Revenge






Cara melawan/membantah yang terbaik ialah terus bergerak ke hadapan dengan gembira dan biarkan Allah membalasnya.


Mudah diucapkan tetapi hakikatnya rasa nak tinju je muka orang yang kita menyampah sangat tu. Aku sendiri ada beberapa pengalaman. Nak diceritakan semua panjang sangat, mata pun dah kelat ni. Cuma ye lah, ada pembalasan yang segera dan ada pula dalam masa 10 tahun. Aku perhati je.


Kepada yang dapat pembalasan segera tu (dalam dua tiga tahun), lain kali nak bercakap tu fikir dulu, jangan ikut perasaan sangat sehingga merosakkan reputasi dan periuk nasi orang. 95% kerja yang aku buat untuk dia adalah okay. Lagi 5% tak bagus sebab di masa bekerja tu dia pun ada dan dia ada equipment yang lebih lengkap jadi aku takdelah beriya sangat buat kerja. Heyy... dia cuma perlukan 120 unit saja tapi disebabkan melayan pelanggan dia aku bagi hingga 700 unit. Buang masa aku je.


Aku pun ada pelanggan sendiri. Tak pernah pula mereka komplen tak puas hati malah sering juga dipuji. Terpaksalah aku masuk bakul angkat sendiri untuk mempertahankan diri :-)


Dihebohkannya di ruang maya akan ketidakpuasan hatinya. Ramai yang percaya dan tumpang mencerca tanpa mendengar penjelasan pihak kedua. Biarlah. Aku diamkan dan tidaklah aku mendoakan yang tidak baik kepada dia. Allah tu maha adil. Langit tak selalu cerah, ekonomi syarikat pun goyah, malah persaingan perniagaan membuat hidup semakin payah.


Aku perasan dia menjual harta. Harganya mak ai jauh dari market price! Kau ingat harta kau kat Damansara? Shah Alam? Bukit Mahkota? Dahlah di atas awan sana. Sekarang ni macam kedai runcit pula bisnes dia macam macam ada hinggakan belon pun dijual. Baguslah tu kan? Kerja halal katanya.


Jauh sangat menyimpang dari kerja hakiki.


Aku perhati je.





**Dia pernah pinjam barang aku sebagai back up katanya. Bila aku nak guna tetiba rosak. Silap aku tak check/test semasa dipulangkan. Yang menjadi mangsanya? Poket akulah.




Post a Comment

1 Comments

  1. pasti ada hikmahnya...semoga semuanya dipermudahkan Allah...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.