Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi



Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi | Adalah membosankan sekiranya melancong tanpa mencuba sesuatu yang baru. Menginap di hotel berbintang empat dan lima di tengah bandar memang selesa tetapi menginap di resort berbintang-bintang di tengah hutan belantara pasti memberi pengalaman berbeza.


River Kwai Village Hotel adalah satu-satunya hotel mewah di hutan tropika Kanchanaburi. Ia terletak di utara River Kwai 70km dari "the bridge on the River Kwai" yang terkenal di seluruh dunia itu.

Kami ke sini dengan menaiki keretapi dari Stesen River Kwai dan turun di Thamkra Sae. Kemudian menaiki chartered van ke RKV. Naik van terus menerus pun boleh juga. Di sepanjang perjalanan ke sini mata dijamu dengan kehijauan. Relaks je, sejuk mata memandang.


RKV menawarkan empat jenis penginapan berpendingin hawa yang serba lengkap:
1) Raftel - bilik yang terapung di sungai.
2) Royal Wing - bilik mewah didekorasikan cara Thai
3) River Wing - bangunan tiga tingkat di tebing Kwai Noi
4) Mountain Wing - kabin setingkat.


Bilik kita di sini.

Wifi hanya di sekitar lobi sahaja. Bila wifi tak sampai ke bilik maka kita akan kembali ke asal, rajin membaca buku huhuu.. Aku agak hotel management memang tak nak pasang wifi kat bilik supaya tetamu enjoy the nature. 

Bilik aku besar dan sangat selesa. Kalaulah datang dengan famili kan best, boleh susun semua anak atas katil. Katil sebesar tu aku seorang je tidur (pasang lampu bilik air dan berselubung heheh...). Yang syoknya pihak hotel hidangkan sepinggan kek, dua hari pun tak habis makan sebab perut tak sempat lapar. Dah tentulah chocolate cake yang habis dulu.

Di sini Subuh awal sekitar 4.40 pagi. Aku set jam pukul 5 tapi 4.45 dah terbangun. Baguslah kan? Kat rumah sendiri pun tak macam tu. Masalahnya mata tak mahu pejam dah selepas tu. Selepas breakfast pukul 6.30 tu balik ke bilik dan mereput sampai pukul 9. Tak dapat mengisi masa lapang dengan melawat kawasan sebab dua hari hujan pagi.

RKV menerima ramai tetamu dari Rusia sebab tu ada notis dan menu berbahasa Rusia. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini selain berurut. Siap ada warning "Jangan buka seluar" di pintu bilik urut tu hahah... siapalah punya kerja tu eh? Dah biasa berbogel depan orang gamaknya. Tiada service urut++ di sini. Clean business only okey.

Yang lagi best nya, ada tiga swimming pool di sini. RKV adalah hotel pertama memiliki Jungle Water Park dengan water slide dan jakuzzi. Seronoklah bebudak bila menginap di sini. Bila bawa anak-anak tak kiralah hotel bajet ke hotel mahal swimming pool mesti ada. Kalau tak boleh stress weh.

Raftel.

Subhanallah cantiknya pemandangan! Damai.

Ikan-ikan liar di belakang Raftel.

Bilik aku di River Wing yang menghadap Kwai Noi (kwai = river/sungai).




Persembahan tarian dari kanak-kanak suku kaum Mon selepas makan malam.



Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di River Kwai Village
RKV berada di lokasi yang sesuai untuk lawatan ke kawasan bersejarah kesan Perang Dunia Kedua (World War II) dan alam semulajadi. Nak naik gajah ke.. bamboo rafting ke..nak ke Death Railway ke.. atau nak mandi-manda di Sai Yok Waterfall ke.. RKV boleh aturkan. Jika mahu berspa lumpur sila ke Rock Valley Hot Spring & Mud Spa.

Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk dicuba seperti ATV, paintball, berenang, di sungai, camp fire, raft excursion.. selain pakej lawatan. Aku sebenarnya nak try naik basikal atas pokok yang macam di Bohol tu tapi di kedua-dua pagi hujan renyai. Bila hujan terbantutlah plan tambahan pula geng lain semua dok tidur lagi, aku je yang 'tolong buka pintu restoran' seawal 6.30 pagi. 


River Kwai Village Hotel
74/12 Moo 4
Tha Sao
Sai Yok
Kanchanaburi
Thailand
Tel : (66 89) 918-4562 / (66 81) 922-4661
Faks : (66 81) 880-5206


Reservation Office
1054/4 New Petchburi Road
Ratchtavee
Bangkok 10400
Thailand
Tel : (66 2) 251-7828 / (66 2) 251-7096
Faks : (66 2) 255-2350


**Seluruh Thailand sedang berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 70 tahun. Raja Bhumibol menjadi simbol perpaduan yang mendamaikan dua pihak yang berebut kuasa. Baginda juga sangat disayangi dan dihormati rakyatnya kerana banyak memperkenalkan projek pembasmian kemiskinan.









Post a Comment

0 Comments