Teringin Berpoligami?



Teringin Berpoligami? Semasa viral posting tentang Hafiz Mahamad belanja girlfriend dia pusing bandar naik limousine, pergh... awek/isteri pakat tag pasangan memasing. Teringin juga katanya (maksudnya). Nasib baik husband aku takde facebook account, kalau tak aku pun terjebak sama hahaha... nak feeling princess gituh.

Peliknya, apabila lelaki lain pos tentang kebahagian dua rumahtangganya wahhh...response netizen lagi hebat, gegak gempita! Begitulah jadinya apabila cerita poligami yang halal dan harus dijadikan topik perbincangan. Panas sokmo.

Aku rileks je. Perkara dibenarkan agama buat apa nak bangkang kan? Jangan ikut emosi. Pasangan aku tak pernahlah bercakap hal ini tetapi ada juga kerabat lelaki yang suka provoke isteri memasing. Kekadang geram juga mendengarnya. Sekali tu aku cakap, "korang tau tak, kalau kami perempuan ni boleh berpoligami dah kena madu empat dah korang!" hahaha... Macamlah kita ni tak teringin lelaki sado dan kaya lagi beriman. Pakej tu. Selama ni kita redha je dengan perut boroi berkain pelikat siang malam, tak pernah komplen pun. Takde pula kita bandingkan dia dengan Aaron Aziz... eh tetiba.

Lelaki yang berhajat menambah 'cawangan' selalunya akan menggunakan alasan sunah nabi untuk berpoligami. Bagi priority lah, ada sunah yang lebih penting, ada perkara wajib yang perlu disempurnakan terlebih dahulu. 

Nabi bersolat sunat hingga bengkak kaki, kau ado? Bengkak kaki sebab gout, ada.
Nabi dalam peperangan pun solat berjemaah, kau ado?
Nabi berpuasa sunat sepanjang tahun kecuali hari-hari tertentu, kau ado?
Nabi sangat banyak bersedekah, kau ado?
Nabi berlemah-lembut dengan isterinya, kau ado?


Beginilah, jika kau suami...

1) nak bangun solat Subuh pun bersungkit, tak reti bangun sendiri, lupakan poligami.
2) solat Subuh pun bila dah menghampiri waktu Dhuha, lupakan poligami.
3) tak pernah mengajak anak isteri solat berjemaah, lupakan poligami.
4) mengajar anak isteri fardhu ain dan mengaji pun tak mampu, lupakan poligami.
5) rasa gaji kau cukup sedangkan bini dok top-up belanja dapur, duit belanja sekolah anak-anak, lupakan poligami.
6) tak berani memberitahu isteri pertama secara berdepan tentang niat murni ini, lupakan poligami.
7) nak tidur lena tanpa rasa 'anu' terancam dikerat isteri, lupakan poligami. Kitorang samseng weh sekarang ni.

Jika nak berpoligami juga lakukannya dengan betul. Berkahwin lebih di Perlis tak perlukan kebenaran isteri yang sulung (eh?). Jika berkahwin di Narathiwat, sila buat pengesahan di jabatan agama Islam Malaysia. Jangan memain, nanti anak ko diianggap tak sah taraf pula. Kesian dia. Korang berdua berperangai siamang anak-anak yang akan menanggung akibatnya (malu) sepanjang hayat. Itu belum masuk bab perwarisan harta benda lagi.

Bagi isteri kedua, ketiga atau keempat beringatlah sewaktu bahagia. DAFTARKAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA. Tanpa surat nikah yang sah, bila bercerai atau lelaki yang kau rebut sibuk menjawab soalan Nungkar dan Nangkir barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau si isteri ada duit berbilion takpelah.

Dari pembacaan dan pergaulan aku perasan isteri kedua selalu rasa insecure (tiada kena mengena dengan gambar di bawah ya). 

Takde ke wifey dan makwe yang tag pasangan memasing bila tengok gambar ni di fb?




Post a Comment

0 Comments