Hotel Dan Resort Selesa Di Selatan Thailand| Thailand menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai dengan semua bajet. Yang pastinya kos penginapan di negara gajah putih ini lebih murah daripada Malaysia. Bila dah murah tu kita pilihlah yang luas with good facilities kan? Bila lagi nak merasa?
Bercuti bersama keluarga memerlukan penginapan yang selesa. Paling kurang pun mestilah ada pendingin hawa. Untuk keluarga aku memang perlu sangat air-conditioned room terutama dalam keadaan cuaca panas melampau di nusantara sekarang ni. Bilik berkipas tak main eh, boleh berkelahi nanti.
Di bawah ini aku senaraikan 5 hotel dan resort yang murah dan selesa di selatan Thailand:
Grand Garden Hotel
66 Soi.3 Prachawiwat Road
Sungai Kolok
Narathiwat 96120 Thailand
Tel. (+ 66 73) 613600 - 5
Fax. (+ 66 73) 613500
Email : info@grandgardenhotel.com
66 Soi.3 Prachawiwat Road
Sungai Kolok
Narathiwat 96120 Thailand
Tel. (+ 66 73) 613600 - 5
Fax. (+ 66 73) 613500
Email : info@grandgardenhotel.com
Hotel ini antara hotel yang besar di Sungai Golok @ Su-ngai Kolok. Tak jauh dari sempadan Malaysia-Thai, walaupun hotel lama dan bilik aku tak berapa luas tetapi tetap selesa. Swimming pool pun ada. Kolam renang sangat perlu bila membawa kanak-kanak riang. Nak mendapatkan makanan halal untuk breakfast pun senang.
Ao Manao Resort,
171/2 Kakluanerang
Amphoe Merang
Narathiwat
171/2 Kakluanerang
Amphoe Merang
Narathiwat
Tel : 086 1889837
Resort sederhana ini milik Mr Amin Tok Tanjong, seorang ahli parlimen Narathiwat selama enam penggal. Beliau bercita-cita untuk membuka penginapan di tepi laiut ini kerana merasakan kawasan tersebut menarik tetapi ramai orang tak mengetahuinya. Tambahan pula beliau mahukan sektor hiliran berkembang di kawasan tersebut. Di resort ini tidak ada restoran. Makanan dipesan dari orang kampung untuk tetamu yang menginap. Sila cuba makan nasi kerabu dan kai koloek di berada di Narathiwat.
Ada bilik dan 'banglo' ditawarkan mengikut minat tetamu. Bilik aku tu okaylah ada bathtub tetapi belum dapat menonton tv lagi masa tu walaupun tv lcd dah ada.Tilam pula jenis keras macam di China tu, bagus untuk kesihatan tulang belakang.
Ada bilik dan 'banglo' ditawarkan mengikut minat tetamu. Bilik aku tu okaylah ada bathtub tetapi belum dapat menonton tv lagi masa tu walaupun tv lcd dah ada.Tilam pula jenis keras macam di China tu, bagus untuk kesihatan tulang belakang.
Letaknya 4km dari pekan Narathiwat, hanya 60b dengan motor taxi. Tetamu yang menginap di sini akan dicadangkan untuk melawat Masjid Wali Hussin, Masjid Krisek di Pattani dan Wat Luong Pho Tuat di Pattani. Juga dicadangkan untuk berkelah di air terjun Pacoo, muzium artifak islam di Bankunlahan, melihat Al Quran tulisan tangan di Yeego dan berjalan-jalan di Manao National Park. Di dalam taman negara tu ada air terjun kecil dan pokok-pokok lama. Kalau nak melihat matahari terbit paling awal di Thailand bolehlah menunggu di pantai tu.
Satu lagi tempat menarik yang boleh kita lawati ialah istana raja tetapi perlu memohon melalui Tourism Authority of Thailand cawangan Narathiwat. Kawasan lawatan terhad di tempat yang ada pameran hasilan seni sahaja. Puteri Raja Thai akan datang semasa Longkong Festival pada bulan September.
Di antara Narathiwat dan Yala ada kawasan peranginan bernama Halabala, yang hanya berjarak 15km dari Pengkalan Hulu.
Selepas subuh.
Melayan bapa berbual sambil menunggu terbitnya matahari.
Dari kiri ketupat pisang (dakat), topek, kue (pak tongko) menjadi sarapan pagi kami selain bubur nasi.
C.S. Pattani Hotel
299 Moo 4, Nhongjik Road
Rusamilae
Muang, Pattani
Tel : 0-7333-6090-6
Emel: info@cspattanihotel.com
299 Moo 4, Nhongjik Road
Rusamilae
Muang, Pattani
Tel : 0-7333-6090-6
Emel: info@cspattanihotel.com
Hotel berbintang empat ini sangat selesa. Plus point yang penting ialah swimming pool yang besar dan restorannya hanya menyediakan makanan halal. Senang sangat nak makan, tak perlu fikir nak drive ke bandar. Kalau takde bawa baju renang pun boleh minta dari lifeguard tu. Bukan two pieces eh..ehem... bukan juga untuk muslimah. Aku buat muka minta kesian kat lifeguard tu nak mandi pakai track bottom dan t-shirt so dia pun kata, akok mari male nati de.. Tapi aku tak mandi pun, kenyang sangat selepas dinner tu.
Bilik deluxe aku tu luas dan sangat selesa siap ada dinding kaca di kepala katil dan ada buku-buku untuk dibaca. Inilah kali kedua aku tidur tak tarik langsir. Selalunya aku takut kalau tingkap terdedah je, entah apa-apa yang akan mengintai nanti huhu... I is penakut juga bila sensorang.
Adult pool.
Bilik saya yang luas dan sangat selesa.
Nhan Mod Dang Resort, Pa PhayomResort ini memang unik. Sila baca blogpost aku sebelum ni di sini.
New Seasons Hotel, Hatyai
106 Prachathipat Road
90110, Thailand
Telphone:+66 74 352 888
Sebuah hotel moden berjarak 2km dari Hatyai Junction Railway Station,
4 km dari Magic Eye 3D Museum dan 5 km dari Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum. Hotel ini berada di central Hatyai. Senang berada di sini.. nak mendapatkan makanan halal senang, nak berurut.. shopping.. ke pasar basah..
Plan your holiday peeps!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.