IJM Land Half Marathon 2016 | Challenge Trophy Untuk Pelari Terpantas



IJM Land Half Marathon 2016 | Challenge Trophy Untuk Pelari Terpantas | Inilah larian yang ditunggu-tunggu setiap tahun untuk beraktiviti sihat bersama teman dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk menyarung kembali kasut sukan untuk acara larian tahunan terbesar di Seremban ini sambil cuci mata menikmati kawasan perumahan yang cantik dan tersusun di Seremban.


Bermula dengan 1500 peserta dengan jarak larian 5 km dan 7 km pada 2012, tahun ini ditambah jaraknya menjadi 21km bagi kategori lelaki dan wanita 18 tahun ke atas dan juga remaja 12-17 tahun selain 10km Fun Run untuk lelaki dan wanita (terjelir lidah hahha...). 6,000 peserta telah mendaftar untuk larian ini dimana 700 daripadanya akan berlari sejauh 21km. Hangat betul sambutannya.

Empat dari kiri Bryan Wong, CEO BMW Millennium Welt Seremban, Hoo Kim See, Senior General Manager IJM Land dan Kasey Wong, Country Manager Sworke Malaysia.


Istimewanya bermula tahun ini IJM Land Half Marathon 2016 Challenge Trophy akan dianugerahkan kepada peserta yang menjadi juara dalam kategori memasing selama TIGA tahun berturut-turut. Selain daripada itu setiap peserta juga akan menerima sijil penyertaan dan Finisher Medal bagi yang menamatkan larian mereka. Yang berlari acah acah jer sambil selfie tak dapat eh.

Selain BMW Millennium Welt Seremban, Sworke Malaysia juga menjadi penaja platinum. Sworke akan menaja 60 pasang Sworke Optimus (2 bingkai dengan lens Revo) untuk 10 peserta pertama yang menamatkan larian dalam setiap kategori dan 10 pasang Sworke Primus dengan polarized lenses untuk pemenng cabutan bertuah. Haa... anda yang berada di sana sebagai peserta atau sesaja datang memeriahkan suasana jangan cepat benar balik, rugi worrr.. SGD140 tu weh. Manakala goodie bag yang ditaja oleh BMW Millennium Welt Seremban akan diberikankan setelah tamatnya larian. Tak tamat tak dapat eh so PUSH YOUR LIMIT!

Nak tahu tak, di Malaysia ni pelari yang boleh menamatkan larian marathon sejauh 42.2km dalam masa purata 3 jam - 4 jam dikira hebat manakala yang boleh tamat dalam masa 2 jam 45 minit hingga 3 jam 15 minit dikira pelari elit. Jadi untuk IJM Land Half Marathon 2016  tempohnya separuh dari itulah kot. Sama-samalah kita tunggu.

Para pengunjung boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan badan, konsultansi perubatan tradisional Cina dan pemeriksaan tulang belakang dan postur badan secara PERCUMA. Majlis yang bakal diadakan seperti karnival ini nanti akan bertambah menarik dengan pengagihan pop corn, cotton candy, belon dan bermacam lagi secara percuma dengan tajaan BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald's dan Spine & Joint.

Hasil kutipan daripada penajaan dan derma akan disalurkan kepada:
1) Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan
2) Persatuan Penyakit Lisosom Malaysia (MLDA)

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2016 , sila lawati www.ijmlandrun.com .


Hari/Tarikh: Ahad / 14 Ogos 2016
Masa: 6 pagi hingga 11 pagi
Tempat: Dataran Centrio, Seremban 2.
(Di hadapan Mydin Seremban 2. Kalau dah baca Tempat Riadah Popular di Seremban sure tahu di mana.)


*** Tahukah anda bahawa larian sejauh 42.195km baru dipanggil marathon?

Post a Comment

0 Comments