Bajet 2017 | Eh... Bajet 2016 Untuk Aktiviti Percutian Dengan Harga Jimat | Hai uolss... ai bukan nak cerita fasal bajet Perdana Menteri kesayangan uols tu tapi nak share bagaimana untuk menghadap demand anak-anak bulan Disember nanti dengan harga jimat. Baru terjumpa je ni haa... rugi betul lambat dapat tahu.
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni kan, yang mana minyak masak akan naik minggu depan, caj pos laju pun dah naik RM1.50 sejak 15 Oktober lepas grrr... kita usahalah cari mana-mana peluang untuk mendapatkan pengurangan harga kerana hidup perlu diteruskan. Tak lama lagi cuti sekolah jadi takkanlah plan kita bercuti bersama keluarga terbantut dengan segala kenaikan harga, kan? Kesian anak-anak.
Sumber di sini.
Apa diskaun yang menarik?
Oleh kerana hujung bulan depan semua sekolah di Malaysia akan mula bercuti maka akal pun aktif merangka aktiviti. Cuti sekolah inilah kita nak habiskan masa berkualiti bersama anak-anak sambil merehatkan minda. Takkan nak dibiarkan lepak di rumah aje... aku pulak yang stress nanti asyik high pitch saja suara ni hehee...
Belek punya belek terjumpa kupon diskaun Sunway Lagoon Theme Park. Tak perlu beratur sampai lenguh betis, beli terus dari website Sunway Lagoon menggunakan kupon ini. Dapat less 20% tau! Lagi best anak yang tingginya kurang dari 90cm dapat masuk PERCUMA.
Sebenarnya angan-angan holiday kami di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah. Eh Perak kan tersenarai dalam negara/negeri yang patut dilawati di tahun 2017 nanti oleh Lonely Planet. Bangga weh sebab aku pun ada tolong promote juga (hahaha.. nak tumpang kredit). Balik Kedah takde hal, boleh duduk banglo Mak Yam tapi kalau ke Ipoh kenalah sewa hotel. Bukan satu tapi dua bilik sekarang ni hikss... Kalau beli direct dari booking site yang aku letak kat atas tu boleh dapat price yang bagus tetapi bertambah bagus lagi bila menggunakan voucher diskaun di sini (klik untuk melihat tawaran hebat), boleh dapat tambahan sehingga 30% lagi. Kalau booking hotel di Jakarta atau Yogyakarta lagilah banyak diskaun, hingga 40%! Yogyakarta (Jogja) kota seni, memang best. Eh dah baca kan trip aku ke Jogja dulu?
Kalaulah lebih awal terjumpa website diskaun tu lebih banyak boleh dijimatkan untuk tiket bas anak aku pergi balik Kedah. Tahun ni je dah berapa kali dia berulang-alik. Kopak.
Gawat tak gawat harapan yang telah diberikan kepada anak-anak perlu ditunaikan. #JanjiDitepati gituh. Kalau tak ke Sunway Lagoon pun mesti pergi ke lokasi lain. Kalau duit botingkek boleh beli tiket Qatar Airways ;-)) Luas pemandangan nanti.
Rajinkan diri membelek website tu, manalah tahu ada yang berkenan dan diperlukan, kan? Jangan cakap akak tak payung eh.
2 Comments
okay banyak diskaun tu
ReplyDeleteMemang payah nak carik percutian yg betul2 bajet mm 2-3 thn lepas...huhuhu.... dengan currency merudumnya... :(
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.