MUD KL | Malaysia's longest running musical! Aku menonton teater muzikal ini tanpa apa-apa persediaan, takde google apa pun. Tahulah teater muzikal tu bagaimana tapi takde apa apa expectation. Jiwa kosong gituh. Tak sangka ia sehebat tu.
Sewaktu menonton aku memang ada rasa kagum dengan props, kawalan suara dan lakonan bersahaja para aktor. Suara pelakon tu semasa menyanyi sangat merdu okay, live lagi tu. Suara mereka jauh lebih bagus daripada segelintir penyanyi popular yang hanya sedap didengar di radio, bila live hancus.... tetiba keluar suara keras macam jantan bila high pitch hahaah....
Show yang aku tonton tu si Anding yang menjadi pelakon utamanya. Show ini menggambarkan 1 Malaysia yang sebenar. Sifat masyarakat sebelum dibanjiri dengan teknologi terkini. Sifat belas ihsan dan tolong-menolong yang menebal, bukan seperti sekarang, plat kerete patah je pun sampai nak patah tengkuk kena tendang. Macam cilanat.
Teater muzikal MUD KL ni mengenai apa?
Ia mengisahkan tentang kehidupan di Kuala Lumpur ketika kemuncak perlombongan bijih timah.
Selepas kemasyuran Melaka ratusan tahun dahulu, Kuala Lumpur pula mengambil tempat. Lokasi utamanya di pertemuan Sungai Lumpur (sekarang Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Harapan dan peluang cerah untuk menjadi kaya telah menggamit hati para pelombong dari negara luar terutamanya dari China untuk mencuba nasib di sini.
Mamat, Meng dan Muthiah membawa karakter masing-masing mewakili Melayu, Cina dan India sewaktu penghijrahan awal mereka ke Kuala Lumpur. Yang berani berubah akan berjaya. Yang terlalu berharap orang tu akan tolong orang ni akan bantu mencari pekerjaan tertinggallah kau. Yang memilih sangat nak terus melompat jadi bos tanpa melalui proses tertentu boleh teruskan berangan. Anak menteri dan raja je mampu buat macam tu. Kita orang biasa ni kena bertatih dahulu.
Kegigihan generasi awal inilah yang membentuk KL yang moden pada hari ini. Kalau kita rajin membaca atau mengambiltahu sejarah KL pasti teater ini akan lebih memberikan kesan di jiwa. Jika kita dibesarkan di KL dengan mak pak yang sedang menempuh usia emas, bawalah mereka. Entah entah mereka menagis sebak kerana menjadi sebahagian kelompok yang memajukan bandaraya ini.
Yang terdetik dalam hati macam hasil kerja Tiara Jaquelina. Pomm... betul! Susah nak cari orang yang benar benar benar komited dengan teater ni dan Tiara telah berjaya membina jenamanya sendiri.
Mari kita lihat memori Kuala Lumpur sejak 1880.
Pukul berapa teater muzikal di MUD KL?
Pukul 3 petang dan 8.30 malam setiap hari.
Kat mana..??
Panggung Bandaraya, Dataran merdeka. Ala... bangunan bersejarah yang siap pada tahun 1904 tu, sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.
For malaysian, RM53 sahaja. Dah termasuk gst dah tu. Jauh murahnya daripada tiket Anuar Zain kat Tasik Titiwangsa hari tu #tetiba.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.