#DekatJe | In Case You Didn't Know Melaka



In Case You Didn't Know Melaka | Melaka, negeri yang masyhur sebagai pelabuhan dagang ratusan tahun dahulu. Siapa yang tidak kenal Melaka yang berada di gugusan kepulauan Melayu? Jika dibaca sejarah perantau yang datang ke Tanah Melayu dahulu ramai yang mendarat di Melaka sebelum berhijrah ke negeri-negeri lain. Gahnya Melaka ketika itu hingga menjadi rebutan Portugis, Belanda dan Inggeris untuk dikaut hasil mashulnya.



Projek Melaka Gateway yang meliputi pelabuhan, kawasan perniagaan dan kediaman dijangka akan mengembalikan kehebatan pelabuhan Melaka seperti zaman kegemilangannya. Confirm jem tak hengat! Adakah selepas projek ini siap sepenuhnya traffic lights akan menjadi 300 saat pula? #matilanak .


Aturcara 3 Hari 2 Malam Kami di Melaka
Kami bertolak ke Homestay Alai dari MATIC Kuala Lumpur. Kali ini ada selebriti dan social media influencer menjadi peserta rombongan selain lebih ramai muka-muka baru dari Indonesia, Peranchis, Holland dan Jerman. Kami disambut dengan dendangan lagu-lagu lama oleh kumpulan Dondang Sayang di sebuah rumah tradisional Melayu di sana. Sedap dengar muzik live ni terutama gesekan biola tu. Kalau nak dengar boleh buka insta ruggedmom nanti. Asli sungguhlah rumah ni, siap ruang yang luas untuk makan bersila. Ruang ini biasanya dijadikan ruang rehat keluarga.



Demonstrasi membuat kuih ondeh-ondeh yang dilakukan memberi peluang kepada media antarabangsa untuk melihat sendiri bagaimana makanan tradisional ini dibuat. Sedap kata mereka. Memanglah sedap sebab menggunakan gula enau (gula Melaka). 

Selepas makan tengahari kami dibawa melihat salah satu perushaan IKS yang popular di sini iaitu pembuatan kuih inang-inang yang telah dilakukan oleh Encik Mohd Basha bersama isterinya Zahirah. Mereka telah melakukan perniagaan ini sejak 21 tahun yang lalu dengan 10kg pengeluaran setiap hari. Senang je buat kudapan ini, beras pulut yang telah direndam dikukus dua kali, ditekap dan dijemur selama empat jam dipanas terik. Sepeket berisi 12 keping inang-inang dijual dengan harga RM2.50 . Jengan terus ko mamah pulak, goreng dulu dik.


Guna sagu mata ikan pun boleh.

Tips: kalau ada lebihan lemang raya, potong nipis, jemur sehingga kering dan goreng. Jadi macam inang-inang juga. Kalau tak kering beras pulut tu takkan kembang.

China Auto Manufacturer (M) Sdn Bhd turut mempromosikan caravan mereka di Homestay Alai. Syarikat ini mengeluarkan caravan yang sesuai untuk percutian keluarga. Sebuah caravan boleh memuatkan lima orang penumpang termasuk pemandu. Buat masa ini mereka hanya menjual tetapi terdapat rancangan untuk menyewakannya sahaja. Buat masa ini mereka sedang establish lokasi perhentian caravan kerana ia memerlukan point untuk mengecas bateri bilik. Menangis pula anak duduk dalam bilik panas tu karang. Sebelum kita bercaravan di New Zealand bolehlah try di Malaysia dulu.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai caravan silalah bertanya dengan Encik Mahadzir Hassan di nombor 011 32062878 / 013 2794375.


Kemudian kami mendaftar masuk di The Settlement Hotel, Ujung Pasir, Melaka. Owh best lah bath tub jenis tak licin tu. Garden walaupun kecil sweet aje kalau dibuat small wedding reception di sini. Nak lebih privacy sewa villa mereka. Eh banyak betul spot untuk bergambar terutama di Yeak Ping Lian Gallery tu.

