Jangan salahkan Tuhan | Aku dan beberapa lagi kawan termasuk dalam golongan obes. Apa yang nak dihairankan Malaysia kan makmur... makan dan makanan sentiasa berlebihan, sedia ada 24 jam.
Aku adalah berusaha sikit-sikit tapi tak istiqamah. Dari Ramadhan sehinggalah pergi Hong Kong-Macau seminggu selepas raya berat badan dah turun 7 kg! Cuba bayangkan betapa gembiranya aku... tapi sekejap je lah lepas tu naik balik 3kg dan terus statik. Semua orang makan takkan aku tak makan pulak kan? haha...
Kawan aku ni tak berusaha lansung, pandai pulak komplen sakit lutut la.. sakit tumit la... berpantang bersalin bukan main lagi, semua tak boleh makan. Bila dicadangkan untuk menurutkan berat badan dia pandai sangat menjawab. Katanya,
alah... kawan dia si polan makan ubat kurus itu ini tak kurus pun.
alah... kawan dia dah cuba diet tapi tak kurus pun.
alah... kawan dia kawan dia...ko tu bila nak diet??
Yang tak boleh blah bila dia jawab, makan je lah.. dah tuhan nak bagi jadi besar!
Bengang pulak aku mendengar jawapan last tu so aku pulak jawab, "dah ko makan 2 pinggan Allah bagilah saiz 2 pinggan! Cuba ko makan suku pinggan je mesti bertukar jadi Neelofa!". (aku balas dalam hati je lah, kang kecik hati pulak hahaa...).
Berusaha-berdoa-bertawakal.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.