Bangkok, Thailand | Apa yang menarik di Amphawa? | Mengikut statistik kedatangan pelancong tahun 2015 yang dikeluarkan Tourism Authority of Thailand, pelancong Malaysia merupakan yang kedua teramai selepas China. Pelancong dari negara kita lebih bertumpu di kota Bangkok, Hatyai, Chiang Mai dan kawasan pantai peranginan di selatan Thai yang menghadap Laut Andaman dan Teluk Thai.
Tidak dinafikan bahawa Thailand ada keunikannya budaya yang tersendiri. Pusat membeli-belahnya 'menarik' kita untuk berulang ke sana. Minggu ini bila syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air berlumba-lumba menurun kadar tambang, sudah pastinya Bangkok turut menjadi pilihan.
Bangkok yang berada di tengah Thailand menjadi hub untuk menyambung perjalanan ke wilayah lain pula. Pengangkutan awamnya pelbagai dan murah. Apa kata kali ini kita menjengah Amphawa? Ye lah kan, kalau dah selalu sangat ke tempat yang sama mungkin akan timbul rasa bosan.
Tanicha Resort Yang Sederhana
Resort ini yang bersambung dengan rumah air berada di tebing sungai. Kesemua rumah air di sini yang menghadap sungai diperbuat daripada papan. Ada yang masih kekal dengan struktur asal ada pula yang telah didesain baru dan dicat semula. Banyak juga rumah yang telah berubah menjadi rumah tetamu.
Apa aktiviti menarik di Amphawa?
Paling best, kami berurut kaki di atas Hatthatara Boat selama 45 minit sambil menyelusuri sungai. Memang syoklah... berangin je, dapat pula tukang urut otai perghh... rasa nak repeat heheh... Satu bot mampu memuatkan enam orang pelanggan. Kadarnya hanya THB3,000 tak kiralah naik seorang ke atau enam orang ke tetap kena THB3,000. Berpatutanlah sebab dapat makan angin sekali.
Di sepanjang perjalanan ini dapatlah kita melihat kampung di sini yang semakin dikomersialkan. Banyak resort pelbagai taraf di sepanjang sungai ini.
Call no ni kalau nak berurut sambil makan angin.
Salah satu resort yang menarik.
Bot yang kami naiki tu berhenti di sebuah restoran tepi sungai yang ada persembahan nyanyian setiap malam. Rasa macam jauh tapi sebenarnya bila naik van waktu balik tu laa... dekatnya. Berjalan kaki pun boleh.
Nampak tak drummer yang cute tu? Termalu-malu dia bila semua kamera dok tala ke muka dia hahahha...
Nampak tak drummer yang cute tu? Termalu-malu dia bila semua kamera dok tala ke muka dia hahahha...
Bila mata kau tak mengantuk dan kau pula tak minat menonton tv. Ambil tripod shoot muka sendiri hehehhe....
Sebenarnya aku nak ambil gambar pintu kayu tu je.
Malam yang tenang.
Di pagi hari para sami Buddha akan berjalan di sepanjang sungai tersebut untuk menerima makanan daripada penduduk dan pelancong lalu membacakan doa. Bangun awal supaya dapat ambil gambar matahari terbit.
Kalau nak ke floating market boleh berjalan kaki je dari sini.
Tanicha Resort juga menyediakan basikal untuk disewa. Pagi esoknya - pagi sungguh heheh - sempatlah aku mengayuh masuk ke pekan dan kampung. Suspens jugalah berbasikal di tempat ramai orang ni sebab lama giler tak naik basikal. Hajat di hati nak masuk ke satu taman tu tetapi 8.30 baru dibuka, lambat lagi. .
Yang kelakarnya masa di kedai souvenir di sebelah kaunter tiket tu aku beriya tawar-menawar CD muzik tradisional Thai. Dah lama cari sebab aku sukakan muziknya. Bila si penjual bersetuju, alamak! sesen pun tak bawa! Dahlah first customer, suweyyy... sentap orang tu hahah.. Sorry, bukan sengaja.
Di hujung minggu ada Amphawa floating market. Pasar terapung ini lebih kecil daripada Damnoen Saduak floating market yang terkenal tu tetapi lebih ramai warga Thai berbelanja di sini berbanding pelancong. Tempat yang too touristy pun tak best juga kan? Makananlah yang orang cari di floating market ni terutama seafood. Sebenarnya boleh berjalan kaki je ke floating market ni, ikut je depan kedai papan tu. Kalau rasa nak naik long tail boat pun boleh.
Apa lagi yang menarik eh? hmmm... owh Wat Bang Kung, wat yang terlindung dengan akar pokok tu. Boleh baca di sini. Bila ke Maeklong Railway Market bolehlah tengok wat tu dan rasai pengalaman bermalam di sini pula.
So? Lets see the world peoples!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.