Hotel empat bintang ini berhampiran dengan perkampungan Portugis yang telah wujud semenjak kurun ke-16 lagi. Tahun 1511 dahulu bangsa Portugis tu menyerang Melaka. Mereka bukan terus serang, kalau tak silap dua tahun sebelum serangan mereka dah datang recce. Macam sekarang ni lah, kita sambut 'pelancong tertentu' (kita berebut sebenarnya dengan negara Asean lain) sebelum mereka dapat menguasai aset penting negara. Jangan nanti menang sorak kampung tergadai sudah. Okaylah lain ali je kita sembang serius eh


Petang itu kami menyelusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise mengejar sunset. Jika ke Melaka mesti cuba menaiki bot ini. Jangan dengar sangat sok sek negatif nanti kita sendiri yang terlepas peluang menimba pengalaman. Naik pepetang best sebab selain dapat melihat lukisan dinding yang menarik, ramai yang melepak minum di cafe sepanjang sungai tersebut. Entah bilalah kita nak sampai ke Venice tu kan? Haa enjoy dulu Melaka River Cruise ni. Kalau nak makan western food halal boleh cuba di Dutch Harbour Cafe. Dah lima tahun diambil-alih muslim businessman.
Sumber: Gaya Travel Magazine.



That night we had our dinner at Restoran Nyonya Suan which is close to Dataran Pahlawan. Kemudian balik semula ke hotel dan karaoke di Roof Garden. Supper pula...aiyakkk... kenyang lagi ni.

Interior deco of Restoran Nyonya Suan.

Berkaraoke sambil supper.

Esoknya kami ke The Shore Sky Tower, bangunan yang tertinggi di Melaka. Dari ketinggian 43 tingkat kita dapat melihat 360 darjah sejauh 50km radius bandar Melaka, the UNESCO Heritage City. Inilah sesatunya observatory deck di Melaka. Tak boleh buat lebih tinggi lagi kerana ada laluan kapal terbang. Dedekat je tourist attarctions di Melaka ni... lenkali park je kereta setempat di Bandar Hilir tu, takde stress mencari ruang parkir kereta lain di hujung minggu. 

Nampak tak Kampung Morten di bawah tu?

Ramai yang tahu tentang The Shore Sky Tower ni kan? Kalau buat majlis kecil di sini best juga ni, ekslusif. Kita boleh bergambar sendiri dimana-mana tetapi di ruang berlantai kaca tu hanya boleh dengan menggunakan kamera yang disediakan sahaja. Kadar bayaran RM45, RM75 dan RM100. Pakej RM100 tu akan diberikan softcopy sekali.

Turun dari Sky Deck kami ke The Shore Oceanarium melihat hidupan laut yang unik dan semakin pupus. Koloborasi dengan Jabatan Perikanan Melaka ini menghasilkan sebuah lokasi pelancongan yang menarik dan edukesyenal (betul ke ada perkataan ni? hahaha). Paling menarik kita boleh memegang ikan pari dan jerung (baby dia jer). Di dua lagi akuarium pun kita boleh pegang ikan tu. Tengok kat insta lah ye. Sengat ikan pari tu sudah dibuang jadi tak perlu risau yang bukan bukan.

Soalan aku kepada penjaga kolam, ikan ni dimasak apa sedap dik? hahhaha...



Terdapat dua tarikan baru di The Shore iaitu 3D Interactive Park dan Toy Museum. 3D Interactive Park tu awesome lah, bukan setakat ambil gambar di lukisan 3D, terdapat 13 elemen 3D dalam satu taman tema. Ada diantaranya menggunakan teknologi Realiti Tambahan (augmented reality) yang pasti merangsang daya imaginasi pengunjung. Di AR Booth kita boleh bergambar berenang dengan ikan, menjadi angkasawan siap dengan spaceship bergerak di belakang, rumah hantu, ruang Day and Night Dual View dan lain-lain lagi. Nanti ai buat blog post khas untuk 3D Interactive Park ni, boleh letak lebih banyak gambar. Datang sini dengan kengkawan sekepala baru best. 

