Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Feringghi | Percutian bersama keluarga agak berlainan dengan kawan-kawan. Dengan anak-anak ni walaupun kita masih mengikut itinerary yang dah diatur tetapi nak bebetul mengikut masa tu susah sikitlah.
Semasa percutian di Pulau Pinang, kami menginap di tiga tempat. Malam pertama di rumah saudara di Balik Pulau. Nak lihat apa yang menarik di Balik Pulau boleh rujuk di sini. Malam kedua di G Times Hotel tengah bandar dan malam terakhir di Sri Sayang Resort, Batu Feringghi seterusnya menyambung tidur di banglo Mak Yam, Baling, hehehh.. Leceh berpindah-randah? Taklah. Bawa je beg sekolah memasing. Kita nak pergi bercuti bukannya nak pindah rumah sampai nak bawa selori barang-barang. Travel light bebeh!
Kesemua tempat dipilih bersebab. Tinggal di tengah bandar untuk easy access ke street art, clan jetty, Chowrasta Market dan Nasi Kandar Beratur & Restoran Kapitan. Boleh baca blog post yang lepas sebagai rujukan tempat-tempat tu. Kami juga seronok menaiki basikal seorang satu mengelilingi bandar. Itulah aktiviti yang paling anak-anak suka dan bercerita hingga kini :-)) Tunggu lagi dua tahun si bongsu bolehlah kayuh basikal sendiri. Sayangnya terlupa nak ambil gambar. Orang lain yang sibuk ambil gambar kami berderet anak-beranak heheh..
Sri Sayang Resort Service Apartment ni kami booked online dari Agoda, rasanya dua hari sebelum pergi. Jadi selepas berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang aku pun call for confirmation, boleh pula dia cakap penuh padahal dah buat full payment. Eee... kena bebellah dengan aku. Akhirnya dapat juga tapi tak tahulah bilik yang sepatutnya ke tidak. Malas nak fikir.
Apartment yang kami dapat ni okaylah dengan pemandangan laut dan Shangri-La Rasa Sayang di depan. Swimming pool pun boleh nampak dari sini. Bawa anak-anak ni wajib at least satu malam di tempat yang ada pool untuk ketenteraman awam. Samalah kaedahnya semasa kenduri kahwin, walaupun kita tahu gula-gula tak elok tapi gula-gula tu boleh mententeramkan bebudak yang dah bosan dan meraung kepanasan.
Nak makan pun tak susah, pasar malam pun dekat. Kami makan di depan Holiday Inn tu err... tak ngam. Sila ke tempat lain.
Cuma aku rasa si owner atau management company yang menguruskan apartment lengkapkanlah kemudahan asas seperti mineral water dan kitchen utensils. Tetengah malam orang nak makan Maggi sambil tengok tv kan susah kalau takde mangkuk serta sudu garfu. Kalau apartment tu untuk empat orang dewasa letaklah air mineral empat botol, at least. Sabun kekecik tu jangan tertinggal. Kedekut nau lahaiii... basic needs tu. Sommerset Medini yang aku stay hari tu lengkap dengan sekecil-kecil barang. Kalau apartment dua bilik tu aku yang punya akan kuhias dan lengkapkan memolek supaya orang teringat sampai bebila. Gituh. Teringinnya nak ada homestay macam kat Solo tu. Kalaulah ada yang sanggup melabur duit...
Sumber google.
The beach is just five minutes walk from the apartment.
Terdapat dua syarikat yang menyewakan service apartment ini. Yang aku gunakan yang sebelah kiri di lobi.
Komen aku:
Terdapat dua syarikat yang menyewakan service apartment ini. Yang aku gunakan yang sebelah kiri di lobi.
Komen aku:
Bolehlah. Ada owner sediakan fasiliti yang lebih baik daripada yang kami dapat. Nasiblah... siapa suruh book last minutes during peak season kan?
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.