Pengalaman Yang erm.. er.. Menaiki Malindo Air | Aku cuma ada sedikit pengalaman mengembara. Sedikit sangat tetapi alhamdulillah.. dapat juga merasa melihat keindahan bumi yang maha luas ciptaan tuhan.
Selalunya mode of transportation by air ialah MAS, Air Asia dan Air Asia X sahajalah, Fire Flyz nun jauh di Subang dan bebaru ni berpeluang menaiki Malindo air untuk perjalanan KUL-BKI-KUL. Emirates, Etihad, Singapore Airlines, Garuda yang makanannya mewah tu belum merasa lagi. Orang Qatar tu entah bila nak bawa aku naik Qatar Airways. Den teringin nak tengok padang pasir wok. Tak kesian ke tengok aku mampu sampai padang pasir Klebang aje??
Malindo Air merupakan pakatan perniagaan antara National Aerospace and Defence Industries (NADI, 51%) dari Malaysia dan Lion Air dari Indonesia. Malindo Air yang beroperasi dari Subang Airport atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan KLIA, meletakkan organisasi mereka sebagai community airlines dan bukannya low cost carrier. Ia telah dijenamakan semula sebagai Batik Air.
Sumber di sini.
Kelebihan Malindo Air:
Haa... ni akak nak cerita sket kepada yang belum berpengalaman.
1) Seat lebih selesa, more leg room sama seperti Air Asia X. Untuk kelas ekonomi keluasan seat 32" manakala kelas perniagaan 45".
2) Setiap tempat duduk disediakan personal TV jenis touchscreen (in-flight entertainment system) bersaiz 9" untuk kelas ekonomi dan 11" di kelas peniagaan. Nak TV besar sila bayar lebih.
3) WiFi pun ada katanya.
4) Light meal pun ada. Aku hari tu dapat roti, biskut dan air.
5) Paling penting, baggage allowance 15 kg & 40 kg (penerbangan domestik) manakala 30 kg & 40 kg (penerbangan antarabangsa). Penting untuk kerja 'punggah-memunggah' ni hehehe...
Kombinasi kemudahan yang disediakan, servis dan tambang rendah meletakkan Malindo Air dalam kategori hybrid airlines.
Aku sebenarnya ada nak komen sikit.
Pakaian pramugari yang berkebaya tu molek dah, bersulam cantik tapi kain mereka tu err... sorry... kurang menarik. Mungkin juga kebaya tu terlalu pendek dan buat stewardess kurang selesa, selalu aku nampak mereka betulkan bahagian belakang baju, bimbang ternaik.
Lagi satu, masa balik tu aku tengok movie Hollywood yang aktornya Ben Affleck (dua dua cerita pun BA yang berlakon). Dalam movie tu scene cemolot kena kerat tapi scene berjimak lepas. Adegan intim nampak jelas, yang di 'blur' cuma anu je. Haiyoo... aku ni yang menonton pakai cermin mata tetiba rasa pening dan nak muntah, tutup TV dan tidur. Nasib baik. Berapalah baki 'markah' puasa aku hari tu.
Nak juga tahu, adakah pengurusan Malindo Air terlepas pandang?
***Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik sebanyak 5 sen seliter berkuatkuasa 1 Julai 2016. Petrol untuk rakyat marhain RON95 jadi RM1.75. Bertabahlah. Sekian.
***Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik sebanyak 5 sen seliter berkuatkuasa 1 Julai 2016. Petrol untuk rakyat marhain RON95 jadi RM1.75. Bertabahlah. Sekian.
3 Comments
biasa naik airasia aje.
ReplyDeletelast choice naik mas.
malindo ni..tak pernah try lagi.
tak semua malindo ada tv semua tu. light craft tak de
ReplyDeleteEn Titan
ReplyDeleteperghhh... kita MAS first choice lah kalau boleh
Feel free to leave your comment below. Thank you.