JJCM NS | Kedai makan MESTI CUBA di Jalan Seremban-Kuala Pilah | Negeri Sembilan negeri beradat hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya PLUS atau LEKAS. Negeri ini terkenal dengan Istana Sri Menanti, kawasan perkelahan Ulu Bendul dan pantai Port Dickson selain makanan enak lagi pedas.
Apa lagi yang popular di Negeri Sembilan?
Mentoghi Bosar den, YB Dato Haji Mohamad bin Hassan (untunglah kami ada MB yang berpandangan jauh dan mengutamakan pendidikan),
Kembar bolasepak Aidil Zafuan dan Zaquan Adha (diorang ni lahir time raya haji kot eh?),
Waris... yang menyanyi lagu catchy Gadis Jelebu tu, Datuk Hattan pun orang sini.
Banyak lagi keistimewaan NS ni.. harga rumah masih dalam kemampuan, di Port Dickson saja ada berbelas tempat menarik.
Eh, hari ni nak cerita fasal makan.
Di mana tempat makan sedap di Seremban?
Ni ai nak kasi tau lokasi mengisi perut yang kaum kerabat sepupu sepapat ai suka pergi. Mereka tu memang suka jalan jalan cari makan mencuba banyak tempat. Aku ni pergi yang dedekat je lagipun nak maintain (dah susah bona nak turunkan) berat badan. Kononnyalah.
Awak awak awak yang melalui jalan Seremban-Kuala Pilah ni bolehlah cuba. Lepas hiking Gunung Angsi tu mesti lapar tak hengat punya.
Yang disenaraikan ini adalah kedai biasa yang ramai pelanggan. Kalau dah hari hari kedai penuh haruslah sedap, ye tak? Ini baru setakat laluan Ampangan ke Kuala Pilah je.. Senawang, Sendayan, Seremban 2, Nilai semua tu belum lagi. Ikut turn lah ya. Kalau time uols datang kedai tak buka jangan kecam ai pulak eh.
1) Roti goreng kentang di Ampangan food court.
Kedai Jalal. Kami sekeluarga rajin jugalah ke sini sebab anak-anak suka fast food dia. Aku pun suka... sejak belum ada anak sehingga beranak-pinak mengulang kedai ni. Jangan peliklah dengan tuan kedai bersama krew yang tak nak senyum. Eh pelik jugalah kan? hahah... Pernah aku datang waktu petang di lokasi lama dulu elok je tuan kedai layan dan ada sekali tu setelah beberapa lama boleh pula dia tegur, eh lama akak tak datang? Ooo... aku ingatkan dia tak perasan aku selama ni. Dia taklah sombong cuma tak senyum je. Boleh gitu? Makan je, sedap.
Ampangan food court.
Sumber di sini.
2) Roti canai bawah pokok, Paroi Jaya
Roti canai brother ni sedap, garing di luar lembut di dalam. Dibuka dari 7-11 pagi. Gerai dia depan Mertang Car Wash, deretan kedai belakang 7 Eleven tak jauh dari Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
3) Leha World, Paroi Jaya
Akak tu bermula dengan berniaga di bawah pokok je dulu. Ada berpuluh-puluh jenis lauk untuk dipilih tapi aku rasa nasi sikit sangat. Untuk aku cukuplah tapi kalau orang lelaki tak puas makan. Ikan keli berlada RM4.50, sayur RM2 air percuma. Lain-lain? Datang sendiri dan rasa.
Sumber di sini.
Sumber di sini.
4) Gerai kuih, Panchor Jaya.
Tak ingat nombor rumah dia tapi kalau masuk saja Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya tu gerai akak tu sebelah kanan. Dia berniaga pepagi Isnin-Jumaat saja. Hot item karipap kentang dan sardin. Menggunung dalam bekas kueh tu. Kuih-muih lain pun secukup rasa. Nampak ikhlas usahanya. Sambal nasi lemak sedap juga tapi simple je lah, nasi dengan sambal. Dah jual singgit takkan nak ikan bilis, telur, timun bagai kan? Goreng telur mata lembu sendirilah kat rumah, jimat.
Ada satu lagi penjual kuih yang semua kuih dia sedap secukup rasa, di sebelah luar sebelum masuk ke Persiaran Semarak 2 ni berdekatan bus stop. Apa ntah nama pakcik tu, Zarin kot. Dia ada menjual popia goreng dan basah. Beroperasi selepas Zohor... hari Isnin tutup rasanya.
Dua gerai ni memang kami suka kuih-muihnya. Harga pun berpatutan. Masa orang lain berebut naikkan harga mereka tetap bertahan. Pernahlah aku bertanya beberapa tahun lepas kenapa tak naikkan harga? Mereka jawab, takpelah...tak bayar sewa. Aku pula yang susah hati bila mereka masih maintain harga sebiji kueh 30 sen hahahha....jiwa wakil rakyat sangat gituh. Sekarang mereka menjual sebiji 40 sen. Kami bayar dengan redha sebab puas hati. Lagipun mereka suka bersedekah.
