Cambodia | Di mana nak shopping di Phonm Penh? | Owh.. ini tajuk yang wanita-wanita Malaysia khususnya cari. Tak kira yang datang secara bajet atau makcik kayo, kita mesti nak beli juga serba sedikit kan? Hah, jangan tak mengaku pula.
Di Cambodia atau kita biasa panggil Kemboja ada banyak lokasi membeli-belah popular yang nampak biasa biasa je. Shopping mall ada tapi aku kalau pergi ke mana-mana pun lebih suka check-out pasar tani, pasar malam, pasar karat dan seumpamanya where locals go. Di situlah kita dapat melihat budaya yang asli, barangan yang tiada di negara sendiri.
Jadi, kat mana nak shopping di Phnom Penh ni?
1. Russian Market (Phsar Toul Tom Poung)
Russian Market sangat popular tetapi bukan disebabkan ada menjual rifle Rusia tu. Namanya tercipta kerana kedatangan pelancong Rusia yang ramai ke sana pada tahun 1980an dulu. Orang Rusia ni ramai datang belah belah asia ni suatu waktu dahulu hinggakan hotel dan resort dalam hutan Kanchanaburi, Thailand, tu pun ada signage dan menu yang ditulis dalan bahasa Rusia.
Ada bermacam yang dijual dalam pasar yang panas melekit tu hehe... nak cari souvenir dah tentulah ada, barang antik, lukisan, kain sutera, winter wear, kelengkapan dapur... dah nama pun pasar. Ada kedai kain dan ada tukang jahit kat dalam tu. Pakaian boleh siap dalam masa tiga hari. Bawa contoh bajulah, senang. Karang payah pula nak bagi arahan.
Jangan fokus kat dalam pasar tu aje check juga kedai-kedai di sekitarnya. Urus niaga boleh dibuat dalm Riel atau USD. Mereka suka USD tetapi aku rasa bila guna USD ni harga jadi mahal. Contohnya business card holder jenis kain tu. Ia dijual 1.50 usd, mahal tu. Value tak setinggi tu pun.
Alamat : Persimpangan lorong 440 and 155, South of Mao Tse Toung Boulevard, Boeung Keng Kang 3
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00
2. Central Market (Phsar Thmei @ New Market)
Bangunan Central Market yang menjadi landmark Phnom Penh dengan siling setinggi 30 meter ini membuatkannya terasa lapang dan lebih selesa untuk aktiviti membeli-belah. Hasil rekaan arkitek terkenal Cambodia Vann Molyvann, pasar ini tempat mencari batu permata, emas dan jam. Barangan tu semua di main area, di tengah pasar. Tempat sewa paling mahallah tu.
Pakaian, kasut, barangan rumah dan elektronik di keempat-empat sayap bangunan. Di antara sayap bangunan ini pula tempat kita mendapatkan souvenir dan bunga segar. Jambangan besar boleh dapat USD10 je. Bahagian kiri sebelum pintu masuk adalah tempat menjual serangga, lipas dan labah-labah goreng. Hmm...nak try?
Money changer pun ada tapi tak tahulah mereka accept MYR ke tidak.
Alamat: Selekoh Street 67 & Street 136
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00
3. Olympic Markets (Psah Olympic)
Ada banyak pilihan kain dengan harga murah dijual di sini. Kalau nak memborong pun di sinilah tempatnya.
Alamat: Selekoh Street 199 and Street 286
Sumber www.travelchameleon.net
4. Night Market (Phsar Reathrey)
Bolehlah nak jalan memalam, dekat dengan sungai. Barang-barang yang dijual biasa je... orang tempatan ramai datang sini sebab ada persembahan pentas.
Alamat: Selepas street 108.
Waktu perniagaan : Jumaat-Ahad bermula 5 petang.
5. Street 178
Lorong ini terkenal sebagai Art Street yang menjual lukisan, ukiran batu/kayu dan perhiasan perak. Butik, private gallery pun ada. Galeri Reyum dan Sa SaBassac selalu buat pameran seni tradisional dan kontemporari Cambodia.
Minat barangan vintage? Cari di sini.
Alamat: Di antara St 380 dan St 392, BKK1, Phnom Penh.
7. Supermarket
Ada banyak juga supermarket di tengah Phnom Penh ni... antaranya Lucky Supermarket (Street 274), Bayon Supermarket (133 – 135 Monivong), Sorya Shopping Centre (Street 63), City Mall dan Aeon Shopping Mall.
Okay, siapkan duit untuk shopping sampai lebam.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.