Thailand | Melawat Projek King Bumibhol Adulyadej Di Cha-Am & Petchaburi



Thailand | Melawat Projek King Bumibhol Adulyadej Di Cha-Am & Petchaburi | Sewaktu hayatnya King Rama XI, King Bumibhol Adulyadej begitu banyak sekali berjasa kepada rakyat Thai terutama yang berpendapatan rendah melalui bantuan secara lansung atau tidak lansung. Baginda juga turut mengadakan lawatan dan memberi kata-kata peransang yang sehingga kini masih diingati. 

Merasai kehilangannya, semenjak 13 Oktober 2016 sehingga kini setelah berpuluh hari kematiannya pun rakyat masih berkabung menangisi permergiannya. Benarlah kata orang bijak pandai bahawa respect is earned, rasa hormat itu tidak dapat dibeli dengan kuasa, wang dan harta benda.

Raja ke-9 Thai ini yang memerintah selama 70 tahun merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia. Selama pemerintahannya baginda berjanji untuk memerintah dengan adil demi kemaslahatan rakyat Siam. Setakat 1998 sahaja sebanyak 2,159 projek yang diilhamkan oleh baginda dilaksanakan di seluruh Thailand. Banyak projeknya bertujuan untuk mengeluarkan masyarakat luar bandar dari kemiskinan menjadikan mereka berdaya saing dan mampu berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan. Kini Thailand menjadi contoh kepada banyak negara dalam sektor pertanian. Mereka lebih maju daripada kita dalam beberapa aspek.

King Bumibhol Adulyadej bersama isterinya Queen Sirikit Kitiyakara ketika muda. Bagai pinang dibelah dua.


Bagaimana projek di-raja ini bermula?
Ia bermula apabila King Bumibhol Adulyadej melihat sendiri kehidupan rakyatnya sewaktu lawatan rasmi dan tidak rasmi di seluruh Thailand. Pada 1964 baginda telah melawa Cha-Am yang mana ketika itu petani susah dan miskin. Ini menjadi titik tolak bermulanya Projek DiRaja ini.

Ada kalanya baginda mengeluarkan modal pendahuluan untuk memulakan sesuatu projek. Projek-projek yang dilaksanakan termasuk pengenalan benih baru, pembinaan empangan dan pemeliharaan hutan.



Hoob Krapong Learning Centre
Lawatan yang diaturkan oleh Tourism Authorithy of Thailand ini membawa kami ke sebuah kampung yang menjadi Projek DiRaja yang pertama dan berjaya. Hoob Krapong Learning Centre (HKLC) dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Ahad untuk kita melihat sendiri kawasan penanam asparagus, pasli, rozel dan pembuatan topi dari pokok sisal. 

HKLC merupakan sebuah pertubuhan koperasi yang membantu menaikkan taraf hidup penduduk melalui jualan hasil pertanian seperti perisa minuman, jus buah rozel dan topi yang cantik dengan pelbagai bentuk serta warna. Kalau kita nak import boleh juga kot, laku tu jual kat pelancong di kala Kuala Lumpur dilanda panas terik. Kalau dijual di kawasan pantai peranginan lagilah bagus. Sekarang ni bukannya tak ada tetapi desain terhad. Mungkin disebabkan bukan budaya kita bertopi ni.

Inisiatif seperti ini memang bagus kerana ada kesan jangka masa panjang. Rakyat diberi joran bukan ikan. Ikan awal awal bolehlah. Sebenarnya di negara kita pun ada program seperti ini.. kalau tak silap singkatannya KPW cuma biasalah, ada yang bernyawa ada yang semput.


Kami dihidangkan dengan air asam jawa, butterfly pea, gula nipah dan rozel. Tengah panas berpeluh memang sedap sangatlah dapat air manis sejuk ni kan,. ditambah pula dengan "khanom tom" (kuih ondeh-ondeh/buah Melaka) yang masih panas. Kalau anda perasan, ketika di Thailand barangan yang ditawarkan kepada kita hampir kesemuanya "made in Thailand" termasuklah minuman ini.


Buah "kiatab" atau rozel.

Mr Tee Klongklaew ialah peladang yang memulakan penanaman asparagus di kampung ini pada tahun 1973 melalui bantuan pembelajaran dari Israel. Di awal projek dahulu, King Rama IX meminta bantuan Israel dalam pembentukan sistem pengairan berdasarkan pengalaman mereka mengairi kawasan tandus yang kontang. Pelajaran dan usaha keras sendiri telah membuahkan hasil kepada peladang jaya ini sehingga dijadikan contoh kepada petani dan bakal petani yang berminat menceburi bidang sama. Sewaktu lawatan ini belum tiba musim menuai. Belum banyak asparagus yang muncul, hanya satu dia pokok sahaja yang boleh kami lihat.


Sayur asparagus. Selama ini ingatkan pokok asparagus hidup di tempat sejuk. Asparagus ni muncul dari dalam tanah.

Kemudian kami ditunjukkan cara memproses "panson narai" atau sisal untuk dibuat aksesori wanita. Rasanya sisal ni dari jenis pandan juga walaupun bentuknya seperti mengkuang cuma tak berduri di tepi. Mereka masih menggunakan cara tradisional iaitu dengan mengepit daun sisal di celah buluh dan ditarik untuk mendapatkan benangnya. Labour intensive juga cara ni, berurat tangan.

Benang itu pula dikeringkan, diwarna dan dianyam membentuk topi, tali pinggang, kasut dan beg. Cantik cantiknya topi tu... macam tak cukup satu. Masa di Ho Chi Minh hari tu dah beli yang warna natural jadi kali ni ambil merah. Kebetulan pakai baju dan seluar merah hari tu rasa cantik semacam pulak hahahah.... SS jap hewhewhew.. Feeling macam Kate Middleton gituh. Pi lah tengok kat instagram. Dah tentulah harga di sini lebih murah dari Bangkok. 





Sebahagian topi yang dijual... rambang mata memilih. Cuba yang itu cuba yang ini... rasa nak beli lima tapi nak buat apa pula?

Jika anda berada di Hua Hin jangan lupa buat lawatan ke sini, 30 min je jauhnya. Jika hendak membuat lawatan berkumpulan atau berminat dengan mana-mana projek silalah berhubung dengan Tourism Authorithy of Thailand di Bangkok. Isi borang di sini.

Kami juga ke sebuah lagi lokasi pembelajaran yang menarik, Chang Hua Man Royal Project . Nanti ai kongsikan lagi eh.


Post a Comment

0 Comments