Travel With Your Loved One | Mengembaralah dengan orang yang anda sayangi. Siapa yang tak nak kan... terutama pasangan kita. Ada masa kita travel seisi keluarga, ada masanya kita usahakan untuk berdua sahaja. Hubungan perlu dijaga dan dibaja, don't take things for granted. Kita berurusan dengan hati manusia bukannya robot yang tiada rasa.
Kami sudah lama tak buat trip together gether disebabkan ada anak-anak yang bersekolah. Takkan nak dipontengkan macam dedulu kan? Yang bersekolah menengah lagilah tak boleh dipontengkan. Ada anak yang perlu dihantar ke sekolah, yang perlu dijemput pulang itu pasti. Itu belum lagi ulang-alik menghantar ke football training, swimming dan mengaji. Penat oi. Susah mencari pengganti sementara yang sanggup buat. Mak aku yang membantu semasa berpantang dulu pun mengeluh penat keluar masuk kereta. Hah baru dia tahu zaman dah bertukar heheh..
Tahun ini trip berduaan ke Krabi dan Bandung dibatalkan. Hangus duit den... mujur Air Asia rescheduled flight ke Bandung so aku ada pilihan untuk membatalkan perjalanan dan boleh dapat full refund. Hangus kat hotel room sahajalah. Sebelum ini sibuk bertanya bila nak bawa dia ke Bandung? Macam-macam aku plan... nak ke Kawah Putih, enjoy Saung Angklung la, nak menziarahi ex-director Boscha Observation la... nak ke floating market la... sudahnya tak menjadi disebabkan ada hal yang lebih penting. Kalau pergi tetapi hati tak tenang pun tak guna juga.
Yang Krabi tu si dia je tak jadi pergi, aku bergerak dari Hatyai sebab 4x4 Roadtrip tu tamat di sana yang kebetulan sehari sebelum our actual plan ke Krabi. Jadi dedua tiket KUL-Krabi hanguslah. Si dia tak jadi pergi dan aku pula naik bas ke Krabi.
Yang Krabi tu si dia je tak jadi pergi, aku bergerak dari Hatyai sebab 4x4 Roadtrip tu tamat di sana yang kebetulan sehari sebelum our actual plan ke Krabi. Jadi dedua tiket KUL-Krabi hanguslah. Si dia tak jadi pergi dan aku pula naik bas ke Krabi.
Cuma kami dapat terbang bersama ke Pulau Pinang menghadiri majlis perkahwinan keluarga. Sempatlah melawat tempat-tempat menarik di Balik Pulau. Eh dah baca ke?
Kalau dah bukan rezeki untuk travel bersama, kita plan macam mana hebat pun tak jadi juga. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk kami. Just pray for it, betul tak?
**Dulu kalau orang bertanya kat orang rumah, eh anak hang tak sekolah ke? My partner akan jawab gini, mak dia guru besar... hahahah hawau!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.