10 Penipuan Yang Sering Berlaku Di Vietnam | Sebelum ke Ho Chi Minh kali pertama dulu, banyak jam jugalah aku habiskan mencari informasi kerana akan bersendirian ke sana. Apa yang aku dapat dalam carian itu?
Lokasi baru dah tentulah panjang senarai tempat yang mahu dilawati tetapi selain isu keselamatan ada beberapa jenis scam juga yang aku baca ketika itu.
Shopping sakan di Vietnam. Kain pasang, baju kurung, tudung, jubah murah kak ooiiii.. heaven!!
Gambar-gambar di bawah ini melibatkan beberapa pelancong Malaysia yang diragut, dirompak dan diculik beberapa bulan lalu. Aku dah beli tiket untuk September nanti. Semoga selamat dan dipermudahkanNya.
10 Penipuan yang sering berlaku di Vietnam:
1) Teksi
Dua syarikat teksi yang boleh dipercayai dan menggunakan meter, Vinasun dan Mai Linh. Walaupun dikatakan reliable, aku terkena juga dengan teksi Vinasun ni. Balik dari Cho Bin Thay dia bawa ikut jalan jauh ke Ben Thanh Market. Aku pergi naik bas sekejap je rasanya tapi bila balik naik teksi kemain lama lagi nak sampai. Dalam berhati-hati pun terkena juga. Perangai syaitonirrajim sangat.
Ada satu lagi syarikat teksi, Vina Taxi. Yang ini tak bermeter dan mungkin kita akan keliru dengan Vinasun semasa memula tiba di Vietnam.
Ada satu lagi syarikat teksi, Vina Taxi. Yang ini tak bermeter dan mungkin kita akan keliru dengan Vinasun semasa memula tiba di Vietnam.
2) Harga bilik hotel yang rendah
Selain hotel copycat, ada juga yang mengiklan secara online harga bilik yang murah. Bila kita sampai dia akan kata itu harga bilik standard yang dah penuh. Since kita dah bayar kan, terpaksalah kita menginap di bilik yang lebih besar dengan tambahan duit.
Pastikan juga semasa booking online tu harga bilik untuk seorang atau sebilik. Elok reconfirm harga bilik sebelum check-in kerana di Vietnam passport kita akan disimpan di hotel. Bila 'nyawa' dah ditangan orang, terpaksalah kita membayar berapa pun harga bilik yang mereka tetapkan nanti.

3) Tour company yang menjanjikan bulan dan bintang
Berjanji ke beberapa lokasi atau aktiviti seperti snorkelling tapi sebenarnya masa yang diperuntukkan tu sikit je. Buat penat salin baju je.
4) Beca
Owh.. teringin naik beca katanya.... elakkanlah! Memula dia kata 1 usd, bila dia dah built good rapport dengan kita, mungkin akan dibawa entah kemana-mana kemudian demand payment yang tinggi sebab dah kira servis ikut jam pula. Nak tak nak kita terpaksa bayar. Dia akan kata usd1 tu hanya untuk duduk, harga kayuh lain.
Kalau nak naik juga, pastikan bersetuju dengan caj sebenar dan kita juga tahu di mana kita mahu diturunkan.
5) Menggunakan nama syarikat popular
Ini samalah halnya dengan teksi Vinasun dan Vina Taxi. Cubaan melakukan penipuan dan mengaut keuntungan dengan menggunakan nama syarikat yang kedengaran hampir sama dengan syarikat yang popular. Kita ni yang tak biasa main agak agak je...eh sama kot. Selepas menggunakan servis mereka baru kita tersedar apa yang mereka berikan tak sama dengan apa yang kita baca.
Syarikat sebenar kini menggunakan nama the Sinh Tourist (http://www.thesinhtourist.vn/). Sumber di sini.
6) Pembelian tiket keretapi melalui ejen
'Ulat tiket' akan datang kepada kita dan mengatakan keretapi kita lambat atau terlepas dan offer kita beli tiket baru yang lebih murah. Yang sebenarnya dia belikan kita tiket murah untuk tempat duduk tidak seperti yang kita harapkan.
Untuk tiket keretapi, elok refer di www.seat61.com untuk maklumat dan pembelian tiket.
Sumber di sini
7) Tiket bas jarak jauh
Di sini selalu berlaku penipuan. Dah kita pun tak faham bahasa Vietnam kan, mudahlah terkena. Belilah tiket dari syarikat yang berwibawa bimbang kita bayar mahal tapi dapat bas yang tak bagus. Selain itu bimbang juga kita diturunkan di lokasi yang tidak sepatutnya yang memaksa kita menginap di hotel kawan dia. Dah kowtimlah tu, ada persen.
Tak pun dia turunkan kita di pertengahan jalan kemudian ada 'hero' datang membantu dengan harga sembelih leher untuk menghantar kita mendapatkan bas lain .

