiti dia ada juga pelajar muslim yang pakai tudung dan nampak cantik. Ada lagilah puji-pujian dia kat kita wakkk... mata kita besarlah... bahagia je pagi tu. Jarang benar dengar orang puji kita pepagi ni 💖😜
Kisah 2 di Shanghai, China.
Dorm ni boleh memuatkan lapan orang wanita dengan selesa. Yang tak best nya toilet di luar dan jenis cangkung. Takde hos pula tu. Bilik hotel pun ada tapi saja tak nak stay situ sebab travel solo dan takkan guna pun fasiliti serba selesa tu.
Bila duduk dengan mereka ni aku cuak jugalah nak pakai tak senonoh hahah... even nak pakai blaus muslimah tanpa seluar saja dalam bilik yang semua perempuan pun aku takut sebab mereka ni jarang jumpa wanita asing yang berhijab. Tudung kepala kita dan tudung wanita muslim di sana berbeza apatah lagi muka, warna kulit dan sebagainya. Manalah tahukan diam diam dia ambil gambar kita siap bertudung dengan gambar tak berseluar matilanakkk...
Malam tu ada dua orang anak-beranak omputeh menginap. Selain aku dari Malaysia yang lelain tu dari other parts of China juga. Amoi-amoi tu cover-up jugalah masa nak bertukar baju tapi yang omputeh ni buka sampai tinggal two pieces je, kepit dengan tangan je nenen dia masa tukar bra adehh... #bukankuihkoci . Masa tukar panty aku dah berpaling ke lain... tak rela i nyah... hahahah..
Kisah 3 di Krabi, Thailand.
Dorm tu untuk berbelas orang jugalah tapi dapat jumpa dengan seorang dua je sewaktu mereka baru check-in. Katil memasing hmmm...
Aku tidur lambat tapi bangun awal. Duduk tepi pantai ni nak kemana awal-awal sangat selain pantai? Mek saleh semua tu tak tahulah baliknya pukul berapa, mabuk ke tidak sebab pukul 12 tengah malam pun lengang lagi bilik kami tu.
Pagi tu masa bersiap aku bukalah sikit langsir. Buka sikit je... buka lampu karang mengganggu pula kan? Lepas tu bangun seorang mek saleh ni pi tutup langsir tu balik. Mujur aku dah nak keluar. Dah pukul lapanlah, matahari dah mencarak. Pukul enam dah siang kot?
Kisah 4 di Bangkok, Thailand.
Dorm ni untuk lapan orang with attached bathroom. Selesa. Towel, sabun, syampoo disediakan. Teh, kopi free je buat sendiri.
Ada seorang perempuan ni tak tahulah dah berapa lama dia stay kat situ macam poyo sket. Malam tu dia dah pasang tabir sekeliling katil dia. Agaknya ada cahaya masuk sikit so dia suruh aku tutup lampu. Aku baru je balik, baru pukul 10 malam.
Pada akulah kan, kalau tak boleh kena cahaya sangat ni kenalah sewa private room. Duduk dalam dorm ni asalkan penghuni lain tak bising okay dah.
Kisah 5 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kat Malaysia pun kita stay kat hostel juga kalau call time awal bebenor.
Bilik untuk enam orang tu berhampiran balkoni, sempit yang amat. Locker pula di penghujung alam kena sewa pula tu. Tak pernah aku stay kat hostel yang kedekut macam ni.
Guest yang katil bawah tu wanita Vietnam. Dia okay, dia tak kisah pun kalau kita buka lampu atau turun naik katil. Tak kisah tak kisah.. katanya. Don't worry...siap nasihatkan sentiasa kunci pintu takut barang hilang. Dah berbulan duduk situ dan tak balik Vietnam lebih dari enam bulan ke setahun. Hmm... musykil aku. Pergi cop passport kat Singapore ke dia?
Malam tu dia tukar pakaian. Sampai sekarang aku masih hairan macam mana dia tukar seluar... nak explain pun tak reti hahha... dia pakai dua lapis ke...tetiba dah pakai seluar lain kihkihkih....
Dia keluar tak lama, aku rasa dalam pukul dua pagi dia dah balik. Kerja apa agaknya eh, pakai seksi mekap cecantik, keluar beberapa jam di Bukit Bintang, dengan segala gajet mahal di tangan... krik krik sangat.
Kisah 6 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Hotel baru tu walaupun lengkap segala tetapi agak sempit. Makan pun so so aje.
Yang tak boleh blahnya, masa aku tengah solat boleh pula si awek ni melangkah depan aku. Kot ye pun sempit tak boleh tunggu ke atau alihkan penyidai kat belakang aku tu? Common sense la... dari kecil hingga besar hidup di Malaysia kan?
Aku takdelah kata apa-apa kat dia but i did told one of the organizer. Dia siap kata, baiknya ko ni... positifnya... kalau aku dah kena dah tu! Bla bla bla... Batu api sangat hahaha...
Itu je lah dulu. Nanti aku try recall pengalaman di tempat lain.
1 Comments
shin dok backpacker hostel.. mixed.. malam xde org.. depa luar kot.. pg baru dengo org dengkur.. kondom sepah sepah bawah katil.. apakahhh?
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.