Indonesia 2016 | Aceh dilanda GEMPA BUMI lagi !



Aceh dilanda GEMPA BUMI lagi ! Negara Indonesia berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire) yang memungkinkannya sering dilanda bencana gempa bumi dan letusan gunung berapi. Banyak terdapat gunung berapi api aktif di negara beribu pulau ini. Mahu pun begitu kira-kira 62 peratus rakyatnya berada di zon berbahaya tersebut.


7hb Disember 2016, sekali lagi Banda Aceh dilanda gempa. Tidak mungkin kita akan melupakan gempa dasyat yang melanda wilayah sama pada 26 Disember 2004. Mana mungkin lupa! Beratus ribu nyawa terkorban termasuk di Malaysia dan negara lain seperti Thailand  serta Sri Lanka yang beribu batu jauhnya. Kali ini wilayah/daerah yang mengalami gegaran kuat dan kerosakan teruk ialah di Lhokseumawe, Bireuen, Pidie juga Pidie Jaya. Menurut komen-komen yang dibaca keadaan Luengputu dan Meureudu sangat  parah. 

Setakat tengahari tadi sekurang-kurangnya 97 korban, 300 cedera dan 73 kecederaan parah telah direkodkan akibat gempa bumi 6.4 skala Richter dengan kedalaman 10km ini (sumber laporan di sini). 5.0 skala Richter dianggap sederhana tetapi jika pusat gempa tidak terlalu dalam kematian dan kemusnahan harta benda yang sangat teruk juga boleh terjadi. Bayangkan kekuatan gempa 9.0 skala Richter pada 2004 dahulu! 230,000 terkorban di 11 negara dengan 180,000 orang di Aceh sahaja ketika itu. Bencana alam yang maha dasyat!

Indonesia's Explosive Geology Explained
Sumber di sini.

Dengan gegaran selama 45 saat sahaja telah mengakibatkan bangunan yang berdiri gah menyembah bumi. 

gempa-aceh-1
Sumber di sini.

Sumber di sini.

Sumber di sini.

At least 54 people are believed to have been killed. (Supplied)
At least 54 people are believed to have been killed. (Supplied)
Gempa terbaru ini dikatakan sama seperti yang berlaku di Yogyakarta (Jogja) pada 2006 lalu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Bersyukurlah negara kita setakat ini masih selamat tetapi pernah juga bila gempa kuat di Indonesia kita pun bergegar sama. Kena tempias pun dah kecut perut.

Berita awal gempa bumi Aceh di www.bbc.com


*****
Namun begitu Banda Aceh tetap ada keistimewaannya. Melancong di Banda Aceh tak sama seperti di tempat lain. Insaf sekejap bila mengenangkan betapa berkuasanya Allah. Seronok solat di Masjid Baitul Rahman. Jemput baca di sini ceritanya.


Post a Comment

0 Comments