Discover Selangor | Tarikan Istimewa Yang Memakmurkan Kampung Sijangkang




Selangor | Tarikan Istimewa Yang Memakmurkan Kampung Sijangkang | Kampung Sijangkang yang berada di daerah Kuala Langat, Selangor, adalah satu daripada enam kampung yang membentuk DUN Sijangkang. Diwakili YB Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai ADUN Sijangkang, kampung ini terlihat dan terasa kemakmurannya walaupun sekejap sahaja berada di sana. Nak tahu kenapa? Sabar ya... baca sehingga habis dulu.


Kampung Sijangkang hanya 12km jaraknya dari bandar di raja Klang menggunakan Jalan Klang-Banting. Kebanyakan penduduk di sini berketurunan Jawa yang berasal dari Indonesia. Menurut cerita penduduk, datuk nenek mereka dahulu mendarat di Kampung Pendamar, Klang, tetapi tanah di sana tidak sesuai untuk pertanian lalu mereka meneroka tanah baru di sini dan beberapa kawasan lain yang subur. Koloni kecil ini kemudiannya membentuk masyarakat yang lebih besar memajukan kampung tersebut sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini.

Kampung Jawa-Melayu dan sedikit Banjar ini dikatakan dibuka semenjak 1907 lagi. Nama Sijangkang bersempena dengan pokok Jangkang yang seakan pokok getah yang menyebarkan benihnya dengan cara letupan. Alaa... meletup macam pokok letup letup yang kita belajar dalam subjek sains dulu tu. Pokok itu kemudiannya mati di dalam sungai. Dalam bahasa Cina mati disebut "si" jadi muncullah nama Si Jangkang... sekarang dieja Sijangkang. Begitulah ceritanya. Kalau cerita ni tipu korang pun kena tipu jugalah heheh..

Ketua Kampung Sijangkang Tuan Haji Zainal Ulum Ahmad berpegang kepada janji Allah bahawa "jika makmur masjid sesebuah kampung itu, maka makmur jugalah kampung tersebut".  Kampung ini walaupun layak mendapat bantuan kerajaan negeri, Pakatan Rakyat, dan pembangkang, Barisan Nasional, tetapi mereka lebih suka mengusahakan sesuatu sendiri. Yang jelas, pemeliharaan hutan paya bakau Kg Sijangkang dan dana untuk menaiktaraf masjid adalah hasil titik peluh dan sumbangan penduduk sendiri. Menurut ketua kampung yang juga bekas guru besar sekolah ini, beliau dan AJK masjid mahukan semua penduduk muslim terlibat dalam usaha pembesaran masjid supaya mereka merasa sayang dan berbangga dengan sumbangan masing-masing. Dalam islam kita berpegang kepada kata-kata tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Memang betul tu... sesuatu yang kita usahakan sendiri terasa nikmat dan sayang. Jika terlalu dibantu kita susah untuk berdiri sendiri nanti. Hebatnya semangat mereka sehingga sumbangan wang ringgit yang dikumpulkan telah mencecah RM1 juta!

Yang lebih bagusnya, mereka juga ada Team Inovasi Kg Sijangkang malah tahun ini DUN Sijangkang telah mengadakan pesta bukunya sendiri. Tok Penghulu, Ketua kampung dan JKKK yang lain (termasuk kampung den) eloklah tiru benda baik ni. Jangan malu meniru perkara baik. Tengok negara China tu.. meniru je kejenya, jadi world's supplier sekarang ni.

Semasa ke sini kami juga ditunjukkan cara membuat makanan tradisional Jawa, lemper, dan rendang Banjar, Ayam Masak Blos (eh betul ke?). Lemper tu macam pulut panggang manakala rendang tu menggunakan banyak halia. Ramai nau pendemonya payah gak nak ambil gambar.

Hoi panjang intro weh.

Demonstrasi membuat lemper.

Garang chef ni haa... siap bercekak pinggang sambil memasak rendang :))

Jeli kelapa dan mata kucing antara produk dari kampung Sijangkang.


Dah tak sabar nak tahu apa yang best di kampung ni kan? Jom baca!


