10 Tempat Menarik Di Baling, Kedah. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sekolah kembali lagi... kemanakah tujuan kita bersama keluarga kali ini? Kita cuma ada seminggu untuk berjalan-jalan kerana di minggu kedua Ramadhan al mubarak sudah bermula. Tak daya nak mengheret anak-anak waktu berpuasa, lenyap pahala puasa aku nanti.
Sumber travelwithhani.com
Baling is my other half kampung (kawasan Pengerusi Tabung Haji gituh). Selalunya kami balik paling lama pun empat hari sahaja dan aktivitinya hanyalah melepak di rumah, ke rumah saudara, ke pekan Rabu atau pasar minggu. Sometimes bosan hanya duduk di rumah kerana aku suka explore dan bukanlah kaki tv. Bukan akulah nak melepak tengok tv 24 jam ni weh. Nak nak tajuk drama ya Allah, bila dengar omaigoddddd! Dah pupus ke nilai kesenian tu? Memang aku bisinglah kalau anak dara aku tersengih berangan menonton cerita anak tunggal handsome balik dari obersi drive kereta mewah duduk banglo. In real life, ianya ilusi sangat! Berapa ramai yang bertuah sebegitu dan berapa raaamaiiii lagi yang dok menganggur sambil menunggu surat bayaran balik PTPTN? Tu belum lagi sejam bersiaran TUJUH scene makan! Buang karan yo.
Okay, kembali ke cerita Baling.
Walaupun dahulu Baling dihambat kemiskinan, kini ia semakin maju. Masa harga emas RM75 segram beberapa tahun lepas orang perempuan di sana bercerita tentang emas sesajor. Meloponglah den yang tak minat beli emas ni. Tak minat membeli saja ye... kalau orang belikan of course i suka.
Okay, kembali ke cerita Baling.
Walaupun dahulu Baling dihambat kemiskinan, kini ia semakin maju. Masa harga emas RM75 segram beberapa tahun lepas orang perempuan di sana bercerita tentang emas sesajor. Meloponglah den yang tak minat beli emas ni. Tak minat membeli saja ye... kalau orang belikan of course i suka.
Di Baling ada MRSM, Kolej Komuniti dan dengarnya UiTM pun akan dibina. Oleh itu sambil melawat anak/anak saudara di sana atau sesaja berjalan ke sana bolehlah panjangkan langkah explore pekan Baling itu pula. I tell u, shopping pinggan mangkuk Arcoroc dan yang sejenis dengannya lebih murah di pekan lama Baling tu. Walaupun kedainya kecil tapi penuh dengan barang, mak ayah je tak dijual di situ :-)) Toksahlah bawa anak-anak masuk sekali ke dalam kedai tu. Suruh husband bawa anak-anak berwirid di Masjid Baling di sebelah balai polis tu ;-)) . Jangan tak percaya kemeja sekolah dan baju kurung sekolah rendah (baju sahaja) ada yang dijual serendah RM5 sehelai! Marketing strategy tuh.. kat dalam kedai cap Canggih Manggih pun ada. Hujung tahun nanti boleh cari. Memanglah agak nipis tapi boleh dipakai bersama singlet dan ditukar setiap tiga bulan hehee..
Di pekan Baling juga ada kedai gunting rambut lelaki siap massage. Aku ada share di instagram sebelum ni. Suka anak-anak aku ke situ. Bagi yang kaki makan boleh mencuba laksa, nasi kandar dan nasi lemak. Kedai yang keluar kat Jalan Jalan Cari Makan/Dapur Panas tu rasanya kat kedai MARA.
Baling hanya 40 minit jauhnya dari sempadan Thailand. Untuk masuk ke Betong kita perlu melalui Imigresen Pengkalan Hulu (Kroh). Yang lahir dan bekerja di Kedah boleh buat border pass untuk ke Thailand. Border pass tu murah saja dan boleh dimasukkan nama anak isteri sekali. Sesiapa yang ada passport sila bawa bila ke Kedah, Perlis atau Kelantan sebab boleh lajak masuk ke negara Siam tu sekali.
Kali ini aku hendak memberikan idea ke mana yang perlu di tuju ketika berada di Baling atau daerah yang berhampiran dengannya.
Tempat-tempat Menarik Di Baling:
1. Pekan Baling
Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.
Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.
Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang. Pusat perniagaan selain pekan Baling ialah Kupang dan Batu 42 (di depan sekolah agama tu).
2. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Sumber boisterousgurlz.com
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.
Aku pun dah lama tak ke sini. Kali terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat? sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang ini, rebus t**** dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.
Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my
3. Sungai Angkat Ulu Legong
4. Rafting/tubing (Rakit Pelampung)
Untuk mereka sukakan aktiviti luar yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua jam aje jika arus agak deras. Adakah ia mencabar seperti di Sungai Kampar? Atau, seperti Pattalung?
