Mengiktiraf Sumbangan Sultan Pahang Dalam Bolasepak, Buku "The Royal Legend of Football" Dilancarkan



Mengiktiraf Sumbangan Sultan Pahang Dalam Bolasepak, Buku "The Royal Legend of Football" Dilancarkan | Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Selama manusia tersebut hidup, hargailah jasa-jasanya kerana kita bangsa yang beradat dan beradab.


Sultan Pahang yang menjadi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula tahun 1984 hingga 2014, telah melalui turun naik permainan yang menjadi sukan paling diminati di dunia ini. Tentulah banyak kenangan pahit manis yang terpahat di dalam fikiran baginda.

Malam 5 November 2016 bertempat di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran coffee table book "The Royal Legend of Football" telah dilakukan oleh Society of Sports and Exercise Medicine (SSEM).

Menurut presiden SSEM Datuk Seri Dr Mohamed Mydin Mohd Musa buku tersebut dilancarkan demi menghargai usaha dan pengorbanan serta minat Tuanku Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mua'adzam Shah, yang telah mendedikasikan 30 tahun dalam sukan bolasepak.

Walau bagaimanapun buku tersebut hanya dijual di malam pelancaran sahaja dengan harga istimewa. Ia juga akan diedarkan ke semua perpustakaan agensi kerajaan dan sekolah-sekolah sebagai menghargai sumbangan baginda di dalam sukan paling popular tersebut.

**di ruggedmom.com ini sahaja yang ada banyak gambar majlis tersebut. (Promosi sikit).

Dapat juga gambar ni. Terjengket-jengket, main hulur kamera ke atas aje.

Saat gembira ketika Malaysia memenangi AFF Suzuki 2010 di Indonesia. Masa inilah nama Safee Sali menjulang naik. Jaringan gol oleh Safee Sali melengkapkan bilangan 12 jaringan yang diperolehi oleh Malaysia pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 ini. Beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.


Sultan Pahang sentiasa diiringi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah





Hari lahir tuanku yang ke-86 juga turut disambut pada malam tersebut. Gah majlisnya dengan iringan Orkestra PDRM. Walaupun mereka bukan penyanyi terkenal tetapi suaranya merdu, ditarik tinggi pun tetap lunak. Bunyi orkestra dari pemuzik berpengalaman tak dapat dinafikan kehebatannya. Rasanya sebelum ini aku dah pernah tengok, di tv agaknya.



Sebagai cenderahati, Sultan dan Sultanah Pahang dihadiahkan cincin.


Oleh kerana bukan OP, kemain susahlah nak ambil gambar yang elok, ramai nau bodyguard. Seronok ai dapat berada dekat dengan Tuanku dan bersalam dengan Sultanah Pahang. Sayangnya tiada gambar bersama... gambar dengan buntings ada lah :-(




Majlis gilang gemilang ini juga turut dihadiri oleh konsultan perubatan asing dari pelbagai negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Iran, Iraq, Italy, Ghana, India, Kanada, Maldives dan Afrika Selatan.


Terima kasih kepada seseorang yang menjemput ke majlis di raja ini. 

Eh, di mana saya?

Meja 18 tidaklah jauh sangat dari meja santapan utama. Ai duduk dengan otai-otai media. Sebenarnya aku takdelah nak ambil gambar food tapi bila orang veteran di depan buat aku pun shoot lah juga hahah... 

Kenapa tutup bahagian bawah muka pula kali ini?

Saja fefeling berniqab (sebenarnya nak cover double chin heheh...)


Sebelah kiri ai abam pulis tau. Bakal inspektor sahab. Awak yang dok membaca ni tak kiralah lelaki ke perempuan, kalau ada degree tapi dok menganga kat rumah menunggu panggilan temuduga kerja yang setaraf dengan pendidikan, lebih baik try apply jadi inspektor sahab juga. PTPTN nak kena bayar kan? Tamat je kursus sembilan bulan tu nanti dah tentu ada kerja. Cuma perlu bertabahlah menghadapi kursus sembilan bulan yang umpama sembilan tahun tu huhuu...

Sebelum pergi temuduga polis tu jemput baca dulu Tips Menghadiri Temuduga Kerja. Harapan aku, bakal inspektor polis ini akan menjaga saiz pinggang. Kalau gemuk macam mana nak kejar perompak bang? hahahha... sorry.. Jadilah polis yang AMANAH ya. Semoga berjaya dunia akhirat.

#jangancakapakaktakpayung




Post a Comment

0 Comments