Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis



16 September : Selamat Hari Malaysia!!



Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis | Hari ini eloklah kita berkisah sedikit tentang sejarah Malaya (Malaysia). Jangan pandai jadi keyboard warrior sahaja, ambil tahu juga warrior sebenar dalam mempertahankan negara. Berterima kasihlah kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak hospital, rakyat yang bermati-matian dan ramai lagi yang tak tersebut namanya. Politikus yang suka menghasut dan memecah-belahkan masyarakat tu kita 'TENDANG' je dia sampai terbenam masa PRU ke-14 nanti. Dia pun datang dari negara orang, berlagak bagai tuhan.



Tradisi Ngayau Dalam Era Darurat.
Tahukah anda, setelah Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri2 peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu. Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut mayat2 pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.

Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat-mayat pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.

Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis. Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters" (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, "Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil).
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik-baiknya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that the Dayaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa-apa menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dayaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit-unit yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto-foto gambar yang mengerikan.
Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala-kepala pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah-olah mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.
Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila-gerila Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.

Sumber: Ibn Shah


**Mari baca blog post ini kalau nak tengok tengkorak manusia. Rumah Nyuka, sebuah penempatan kaum iban di Lubok Lemba, Ulu Sarikei.

Post a Comment

0 Comments