Untuk maklumat lanjut mengenai rafting/berkayak/mendaki gunung silalah ke www.kayakbaling.com . Mereka boleh membantu.
5. Berkayak
Di sungai yang sama kita juga boleh berkayak sambil menikmati keindahan alam. Bersantai bersama-sama keluarga dan rakan.
Sumber saifudin-mtb.blogspot.com
6. Mendaki Gunung Baling
Aktiviti ini pun aku teringin nak buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..
Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.
Sumber allevents.in
7. Mendaki Gunung Pulai
Gunung Pulai terletak besebelahan dengan Gunung Baling dengan struktur gunung yang bercantum. Tempat memulakan pendakian Gunung Pulai beberapa kilometer dari pekan Baling.
Owh.. Baling ada banyak tempat berkelah dan mandi-manda.
Anak aku menggelunsur terus je dari batu tu.
Produk perlancongan Baling yang bakal dipopularkan. Gua Jepun yang menyimpan banyak sejarah ini harus di lawati jika anda menjejakkan kaki ke Baling. Ianya terletak di kaki Gunung Baling dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pekan Baling.
Konsep military tourism (pelancongan tentera) akan diperkenalkan, khususnya yang melibatkan kawasan penemuan kubu komunis di hutan berdekatan. Kubu komunis yang terdapat di Weng juga akan dipromosikan setelah jalannya diturap hingga ke kawasan gua. Buat masa ini ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain. Buatlah lapang sasar untuk menembak seperti di Cu Chi Tunnel tu.
Adakah ia akan semenarik Gua Tempurung dan Gua Kandu? Kita nantikan.
Konsep military tourism (pelancongan tentera) akan diperkenalkan, khususnya yang melibatkan kawasan penemuan kubu komunis di hutan berdekatan. Kubu komunis yang terdapat di Weng juga akan dipromosikan setelah jalannya diturap hingga ke kawasan gua. Buat masa ini ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain. Buatlah lapang sasar untuk menembak seperti di Cu Chi Tunnel tu.
Adakah ia akan semenarik Gua Tempurung dan Gua Kandu? Kita nantikan.
10. Betong Thailand.
Jaraknya 26.5km dari pekan Baling dengan masa pemanduan hanya 40 minit. Jika ingin menggunakan kenderaan awam, ada motor taxi yang akan menunggu di Imigresen Betong. Tuk tuk pun ada... park je kereta di kawasan Malaysia.
Jika ingin memandu kenderaan sendiri sila bawa geran asal. Ada yang kata salinan geran yang disahkan oleh JPJ/polis juga boleh digunakan. Yang tu tak pastilah eh, nasib nasib kot. Wajib membeli insurans kenderaan sebelum masuk ke sana.
Apa yang ada di Betong?
Dulu aku masuk sebab nak makan jer. Pergi lima orang order memacam baru RM40 je. Lepas tu shopping fake handbags hahah.... dululah.
Selain daripada itu ada terowong komunis yang menembusi kawasan Baling. Dah lama plan nak ke sini tapi tak sampai lagi. Sesiapa yang ada 4x4 tu boleh terus ke kawasan peranginan Hala Bala.
Restoran popular di Baling?
Sila cuba di:
1) Kedai MARA di pekan Baling
2) Cili Merah di Kampung Charuk Bemban, Kupang. Jika anda datang dari arah Kulim/Sg Petani, restoran ini sebelum pekan Baling.
3) Bagi penggemar western food, boleh cuba di Oishiin atau yang sebelah perpustakaan awam. Apa ntah namanya.
Aku ni kalau balik kampung sini ka... kampung sana ka... jarang sangat makan di luar jadi nak rekemen pun susah, nanti tak sedap pula. Kalu hang pi sana gi lah try mana mana kedai. Kedai mamak pun banyak juga. Ada satu kedai mamak di Batu 42 tu kan, di bulan puasa pukul 1 petang dah mula berjualan untuk jantan-jantan yang 'uzur'. Berpuasa dalam negara aman pun tak larat macam manalah nak dihantar berperang? Eloklah JAIK pantau.
Makanan popular di Baling?
Sudah semestinya daging rebus cicah air asam dan gulai daging dengan umbut pisang. Wallawehhh! Cucur peneram yang dijual panas pun sedap.
Penginapan di Baling?
Jalan Bukit Charuk Nau
09100 Baling
Kedah Darul Aman
Tel 04-4721336
Rumah Rehat Majlis Derah Baling
09100 Baling
Kedah Darul Aman
TEL:04-4706636
Email: mdbaling@mdbaling.gov.my
Email: mdbaling@mdbaling.gov.my
Hotel Bayu
Wisma Ramli
Lot 18, Jalan Pulai
Kampung Pokok Sena
09100 Baling
Kedah.
Tel : +60 4-470 0969
Tel : +60 4-470 0969
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling,
Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my
Homestay pun banyak. Carilah yang mempunyai pemandangan menarik seperti sungai, sawah padi dan gunung.