Dengan kos RM3 juta sudah tentulah The Shore Toy Museum menjadi yang terbaik setakat ini. Jangankan kanak-kanak, bapa kanak-kanak pun beraksi melampau dalam ni hahaha.... yelah kan, dedulu masa kecil manalah kita dapat melihat koleksi mainan sebanyak ini. Manusia paling kaya di dunia pun takde nak collect toys bebanyak gini.







Setelah makan di Sky Deli kami bergerak ke perkampungan Melayu tertua di bandar Melaka, Kampung Morten. Nama ini dipilih sempena memperingati seorang pemungut cukai semasa pemerintahan kolonial Inggeris, Frederick Joseph Morten. FJ Morten sebelum keluar dari Negeri Selat telah membuat satu syarat tambahan yang mengatakan bahawa tanah lot di kampung ini hanya boleh dijual kepada waris berbangsa Melayu sahaja. Panjang kisahnya, semoga kampung ini kekal selamanya.


Rumah petama yang kami lawati ialah Villa Sentosa- the Malay living museum. Rumah ini berbentuk rumah limas Melaka tetapi ada percampuran Inggeris dan Melayu. Kemudian kami ke sebuah lagi rumah tradisional Melayu yang asli dengan berlantaikan batang nibong yang masih bertahan hingga kini.

Selepas itu berjumpa pula pembuat replika rumah, Encik Baser, di kampung yang sama. Encik Baser hanya menerima tempahan, beliau tidak mengeluarkan secara mass productions. Replika rumah sebesar 5' x 4' x 3' mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan Kayu yang digunakan jenis sederhana keras seperti mensawa hitam dan seraya merah. Hubungi beliau di facebook: Baser Ali.



Ada produk baru lagi, Kiwi Bike, yang masih dalam proses percubaan. Boleh dikayuh atau menggunakan enjin. 

Lepas tu apa? Makan lagi! Minum petang kami di River Quay Dining & Lounge.

Lawatan ke Jonker Walk merupakan aktiviti terakhir pada hari kedua. Di lawatan terdahulu aku dah beli bermacam souvenir jadi kali ini sekadar berjalan-jalan mencari sesuatu yang baru sajalah. Di satu lorong tu ada seorang OKU pandai bermain organ. Ingatkan siapalah yang gelak sensorang dalam samar cahaya tu huhuu... boleh tahan juga dia bermain.


Berjalan pula ke Lorong Harmoni dimana terdapatnya masjid, tokong dan kuil berdekatan antara satu sama lain. Noah Art Cafe yang menyajikan makanan Melayu dan barat baru sahaja dibuka bersebelahan Masjid Kampung Kling yang telah menerima jemaah semenjak tahun 1748 lagi. Okay je generasi lama di sini takde kecoh kecoh dengan bunyi azan. Waktu penganut lain bunyikan loceng, bakar colok, baling kelapa penganut islam pun boleh terima dengan redha. Kita mahu keadaan give and take yang diamalkan oleh generasi lama ini dikekalkan supaya kehidupan kita lebih harmoni dan bahagia. Tiada siapa pun yang untung bercekak bercekau ni, menang jadi arang kalah jadi abu. 

Bercerita tentang restoran muslim, selalunya kalau pergi kemana-mana pun kita akan mencari masjid untuk mendapatkan makanan halal kerana di sekitarnya selalu ada peniaga yang berjualan tetapi di bandar Melaka ini tidak begitu.  Pelik juga aku. Semoga dengan adanya kafe ini akan bertambah lagi restoran halal di kawasan ini. Tak dapat yang permanent pun takpe... yang jenis berniaga dengan food truck juga menarik juga. Pelancong suka.

Noah Art Cafe beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin - Jumaat dan sehingga 11 malam pada Jumaat - Ahad.



Hari ketiga..hmmm last day dah.

Taklah kusangka hari ini aktivitinya force feeding. Macam ayam daging daa... berhenti je di satu satu tempat kena makan hahahh... belum kena sembelih je lagi ni.

