MITA Travel Fair | Go Asian Go Domestic! Demi menyemarakkan pelancongan dan menjana ekonomi Malaysia satu "Travel Fair" akan diadakan dalam masa terdekat ini. Kerjasama strategik ini melibatkan pihak MITA serta para penggiat industri bagi menjayakan MITA Tourism Fair yang akan berlansung di...
Mines International Exhibition & Covention Centre Kuala Lumpur
43300 Seri Kembangan, Selangor
Bermula : Jumaat 24 Februari, 2017
sehingga : Ahad 26 Februari 2017
Masa : 10 pagi hingga 9 malam.
Apa yang menarik di MITA Travel Fair 2017?
Eh, haruslah ada perbezaan dengan travel fair lelain. Kali ini ada dewan tambahan untuk memperkenalkan produk Malaysia yang sememangnya menarik. Kekadang kita je yang tak perasan walaupun selalu nampak. Orang lain melihatnya sebagai sesuatu yang unik dan bernilai. Hah, siapkan sajalah RM. Baru check 'dividen' kan?
1) Dewan 'Arts & Craft'
2) Dewan ASEAN
3) Dewan 'Malaysia Food Festival'
Moh le kita shopping pakej-pakej menarik yang ditawarkan di MITA Travel Fair 2017 nanti. Sure ada yang offer harga runtuh punya. Buat sementara waktu ni lebih sesuai untuk kita banyakkan berjalan dalam negara pula, explore tempat-tempat menarik yang kita belum pernah jejaki. Banyak! Kalau tak percaya khatamkan blog aku ni ha. Itupun baru sikit yang dihebahkan.
Nak gi oversea Ringgit Malaysia dah jatuh ke laut dalam. Kita ada RM4.50 baru dapat satu USD. Pergi Jordan beli air mineral 2 dollar, kencing 2 dollar. Lenyap 4 dollar jadi sisa kumbahan. Flushhhh....
1 Comments
aiseh.
ReplyDeletejauh plak la nak pegi sana.
Feel free to leave your comment below. Thank you.