Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Flores, Indonesia. Bantuan Kewangan Diperlukan Segera!



Pelancong Malaysia Mati Lemas Di Flores, Indonesia. Bantuan Kewangan Diperlukan Segera! | Berita sedih sejak semalam. Sedih mendengarkan kisah kematian pelancong yang datang untuk bergembira akhirnya pulang terus mengadap yang Esa. Mati itu pasti, ajalnya memang di waktu itu tetapi mati lemas di air terjun di perantauan menambah lagi kedukaan keluarga mereka.

Mangsa tersebut ialah Mohamad Ezzaq Azumi, 24, Mohamad Azfar Tahir, 24 dan pemandu pelancong warga tempatan Wenseslaus Hendro Akung, 39.
 
Okay kita ringkaskan cerita. Pihak keluarga Mohamad Ezzaq Azumi meminta bantuan kewangan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia. Kos keseluruhan dari Flores, Indonesia ke Malaysia berjumlah RM14,000 seorang. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan terdesak di waktu ini. Ini masa mereka, ujian untuk kita tidak tahu bagaimana nanti. Di waktu begini tidak perlulah kita pertikaikan itu ini. Selesaikan masalah ini dahulu barulah kita berdebat mengalahkan ahli parlimen.
 
Pada pendapat aku eloklah kita direct transfer dari Maybank-Maybank kerana lebih pantas. Jika kita buat online transfer dari bank lain mungkin esok pagi mereka baru terima wang tersebut. Kalau tak boleh online mintalah tolong sesiapa pergi ke bank tu, abang despatch office kita ke... Walaupun RM1 ia sangat membantu di waktu kecemasan seperti ini.
 
Kalau boleh derma/sedekah dengan jumlah yang besar, buatlah. Semoga Allah memudahkan urusan kita di kemudian hari. Bank akan block savings account yang tetiba ada unusual deposits jadi kalau kita boleh masukkan duit dengan jumlah besar dengan segera adalah lebih bagus. Tak semestinya duit kita seorang, kita boleh kumpulkan sekali dengan derma/sedekah orang lain.
 
Aku dah transfer sikit dari Maybank2U dan terus masuk ke akaun kakak arwah, Fatin Nurliyana Azumi (nama dia automatik keluar di skrin). 
 
Sila bank-in ke akaun di bawah:
 
Nama :Fatin Nurliyana Azumi
Bank : MAYBANK
No akaun : 162405145594
Tel : 017-2489609
 
 
Sedikit peringatan bersama:
 
Setahu aku pihak kerajaan Malaysia tidak membantu dari segi kewangan untuk kes-kes begini TETAPI membantu dari segi pengurusan jenazah. Lain negara lain cara dan kerenah birokrasinya, pihak kedutaan lebih memahami bab itu. Aku dah tengok masa kes di Pattani bulan Februari lepas.
 
Dulu aku pun tak beli travel takaful/insurans ni sebab nak jimat kononnnn... selepas ada dua kes orang yang kita kenali meninggal di Beijing dan Ho Chi Minh barulah tersedar bahawasanya kos membawa pulang manusia tak bernyawa adalah LEBIH TINGGI daripada manusia yang boleh berjalan sendiri masuk kapal terbang. RM20,000 kos bawa balik siap bungkus. Agak-agak kalau dari US atau europe banyak mana pulak? Itupun setakat sampai KLIA saja, Dari KLIA ke rumah/kubur ada kos tambahan lagi.
 
Janganlah kita pertikaikan kenapa dia tak beli travel insurans di waktu ini. Pihak keluarga mereka pasti akan membuat semakan selepas urusan jenazah disempurnakan. Tak perlu kita berlagak pandai. Kalau dia tu adik kita, adakah kita suka orang bercakap macam-macam masa kita sedang bersedih ni?? Kita tak kenal dia jadi adilkah untuk kita berkata yang tak baik sedangkan dia tidak dapat mempertahankan diri lagi?
 
Jika duit derma tu berlebih mungkin pihak keluarga Mohamad Ezzaq Azumi boleh hadiahkan kepada mangsa yang seorang lagi atau melunaskan hutang arwah jika ada. Kita halalkan je lah. Tak miskin pun kita sedekah RM10.
 
Innalillah... semoga kuburnya kelak menjadi tempat berehat yang abadi dan segala kebaikannya walau sebesar zarah akan diterima Allah.

Beringat ketika melancong.
 

 


Ini berita daripada Utusan Online.

Mangsa lemas di Flores ‘sahabat dunia akhirat’

KUALA LUMPUR 17 April – Dua rakyat Malaysia yang ditemukan lemas di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, Indonesia merupakan sahabat karib sejak kecil.
 
Kakak kepada salah seorang mangsa, Mohamad Ezzaq Azumi, 24, Fatin Nurliyana Azumi, 27, berkata, adiknya pernah memberitahu bahawa rakannya yang turut maut dalam kejadian itu, Mohamad Azfar Tahir, 24, adalah sahabatnya di dunia dan akhirat.
 
Menurut Fatin Nurliyana, arwah adiknya dan Mohamad Azfar yang berkawan sejak sekolah rendah berlepas ke Flores sejak 12 April lalu bersama tiga lagi rakan mereka.
 
“Ini bukanlah kali pertama Mohamad Ezzaq Azraf melancong bersama dua rakan yang turut terselamat dalam kejadian tersebut di kawasan semula jadi, malah terbaharu mangsa pernah bercuti di sebuah pulau di Sumatera.
 
“Mereka memang rapat sejak dulu lagi dan selalu dilihat bersama-sama sehinggalah Mohamad Azfar berpindah di Bagan Lalang, namun ini merupakan kali pertama mereka bercuti bersama-sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Ditanya mengenai perkemba­ngan operasi menyelamat Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar, Fatin Nurliyana memberitahu, pihaknya telah dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia di Malaysia bahawa mayat kedua-dua mangsa telah ditemukan hari ini.
 
Fatin Nurliyana dan seluruh ahli keluarganya mendapat berita mengenai kehilangan adiknya da­ripada kakak Mohamad Azfar yang menghubunginya semalam.
 
Sebaik mendengar berita sedih itu, Fatin Nurliyana menghubungi seorang lagi rakan Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf, Qayyum yang turut serta dalam percutian berkenaan yang turut memaklumkan perkara yang sama.
 
Qayyum juga, kata Fatin Nurliyana, memberitahu kejadian itu berlaku sejurus selepas Allahyarham adiknya dan pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba untuk menyelamatkan Mohamad Azfar yang dipercayai lemas.
 
“Saya diberitahu adik saya adalah yang terakhir terjun ke dalam kolam itu selepas kesemua mangsa termasuk tiga rakan yang lain cuba untuk menyelamatkan Azfar.
 
“Bagaimanapun, Ezzaq, Azfar dan pemandu pelancong itu hilang dan tiga yang lain berjaya menyelamatkan diri,” katanya.
 
Bernama melaporkan Mohamad Ezzaq Azraf dan Mohamad Azfar adalah dua warga Malaysia yang hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu di kawasan air terjun Cunca Wulang.
 
Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti hilang bersama seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong yang cuba menyelamatkan mereka namun hilang sebaik terjun ke dalam kolam itu.
 
Tambah Fatin Nurliayana, keluarganya turut mengadakan kenduri tahlil untuk Allahyarham Mohamad Ezzaq Azraf yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.


 

Post a Comment

0 Comments