8) Restoran yang mengenakan caj tinggi
Ada pengusaha restoran yang tak jujur tapi setakat aku ke sana alhamdulillah tak terkena. Semua restoran yang aku cuba mempamerkan harga di menu. Ada sesetengah restoran tu siap caj kacang yang dihidangkan sebelum makanan utama sampai. Beli je lah kacang kat convenience store kalau teringin sangat. Kacang yang sama itu harganya kemain mahal bila dijadikan appetizer.
Ada juga orang nasihatkan, bekas makanan kita sama ada kosong atau berisi biarkan di atas meja supaya mereka tak memandai-mandai caj sesuatu yang kita tak order. Susah nak bertekak sebab bahasa tak sama. Akhirnya nanti kita terpaksa mengalah sebab bimbang kena tibai.
Cuma aku rasa kita yang muslim ni terutama Malaysians diambil kesempatan. harga makanan tinggi berbanding apa yang orang tempatan makan. Okaylah, ayam halal mahal. Ikan, sayur pun mahal juga apahal pulak? Cuba perhatikan harga makanan di restoran tak halal. Lebih rendah kan?

9) Semasa membeli-belah.
Haa... yang ini aku kena dua kali. Kali pertama aku minta t-shirt saiz M, yang aku belek tu bersaiz S. Dia ambil di gerai lain di pasar malam tu, confident aje bagi kat kita. Nasib baik diperiksa semula, dia bagi saiz S juga.
Sekali lagi semasa membeli handbag dalam Ben Thanh Market. Kita nak warna lain. Dia cari, bungkus dan bagi pada kita. Aku pun terima, bayar dan jalan sebab nampak dia mengambil dari stok simpanan. Bila sampai ke hotel baru perasan dia bagi warna lain. Tak logik dia tak faham arahan sebab dia boleh berbahasa Melayu dan kita pun dah tunjukkan sample warna. Esoknya dengan muka ketat minta tukar. Dia pun dengan muka ketat juga terpaksa bagi.

10) Servis mengilatkan kasut
Ini pun sama. Kalau nak buat juga pastikan harga dah ditentukan. Tunjukkan harga dengan duit depan dia.
Sebelum ke luar negara sila cetak nombor dan alamat konsulat Malaysia. Selain urusan keselamatan, jika disoal siasat kastam atau imigresen di negara tersebut pepandailah kita 'goreng'. Berdoalah untuk keselamatan dan urusan dipermudahkan. Walaupun banyak cerita negatif yang kita dengar, selalulah bersangka baik terhadap orang lain dan berjalanlah dengan hati terbuka. Jangan lupa senyum :-)
Masih Selamatkah Melancong Di Vietnam? Tipsnya, berhati-hati.
4 Comments
hmm makin banyak plak kes kat sana. nasib la waktu saya ke sana dulu okay je xde masalah sangat.
ReplyDeleteMemang teruk. Taxi yg menyamar vinasun pun ada. Sy dh terkena tadi. Mula2 naik 10000
ReplyDeleteDong jalan sikit je naik 30000 dong. Lepas tu terus naik 100000 dong. Lagi brape minit terus naik 200000 dong. Terus sy mntk turun tepi jalan. Mase bagi duit dia cakap sy bagi 20000. Sy mengamuk bertegas cakap yg sy nmpak dia tukar duit. Terus sy cakap nak repot polis baru dia kasi keluar kereta. Taxi dia bertinted gelap. Sila berhati2 semua. Negara ini bnyk makan duit orng.
Vina Taxi kan? Saya naik Vinasun pun pernah dia bawa jalan jauh padahal masa pergi naik bas rasa dekat je.
ReplyDeleteSaye pon baru terkena.Tadi naik teksi Mai Linh dr benh tanh ke hotel..klau jln dlm 15 minit kot. tapi sebab bawak mak dan brg belian byk, naik la teksi..sampai je hotel die cakap 500.000 dong.. terkejutnye kiteorg..nk gaduh takut..semue pompuan.. adik saya bagi note 200.000 dong 3 keping, die pusing balik ingat nk bagi balance 100.000 dong, skali die cakap adik saya bagi note 200.000 1 keping, 10.000 2 keping. die tukar.. kiteorg yg tgh blur n takut ni kene tipu plak lg sekali. Nak ambik gambar plate pon x sempat, berdesup die lari. Hati2 la pada yg nk g sana.. jadikan pengajaran pahit kami.Dlm hati2 terkena jugak.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.