TARIKAN ISTIMEWA KAMPUNG SIJANGKANG

1) Mozid Racing
Jangan tak tahu di Kampung Sijangkang ada litar go-kart yang mulai beroperasi Mei lalu. Diusahakan seorang anak muda Mohd Yazid Jamil, 33, litar sepanjang 500 meter ini dibina kerana minatnya dalam sukan bermotor dan telah memakan belanja sebanyak RMM100,000. Janganlah hairan kenapa penggunaan litar dicaj mengikut minit/jam.

Terdapat go-kart untuk mat rempit pemain yang dah pandai, untuk amatur seperti aku ni naik fun cart saja. Ada enam fun cart disediakan untuk kita lenjan.







Kalau nak menonton budak kecik berlatih poket bike datanglah di hari cuti. Adik Muhd Jehan Irfan b. Johan, 9, selalu berlatih di sana dihujung minggu. Kemain ko dik, kona baring cecah lutut. Senang mak tak payah hantar pergi sekolah. Menurut ibunya dia lebih berasa selesa di situ berbanding litar lain. Dalam kampung kan.. sejuk berangin dikelilingi pokok-pokok. Lagipun sewa litar tu sehari RM20 saja. Jika anak anda ada pocket bike sendiri bolehlah berlatih di sana. Mana tahukan boleh mewakili negara pula nanti. Aku dah upload video Adik Jehan ni race cecah lutut kat insta ruggedmom


2) Cat Hotel
Cat Hotel diusahakan oleh Dr Muhd Taqiyudin Zainal Ulum dan keluarganya. Sebenarnya doktor veterinar ini memiliki klinik sendiri di Setia Alam tetapi masalah timbul di hari raya. Doktor pun nak beraya juga di kampung. 

Oleh kerana kawasan rumah ibu bapanya agak luas, Dr Taqiyudin membuka Cat Hotel di kampungnya. Caj yang dikenakan mengikut saiz kandang, jenis kucing, berapa hari nak duduk. Samalah macam kita manusia. Kadarnya diantara RM25-65 sehari.




 Anjing yang telah dirawat selepas kemalangan. If you are interested to adopt him please call Cat Hotel.

Shelter pun ada tetapi ia bukanlah untuk kita membuang binatang peliharaan di sana. Ada orang nak bela kucing tetapi di rumahnya ada anjing. Ada orang nak bela anjing tetapi rumahnya terlalu sempit untuk memiliki lebih dari seekor. Jadi shelter ini menjadi penyelesai masalah dengan syarat makanan dan ubatan perlulah ditanggung tuannya. Sumbangan anda juga dialu-alukan untuk menambah baik kehidupan binatang yang diberi perlindungan ini.

Jika memerlukan perkhidmatan veterinary surgeon ini atau ingin menderma untuk shelter (wang/makanan/ubatan/pasir) please contact the doctor:

Taqwa Veterinary Clinic
35-G, Jalan Setia Indah X U13/X
Setia Alam
Seksyen U13
40170 Shah Alam, Selangor.
Tel : +6010 9492305
Emel : mutiara.vc@gmail.com

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis & Sabtu : 11 pagi - 9 malam
Jumaat : 3 petang 9 malam
Ahad : 11 pagi - 5 petang


3) Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang
Menurut Naib Setiausaha Kelab TRPBS, Puan Norlilah Abdullah, kita selalu marahkan golongan muda membuat perkara tidak berfaedah seperti berlumba motor, lepak membuang masa.. sedangkan kadang-kala tiada tarikan atau fasiliti untuk mereka bersukan atau berkreatif.

Dengan sebab itu tenaga orang kampung digembleng untuk menyediakan tempat anak-anak kampung berkumpul supaya mereka tidak 'pergi jauh'. Taman ini mula dibuka sejak tahun 2015. Di bahagian luarnya sahaja pun terdapat banyak kemudahan untuk beraktiviti. Ada taman permainan, sarang madu kelulut, tapak perkhemahan & bbq, medan ilmu, adventure track, jeti sampan, pondok rehat dan surau.





 Bila air sungai surut...

Pondok rehat berinformasi juga disediakan.