Sebelum ni ada Husseins's Puff berniaga waktu petang di Paroi Jaya. Itu pun sedap juga. Tak tahulah dia pindah ke mana... dah kaya kot, dok rumah je.
Sebelum ni ada Husseins's Puff berniaga waktu petang di Paroi Jaya. Itu pun sedap juga. Tak tahulah dia pindah ke mana... dah kaya kot, dok rumah je.
5) Popia Kuala Kangsar, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
6) Mama One Stop Bakery & Cafe.
Dah cerita dulu di sini. Sekarang ada cawangan di CIMB, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban.
6) Mama One Stop Bakery & Cafe.
Dah cerita dulu di sini. Sekarang ada cawangan di CIMB, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban.
7) Kedai Angah, Ulu Bendul
Dia menjual roti canai kari kambing. Lokasinya depan kawasan perumahan Ulu Bendul (arah Kuala Pilah) selepas tempat mandi-manda tu.
8) D'sawah, Ulu Bendul.
Memang dokek topi sawah. Sekarang ni berderet kereta parking tepi jalan tu pepagi. Hidangan istimewa mereka ialah roti canai, nasi lemak hijau (yang biasa pun ada), sambal sotong. Hari Sabtu dan Ahad ada pulut sambal petai.
Sumber di sini.
9) Zaini Salai House, Ulu Bendul.
Kedai makan ini tak jauh dari D'sawah, sebelah kanan. Cousin aku yang kaki makan tu kata sedap lauk makan tengahari di sini, ada itik salai bagai.
Sumber di sini.
10) Kedai Ain, persimpangan Seri Menanti.
Bertentangan dengan pintu gerbang ke Seri Menanti ada bus stop, Kedai Ain di situlah. Akak ni menjual lauk pauk kampung seperti lawar terung, rendang betik, rendang peria, gulai baung dan jangek. Pernah dengar "jangek"? Aku pun first time dengar heheh... sesio duk kampung. Gulai kulit lembu. Pepagi ada lontong. Sambal nasi lemak dia sedap (kata cousin). Orang yang main golf di Kelab Golf Sri Menanti pun selalu makan di sini juga.
Kalau kena musimnya dapatlah melihat hamparan sawah padi di belakang Kedai Ain.
11) Kedai sebelah SMK Sultan Abdul Samad (SMDAS), Tanjung Ipoh.
ABC kelapa dan laksa utara dia sedap baq hang!
Sumber di sini.
12) Kedai depan Petron Melang, Kuala Pilah.
Aku baru je makan nasi lemak sambal sotong kering dia. Sedap! Selain tu ada lauk rendang ayam. Kue tiaw pun ada. Tapikan servis krik krik.. hahaha... bertabahlah menunggu. Berzikir, bertahmid 33 kali baru sampai.
13) Nasi lemak, Medan Selera Kuala Pilah.
Dekat traffic lights, depan Maybank. Geng Mak Jemah kata sambal sotong basah sedap.
14) Kedai rojak, Pasar Kuala Pilah.
Rojak mi/kue kena pair dengan cendol. Rojak ni mungkin di tempat lain dipanggil mi jawa. Famous zaman berzaman sebab rasanya tak berubah. Even ada ahli keluarga mereka yang berniaga di pasar malam pun maintain rasa kuah yang sama.
Cendol di pasar KP tu aku jadikan benchmark. Susah juga nak jumpa yang sama macam pakcik tu jual. Rasanya dah sebati dengan lidah ni sebab aku start makan cendol dia dari sekolah menengah... semangkuk 50 sen, dari pakcik tu kuat sampai kena pakai loud speaker dah hahah... memang sodap! Di hentian bas KP pun ada cendol dan rojak. Rasa cendol sama tetapi aku lebih suka rojak yang di Pasar Kuala Pilah.
Dulu kini dan selamanya macam tu juga kedai dia tapi volume jualan bertambah. It seems that pelanggan tak kisah pun. Lelaki berdiri tu menjual cendol, yang di hujung sana rojak, bersebelahan pasar Kuala Pilah.
Sumber di sini.
Kedai cendol di hentian bas Kuala Pilah.
Lagi??
Apam balik sebelah kedai emas. Beli emas sekalilah kak, emas Kuala Pilah murah... ish ishh... geram tengok 😈😈😈. Boleh tunjuk kat orang kampung bila sampai Bahau/Bera/Temerloh/Kuala Terengganu nanti 😊😛😈😈
Nota:
25hb ni ada program silat di Ladang Alam Warisan jadi bolehlah pakat reramai try kedai makan ni nanti.
Nota:
25hb ni ada program silat di Ladang Alam Warisan jadi bolehlah pakat reramai try kedai makan ni nanti.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.