Istimewa Malam Minggu | BBQ Dinner Di Klana Resort | Klana Resort Seremban ialah sebuah hotel yang dikategorikan sebagai business-resort styled hotel di kawasan hijau Seremban.
Bertaraf empat bintang hotel ini sering menjadi pilihan syarikat korporat dan badan kerajaan untuk mengadakan kursus dan team building. Kem bina semangat bukan setakat di padang tetapi ada juga aktiviti berkayak di kolam renang. Kolam renangnya boleh tahan besar. Puaslah kami anak-beranak berenang hari tu. Suka stay sini sebab damai dan memberi ketenangan fikiran.
Ketika ini Selera Coffee House di Klana Resort Seremban sedang mengadakan BBQ Dinner pada setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 10.30 malam. Ikan, sotong, udang, ketam, daging, sate, otak-otak, nasi, pizza, kek hmmm... bergasaklah makan uols... esok baru fikir diet semula. Makan sampai lebam. Yang vegetarian pun jangan risau, ada vegetarian bbq.
Para tetamu akan dihidangkan dengan 20 jenis sos buatan in-house chef dengan yang teristimewa "bbq coca cola sauce". Banyak betul sos, tuang itu tuang yang ini sampai tak tahu rasa sebenar sos tu hahah...
Makan ikut nafsu heheh..
Makan lagi ikut nafsu... pagi Ahad kita jogginglah sejam buang semula lemak-lemak tu
Dining area mampu menempatkan seramai 264 tetamu serentak tetapi uols tetap kena buat tempahan dulu kerana tak banyak hotel yang offer bbq dinner so selalunya Klana Resort menjadi pilihan. Aku pernah makan di Klana Resort Seremban dan Nilai, sedap masakannya. Yang di Port Dickson rasanya belum pernah cuba lagi. Di sana ada Balai Cerap, sibuklah mereka semalam melayan pengunjung yang nak tengok gerhana matahari.
Harga BBQ Dinner
Harga dewasa : RM75 seorang
Harga warga emas dan kanak-kanak : RM38 seorang.
Book 5 orang dewasa terus untuk mendapatkan diskaun 15% !
Sesekali belanjalah orang rumah, anak, mak ayah, bibik... anak yang baru dapat resul SPM tu...(dua tiga kali lagi bagus)
For enquiries & reservations, please contact :
The Selera Coffee House
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan.
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7667888 ext 3222.
Nota:
Klana Resort Seremban bakal menghidangkan kibas panggang Ramadhan nanti. Wuwuwuuuu... orang kata daging kibas lebih sedap daripada kambing sebab tak berbau. Early bird akan dapat harga istimewa. Nanti kita update eh.
1 Comments
Wow! At last I got a webpage from where I be able to actually obtain valuable
ReplyDeletefacts regarding my study and knowledge.
Feel free to leave your comment below. Thank you.