Dimana untuk mendapatkan wifi percuma?
Meh kita lepak lepak penuhkan stesen bas. laju beb hahhaha..
Pekan/bandar lain yang berhampiran Baling?
Kulim is 45 minutes away. Paling syoknya pergi ke Sungai Sedim untuk rafting. Jambatan gantung (Sedim Tree Top Canopy Walk) pun ada tapi tak ecological sangatlah sebab diperbuat daripada besi.
Sungai Petani & Sik pun dekat, sejam perjalanan.
**Pada aku setakat sejam dua tu kira dekatlah.
White water rafting at Sungai Sedim. Sumber whoadventure.com
Untuk maklumat lanjut silakan berhubung dengan:
MAJLIS DAERAH BALING
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.
Talian Am 04-4701 800
Faks 04-4701 580
E-mel mdbaling@mdbaling.gov.my
Bagaimana hendak ke Baling dari Kuala Lumpur?
Boleh melalui highway Kulim-Butterworth yang lalu di Seberang Jaya tu atau keluar di Tol Kuala Kangsar menuju ke Grik. Jalan tu lagi best walaupun agak sunyi bila petang.
hmmm banyaknya aktiviti yang ingin dilakukan di Baling tapi...
Kedah Darul Aman.
Talian Am 04-4701 800
Faks 04-4701 580
E-mel mdbaling@mdbaling.gov.my
Baling memiliki banyak produk pelancongan tetapi seperti kurang dipromosikan selain kawasan perkelahan dan air terjun. Yang tahu, tahulah. Lagi satu, kebersihan pekan dan kampung elok dipertingkatkan. Aku suka mengambil contoh negeri Melaka. Cuba lalu di kampung-kampung di Melaka, bersih dan cantik berhias. Peoples need to be educated tentang kebersihan terutama di kawasan pasar malam tu. I know it's not easy... Sultan pihak berkuasa Melaka pun mengambil masa lapan tahun untuk mendidik tentang kebersihan sungai and it is still ongoing. Hasilnya? Dah berjuta pelancong yang telah menaiki Melaka River Cruise malah dikatakan antara sungai tercantik di Asia Tenggara.
Siapa yang untung? Selain tour operator, industri hiliran lain seperti kraftangan, penginapan dan penyediaan makanan berkembang maju. Sesak kemain Melaka tu! Paling tak boleh blah traffic lights sampai 200 saat sekali berhenti. Cair mekap duduk atas motor hahahha..
Siapa yang untung? Selain tour operator, industri hiliran lain seperti kraftangan, penginapan dan penyediaan makanan berkembang maju. Sesak kemain Melaka tu! Paling tak boleh blah traffic lights sampai 200 saat sekali berhenti. Cair mekap duduk atas motor hahahha..
Bagaimana hendak ke Baling dari Kuala Lumpur?
Boleh melalui highway Kulim-Butterworth yang lalu di Seberang Jaya tu atau keluar di Tol Kuala Kangsar menuju ke Grik. Jalan tu lagi best walaupun agak sunyi bila petang.
hmmm banyaknya aktiviti yang ingin dilakukan di Baling tapi...
13 Comments
Terima kasih kerana mempromosikan produk pelancongan di daerah Baling.
ReplyDeleteUntuk maklumasn Gua Jepun dan Terowong Komunis adalah dua tempat yang berasingan. Gua Jepun berhampiran pekan Baling manakala Terowong Komunis di kawasan Weng kira2 25 km dari pekan Baling. Harap maklum.
Eh betullah saya beritahu tu kan?
ReplyDeletetenkiu ruggedmom.. kawen dgn org Baling.. bila somi ajak balik kg..mula rs cm berat bontot nak gerak.. skng ai nk mulakn semngt baru.. nak ajak mentua round Baling.. twnkiu
ReplyDeleteHaha..saya di Baling ni tappi hujan dari pagi. Nak buat apa pun tak boleh.
ReplyDeleteKampung ayahku 👨🏻♥️
ReplyDeleteAda nombor telefon untuk saya contact tak ? Saya dan kawan2 nak pilih tempat ni untuk buat assignment.
ReplyDeleteSeperti yang tertera sahaja. Maaf.
DeleteAyat power siot hahaa...terbaiklah penerangan...
ReplyDelete:D tq
Deleteterima kasih atas penerangan....teruja nak pergi tengok terowong komunis tu..
ReplyDeletebetul ke kata orang, gerik dan baling tempat mainan santau?
Itu saya tak pastilah encik. Yang saya yakin tiada sesiapa pun lebih berkuasa daripada Allah.
DeleteBaru tahu banyak benda boleh buat kat Baling. Thanks for sharing!
ReplyDeleteya banyak. Nak mand air terjun atau sungai pun boleh. Di Sik ada penginapan atas bukit yang menarik.
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.