Everly Hotel, Putrajaya | Penginapan & Shopping Dalam Satu Tempat | Ada masanya kita rasa nak berehat, nak release tension tetapi tak mahu memandu jauh menempuh kesesakan lalu lintas yang bakal menambah stress. Dan, kita pun tak mahu terus terputus hubungan dari dunia luar kerana ketiadaan internet coverage kannnn.... boleh mati tak dapat baca status facebook gituh.
Tidak jauh dari Kuala Lumpur ada sebuah hotel yang terletak di kawasan aman damai - the perfect living atmosphere - kata orang. Bersebelahan Alamanda shopping mall, hotel ini sangat sesuai untuk melarikan diri dari hiruk pikuk kota buat seketika. Kalau ada yang transit di KLIA sampai 10 jam tu pun sesuai berehat di sini. Di Putrajaya itu sendiri ada banyak tempat untuk dilawati.
Dengan 380 bilik yang ditawarkan pasti ada satu yang sesuai untuk kita.
ANTARA FASILITI DAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Tukaran wang asing
Pusat kesihatan
Wifi
Sistem kad kunci elektronik
Kaunter pendaftaran masuk khas untuk kumpulan
Ruang meletak kenderaan yang banyak
Dobi dan cucian kering
Safe deposit box
Lounge eksekutif
Lounge khas untuk krew penerbangan
Katil tambahan
Kot bayi
Swimming pool yang dibuka dari 6 pagi hingga 9 malam. Awesome!
Sejuk je warna hijau dalam bilik ni. Siap ada sofa untuk berehat.
Ruang makannya sangat besar dengan pilihan sarapan pagi yang banyak. Ini baru tunjuk separuh saja.
Kalau lumba renang dengan anak aku sure kalah ni.
Kalau lumba renang dengan anak aku sure kalah ni.
Err... ada terdengar cerita tak molek tentang hotel ni?
Sebenarnya banyak je hotel yang dikatakan ada ternampak itulah.. inilah... tapi rezeki memasing. Di satu-satu hotel tu bukan kesemua bilik 'diterjahnya'. "Dia" pun mencari kawan bermain cak cak yang bersesuaian hahahah... aku yang tidur berseorangan ni tak kena pun.. alhamdulillah, Mungkin sebab dia gen Z kot. Yang penting sebelum tidur tu bacalah doa dan surah dengan betul. Bukan apa, takut takut bila ko baca ayat Kursi nanti dia tegur, salah tajwid tu bang! hahahha.... Nauzubillah.
PENGGUNAAN KENDERAAN AWAM KE EVERLY PUTRAJAYA
Kepada anda yang acah acah nak try public transport... atau yang transit tu kan... dah tentulah tiada kenderaan sendiri, boleh naik KLIA Transit/ERL. Senang dan pantas. Turun di stesen Putrajaya/Cyberjaya dan naiki bas Putrajaya bernombor 300 atau 302 ke Alamanda Shopping Mall. Untuk terus ke Everly Hotel naik bas L11.
Hotel Everly Putrajaya terletak bersebelahan Tasik Putrajaya yang dilengkapi ruang pejalan kaki dan penunggang basikal. Hotel moden ini hanya 4km dari kompleks Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.
EVERLY HOTEL
1, Jalan Alamanda 2
Precinct 1
62000 Putrajaya
Malaysia
Tel : +60 3-8892 2929
Feel free to check out these blog posts for other informations regarding Putrajaya :
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.