Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA



Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA | Jika anda berminat dengan pelancongan ekologi Malaysia adalah lokasi yang tepat. Hutan, gunung, laut, hidupan liar di sini telah berjaya menarik jutaan pelancong setiap tahun malah ada yang datang berulang-kali.


Negara ini dikenali di mata dunia bukan sahaja kerana memiliki bangunan berkembar Petronas yang tertinggi di dunia malahan kita mempunyai pantai, laut dan hutan antara yang tercantik di dunia. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mampu menawarkan percutian alam yang sungguh menarik dan menjadi kenangan.

Bercakap mengenai hutan, kita masih beruntung kerana sebahagian besar hutan masih dipelihara dengan baik untuk mengekalkan biodiversitinya demi generasi akan datang. Flora dan fauna yang pelbagai hanya akan kekal di habitat asal tanpa pencemaran dan pemusnahan melampau oleh tangan-tangan manusia. Masih ramai rakyat yang mahu kehijauan alam ini disekat daripada manusia rakus yang mata duitan.
 
 

Royal Belum Yang Mendamaikan

Royal Belum yang terletak di Hulu Perak bersempadan dengan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Taman Negara Bang Lang, Thailand di utara, dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan dengan negeri Kelantan di timurnya. Jumlah keluasan Taman Negeri Royal Belum hampir 90% daripada keluasan Hutan Simpan Belum yang seluas 132,000 hektar. Ianya sebahagian Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo. Setakat ini ianya masih lagi berstatus Taman Negeri dan hanya sebahagian yang dipelihara dan dikawal sebagai taman negeri.

Besar potensi eko-pelancongan Royal Belum jika diurus dengan baik. Toksah merepek buat taman tema ke apa di hutan belantara ni. Kalau fokus percutian alam kekalkan begitu. Tak perlu nak belajar jejauh sangat tentang eco-tourism ni, tengok je Sabah dan Sarawak tu... berduyun-duyun pelancong asing ke sana. Orang Malaysia sendiri lagilah ramai.
 
Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir juga di sini. Disebabkan dahulunya hutan jadi sekarang kita boleh nampak banyak pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit atau gunung yang telah tenggelam. Ada satu tempat tu kita boleh nampak kubah masjid di musim kemarau. Kesemua penduduk kampung termasuk orang asli dipindahkan sebelum tasik ini dijadikan kawasan tadahan air. Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
 
Dikatakan juga di Royal Belum inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesis hornbill. Tempat lain di Perak yang ada banyak burung enggang ni ialah di Pulau Pangkor (boleh baca di sini). Jika bernasib baik kita juga akan dapat melihat tiga spesis bunga rafflesia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah.

 



 
Bagaimana "Belum" Mendapat Nama?

Menurut cerita orang tua-tua Belum (atau Taman Negeri Belum) mendapat nama dari
 Belalang Ranting yang dipanggil “Belang Belong”. yang mengeluarkan bunyi "belang..belong..belang..belong.." seakan-akan “belummm... belummm...”. Belang Belong sejenis serangga yang agak unik kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang nyaring dan merdu. Badannya panjang dan berwarna coklat serta berkaki panjang. Rupanya seakan-akan ranting kayu. Ia mempunyai kepak kecil, bergerak perlahan, memakan pucuk-pucuk kayu muda dan aktif pada waktu malam.
 
 
Apa Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Royal Belum?
 
Macam-macam uols... boleh mandi di air terjun, boleh ke Santuari Ikan Sungai Ruok, tengok rafflesia... buat aktiviti air, camping... melihat perkampungan orang asli... nak tidur dalam boathouse pun boleh. Bila masuk kampung orang asli tu pepandailah bawa diri, masuk kampung orang kan? Jumpalah tok batin dulu jangan main serbu tangkap gambar je. Bawalah jajan ke.. alat tulis ke... sabun basuh ke... kita kan kaya dengan adat dan adab.

Aku tak tahu kenapa folder gambar tak boleh dibuka semula jadi tengok gambar-gambar yang ini dululah ya. Jika berjaya nanti aku update lagi.  
 

Foto mimbarkata.blogspot.com

Ada lagi gambar orang asli yang lebih menarik di instagram ruggedmom.


Foto timetravelafif.blogspot.com

Kem pelancongan Sungai Tiang


Foto www.kosmo.com.my

 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Kereta?
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Sila keluar di tol Kuala Kangsar meuju ke Grik. Selepas Grik kita akan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur yang menuju ke Kota Bharu. Penuhkan tangki minyak sesiap di Grik tu ya. Kemudian ikut je signboard ke Royal Belum. Boleh parking kereta di Jeti Pulau Banding atau kalau stay kat Belum Rainforest Resort boleh park and check-in :-)
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Keretapi?
 
Naik train paling best. Sila turun di stesen Ipoh atau Kuala Kangsar (beberapa stops selepas Ipoh) dan naik bas ke Pulau Banding. Study dulu waktu bas brlepas ye.
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Bas?
 
Setahu aku bas ekspress dari Kuala Lumpur hanya sampai ke stesen bas Grik yang letaknya 40km dari Pulau banding yang menjadi pintu masuk ke Royal Belum. Dari Grik kena naik bas lain atau teksi. Kalau suka adventure boleh try.
 
 
Contoh Pakej  3 Hari 2 Malam di Royal Belum
 
Hari Pertama
10.00 am – Tiba di penginapan
10.30 am – Bertolak ke Sg.Gadong untuk melihat bunga rafflesia – 10 minit trekking
– Bertolak ke Sg. Ruok (kawasan air terjun) – 5 ke 10 minit trekking
– Melihat Santuari Ikan Kelah, Tengas & Temoleh.
– Bermandi-manda
– Bertolak ke Sira Papan – 10 minit trekking
– Makan tengahari (pack lunch)
3.00 pm – Bertolak ke Kem Pelancongan Sg. Kenarong – 45 minit perjalanan bot
– Persiapan khemah dsb.
5.00 pm – Minum petang dan aktiviti bebas
8.30 pm – Makan Malam
9.00 pm – Aktiviti bebas (tertakluk pada pihak penganjur : taklimat, karaoke dll.)
– Memancing (tertakluk pada permintaan)

Hari Kedua
8.30 am – Sarapan pagi
9.30 pm – Menyusuri Air Terjun Mes / Sungai Kejar
1.00 pm – Makan Tengahari
– Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sg. Kejar (menaiki bot) – melihat sekitar kawasan
5.00 pm – Aktiviti Bebas / minum petang
8.30 pm – Makan malam
– BBQ (tertakluk pada permintaan)
– Aktiviti ‘night trekking’ (terpulang pada pihak penganjur)

Hari Ketiga
8.30 am – Sarapan pagi
– Aktiviti Bebas
– Berkemas dan membersih kawasan
– Makan tengah hari
– Bertolak ke Pulau Banding
* (Jadual aktiviti tertakluk pada perubahan)
** Permit – nama hendaklah diberi dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh masuk & 1 hari bagi warganegara asing (salinan passport hendaklah disertakan).
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak
JKR 341, Jalan Sultan Abdul Aziz
33300 Gerik
Perak.
Tel : 05 7914543 / 7911589
 
Royal Belum
Pusat Maklumat dan Permohonan Permit
11067 Jalan Suda Bahagia
33300 Gerik
Perak
Tel : 05 7917858

 
 
 
 
 




Post a Comment

2 Comments

  1. Wah menarik ni! Mesti singgah! Btw, ruggedmom, check out my blog and videos! :D

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni! Mesti singgah! Btw check out my blog and videos too! :D

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.