Cara Permohonan UPU Online



Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat untuk mewar-warkan cara memohon kemasukan ke universiti awam melalui UPU Online. Sila rujuk gambar ini ya anak-anak.

Kredit: Bahagian Pengajian Tinggi


Di tahun 1990an dulu borang permohonan ke ITM dijual secara fizikal oleh Pos Malaysia sebelum diambilalih bank komersil. Bank menjualnya dengan harga RM10.50 satu set dengan mengambil 50 sen tersebut sebagai upah; lebih rendah daripada yang dicaj Pejabat Pos sebelum itu.

Yang aku pelik di zaman internet ni yang tiada borang fizikal tetapi nombor PIN dijual dengan harga RM15.64 sen. Mengapa? Bukankah sepatutnya teknologi dicipta untuk mengurangkan kos? Jika pihak UPU perlu mencetak permohonan untuk simpanan sekalipun ia tidak akan mengakibatkan kos melebihi RM5 bagi seorang pelajar. Pelik sistem di Malaysia ni. 

Di UK, membeli CD secara fizikal lebih mahal daripada online. Setakat yang aku tahu masa ke sana dululah.

Aku ni bukan apa... kasihan sangat dengan pelajar-pelajar miskin yang nak makan pun belum tentu mampu. Dah lah kena bayar RM15.65, mungkin mereka perlu menyewa pc lagi di cyber cafe. Duit lagi tu. Selalu aku terdengar keluhan penoreh getah di kampung. 

Lagi satu, kami pernah bertanya kepada orang kuat sebuah universiti ketika itu mengenai penjualan borang permohonan satu kursus tu. 

"Berapa ramai students yang uols nak ambil ni?"

"50 orang jer.."

Sobar jo lah. Jual borang sampai beribu.

Jangan kecewa sangat ya anak-anak... tak dapat sambung belajar di IPTA selepas SPM cuba lagi selepas STPM. Rezeki kita kekadang lewat tetapi insyaAllah berbaloi menunggu. Ada kawan acik repeat SPM sebelum masuk U tapi dah jadi tauke besar sekarang.







Post a Comment

0 Comments