Movie Review | The Accountant



Movie Review | The Accountant | Hello... lama betul rasanya tak buat movie review. Bukan tak ada wayang yang ditonton tapi ada banyak sangat blogpost yang belum selesai. Last tengok wayang cerita "Sully" di Ho Chi Minh September lalu. Bagus cerita tu... tentang American Airlines yang mendarat cemas di Hudson River.


Actually tengok wayang ni pun sebab anak dara belanja. Elaun bulan lepas masih berbaki katanya tapi dia belanja mak dia je.. adik dia kena bayar sendiri huhu... Mudah-mudahan kakak dapat mencapai apa yang diimpikan. Nanti belikan mama tiket kapal terbang pula eh? Eh, mak demand hahah...

Memula mereka ajak menonton Doctor Strange. Eii.. tak kuasa mak. My first choice was Inferno lakonan Tom Hanks tapi selepas baca sinopsis hmmm... macam tak memenuhi selera pula. Cerita sci-fi ni ai kurang minat. Filem Melayu yang ditayangkan pada hari kejadian memang tak lah kan. Bukan berlagak ke apa, tapi filem keluaran syarikat atau arahan pengarah tertentu memang tak teringin nak tengok. Lagi satu agak sukar mencari balance review di internet nih. Cerita vangang pun kata bagus. Ontahlah jang... Kita melabur masa dan duit kot?

Nak salahkan pengarah dan penerbit sepenuhnya pun tak boleh juga sebab 'sesetengah orang' sensitif tak bertempat, baru letak tajuk kontroversi sikit dah kena banned padahal ceritanya takdelah sensitif mana pun. Contohnya cerita "Lelaki Komunis Terakhir" (kalau tak silap tajuknya). Kalau letak nama watak MO1? Lagilah kan..? Rugilah mereka... besar modal yang mereka dah keluarkan. Itu belum lagi pemikiran sempit sebilangan penonton yang sentiasa mengaitkan sesuatu dengan politik. Kalau tak makan cili kenapa pula terasa pedas? By the way aku suka filem Ombak Rindu, Polis Evo dan akan datang, Hanyut, arahan U-Wei Hj Shaari.


Best ke The Accountant?
Filem arahan Gavin O'Connor lakonan Ben Affleck ini mengisahkan seorang kanak-kanak autisme yang ditinggalkan ibunya akibat tekanan perasaan. Bapanya seorang pegawai tentera tidak pernah putus harapan untuk melihat anak istimewa itu, Christian Wolff (Chris) berdikari. Chris dan adiknya Braxton dilatih dengan seni mempertahankan diri dan menembak tepat selain cemerlang dalam akademik. Si bapa melihat anak autismenya Chris, sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berbeza sebab itulah Chris tidak dimasukkan ke sekolah khas.

Chris yang genius matematik menjadi akauntan forensik bertauliah dan pandai memanipulasi akaun perniagaan pelanggan. Dia juga highly trained assassins. Siang kerja lain malam pula kerja lain. Siang jadi engineer malam driver Uber gituh.

Sumber www.gsc.com.my

Image result for ben affleck
Kalau Ben Affleck berlakon dalam "Suri Hati Mr Pilot" mau mengigau wanita-wanita peminat sinetron di luar sana :) . Sumber www.justjared.com


My comments?
Aku memang suka cerita begini, tak straight to the point, ada seninya... ada lawan lawan sket bang! bang! Ada debaran di sana sini... ada masa tutup telinga, kekadang tutup mulut bimbang terjerit hahah... aku suka cerita banyak suspens nih. Heart trumping.

Ada sekali tu masa tengah concentrate sebab ada scene suspens tedengar kroh..korohhh... ingatkan sound effect dalam filem tu, rupa rupanya dengkuran penonton berdekatan cisss..! Orang punyalah berdebar dia boleh berdengkur kat situ.

Kalau anda suka cerita penyiasatan, nak tengok senjata api yang canggih, sukakan cerita yang cerdik sikit heheh... aku recommend tonton cerita ini. 



Post a Comment

2 Comments

  1. tengok review pun dah macam best. kena gak la cari masa tuk tengok cerita ni

    ReplyDelete
  2. Ontah ado ontahkan tidak laie uncle zuan

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.