Lokasi pertama kami berhenti makan Warung Kari Kambing Power & Asam Pedas Claypot di Kampung Simpang Bekoh, Jasin. Sumpah sedap! Aku jarang buat food review sebab err.. tak nak cakaplah. Walaupun tekak berbeza tapi kalau dah sedap tu ramai orang akan kata SEDAP, kalau so-so tu selalunya kita akan kata "bolehlah". Berlapik. Bolehlah tu pun mungkin juga tak sedap heheh...


Warung ini telah beroperasi sejak 20 tahun lalu bermula 6.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Dua ekor kambing menjadi hidangan setiap hari tetapi jam 9 pagi kari kambing dah habis. Kalau nak merasa arrange holiday trip Jumaat-Ahad atau Sabtu-Isnin. Lontong kering pun sedap. Nasi himpit dihidang dengan kuah kacang, rendang ayam dan sambal kelapa yang macam dalam cucur badak tu. Ya Allah sedapnyaaaa....

Lepas tu baru nasi, asam pedas ikan claypot dan kari kambing dihidangkan. Kami share je dua pinggan nasi dan ikan tu. Kari kambing tak nak share hahah.. Ingat tau, datang lepas Subuh.

Kemudian kami ke kilang Biskut Tongkat juga di Simpang Bekoh, Jasin. Siap ada persembahan silat dan tarian dari anak-anak orang asli. Ingatkan ada tikam tikam dalam silat tu tapi nan hado. "Tak dayo kak", kata abam sado tu hahah... bebudak muda bolehlah disuruh melompat.




Kalau nak tempah chocolate moist cake call 016 7211655, nak roti/pizza call 011 25610464, cup cakes 017 3318839. Area Jasin saja eh.

Biskut ini nama lainnya biskut lutut, biskut mayat sebab keras kejung macam mayat. Di Kuala Pilah pun ada kami panggil biskut Azan je, nama brand. Biskut ni kalau dicicah teh tarik atau kopi minum pepetang memang sesuai sangat. Tak pun bawak ke office mesti laku. Kat office tu cekodok masin pun laku huhu.. Ada juga pengusaha kecil-kecilan menjual piza, roti dan kek coklat lembap mempromosikan produk mereka.

Masa aku dok korek isi kepala muda tu guna straw tetiba YB Ghazali kata, "engkau ni kenapa terhegeh-hegeh makan tu?" Osahlah orang Melako eh hahahha.... orang Melaka tegur orang memang camtu. Mesra mereka lain macam sket, tak perlu nak kecil hati. Nasib baik tak dihawaukannya aku hahaha...

Terakhir, kami dibawa ke Taman Tema Air di Asahan Melaka yang akan beroperasi seminggu sahaja lagi. Di belakang dekat tiang lampu ada batu sempadan antara tiga negeri; Melaka-Negeri Sembilan dan Johor. Pakat bergambar belakalah kami.

Makan lagi. Kalau dikira kadar kepuasan dalam kiraan ekonomi, unit util dah berkurangan akibat konsumsi yang berlebihan. Mati dek makan orang Malaysia ni. Sampai di rumah terus cari mesin penimbang berat badan -_-

Setelah kembali ke Bandar Hilir kami menghadiri pula Majlis Perlancaran Karnival Homestay Citrarasa Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati SamsudinMeriah beb!

Sumber di sini

Puas hatilah pergi Melaka ni. Pelancongan di Melaka meriah dengan kehadiran warga Malaysia dan luar negara. Pelancong yang turun di KLIA dan KLIA2 tu singgah makan je di Seremban lepas tu terus pecut ke Melaka/Johor. Tahun depan kami nak buat 'road block' lah, biar tersangkut dua hari di Port Dickson sebelum menyambung perjalanan ke Melaka :P

Thank you Tourism Melaka, myMotac and Gaya Travel Magazine for organizing such a great event.

Don't Mess With Melaka !



**Terasa seperti 'diracun' untuk ke Batam dan Karimun pula.


Inline images 1

Post a Comment

3 Comments

  1. rasanya ni 1st time kita jumpa ek? hehe

    ReplyDelete
  2. Pernah jumpa di Sepetang Bersama Blogger 2016

    ReplyDelete
  3. Owhhh SBB dah penrah ya? Tak ingat sebab saya agak rushing hari tu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.