Diantara pokok-pokok yang tumbuh secara semulajadi di hutan paya bakau Kg Sijangkang pula dari jenis sinem, mata buaya, buta-buta, pyea-pyea dan gedabu. Terdapat beberapa jeti kecik di dalam taman rekreasi ini tetapi sewaktu lawatan air sungai sedang surut jadi tak dapatlah melihat sampan melaluinya. Laluan kayu (plank) juga dibuat sendiri hasil derma kayu, peralatan dan kudrat penduduk Kg Sijangkang. Allahu..hebatnya ukhwah! Ketika ini ia hanya sepanjang kira-kira 400 meter. Pelan pembangunan telah dirancang hanya menunggu dana dan waktu yang sesuai sahaja untuk dimulakan. Jika terasa hendak berkongsi saham akhirat boleh hubungi pihak yang terbabit. Selama mana ia digunakan untuk perkara baik insyaAllah adalah bahagian untuk kita nanti.

Wujudnya taman rekreasi ini adalah cara penerapan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan ekosistem paya bakau secara santai. Penjagaannya mampu memberi pendidikan terhadap warisan sejarah serta flora dan fauna yang ada. Payau bakau juga berfungsi untuk menghalang hakisan ombak dan kemasukan air masin ke dalam sumber air minuman.

Perkhidmatan dan aktiviti lain yang disediakan:
Memanah, bot penambang, peralatan sukaneka, katering, kanopi dan khemah.

Sedapnya makan bawah pokok di tebing sungai. Sewaktu air pasang lagi menarik kawasan ni.

Taman Rekreasi Paya Bakau Kg Sijangkang
Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang
Telok Panglima Garang
Selangor, Malaysia
Tel : +60 16-379 0661


4) Bangkita Ceramic Studio
Professor Awang Damit Ahmad telah melukis sejak 30 tahun lalu. Untuk meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni kontemporari, beliau membuka galeri seni di kediamannya. Setakat ini beliau telah mempamer dan menjual lukisannya di beratus pameran seni dalam dan luar negara. Malah lukisannya juga pernah dijual di auction house dengan harga lumayan.

Galerinya diberikan nama unik seperti "Pantau Iraga" yang bermaksud para/beranda tempat menjemur dan angin timur laut. Hmm... orang seni, bersenilah juga memberi nama. Beliau mendapat idea untuk melukis melalui pengalaman hidupnya dan menggemari tajuk nelayan dan petani. Anaknya pula lebih menjurus kepada pembuatan pasu seramik berbentuk kontemporari.



Jeans buruk bila dapat dek orang seni akan jadi begini. Kalau dapat kat aku jadi alas kaki jer.





Berminat membeli lukisan atau menempah pasu sebagai cenderahati? Silalah berhubung dengan mereka ya... tetapi Prof. Awang Damit agak selective in choosing buyer in order to stabilize the price and he is AGAINST flipping.

Lot 921, Jalan Tanjung
Kg Sijangkang
42500 Telok Panglima Garang
Selangor.

Tel : 017 3944327
Emel : bangkitaartstudio@gmail.com
Fb/instagram : Bangkita Ceramic Studio


5) Pakej Memancing
Untuk kaki pancing jangan malu jangan segan sila telefon no ini +60 16-379 0661 atau nelayan yang dikenali untuk membawa anda memancing dengan pakej tertentu. Cuma, kalau korang memancing janganlah tinggalkan anak bini camtu jer kat Tanjung Hani Homestay tu.. tinggalkan sekali kunci kereta dan DUIT sebab kami nak shopping di GM Klang dan AEON, #DekatJe. Takkan nak mereput dalam rumah menunggu korang balik memancing?


6)  Rumah Tadisional Melayu Klasik
Rumah ini sebenarnya dibeli dari Perak dengan harga RM2,000 sahaja. Dismantled dan dipasang semula di kampung ini. Dedulukan banyak rumah yang hanya menggunakan pasak saja sebab itulah boleh dibuka dan dipasang. Bangunan tambahan hanyalah di bahagian belakang sahaja.

Sungguh berseni pembuatan rumah ini tetapi semasa kami datang tu satu rakaman program masakan sedang dijalankan. Lampu dipadamkan (hanya shooting area saja ada), agak berserabut dan kena senyaaaapppp jer. Tengok je lah gambar-gambar ni. Lokasinya berhampiran Tanjung Hani Homestay.











 Dalam tv nampak cantik je walhal.... Tunggulah kemunculan Dr Ezani dalam program memasak Ramadhan tahun depan.







 Sangat banyak tempat menarik di Selangor. Nanti kita tunjukkan gambar di Jugra pula ya.












Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.