Chinese New Year In Thailand 2016 | The 4x4 Roadtrip



Chinese New Year In Thailand 2016 | The 4x4 Roadtrip | Assalamualaikum and hello! Maaf ya dah lama tak update blog due to kesibukan dengan hal duniawi that made me emotionally unstable and  stressed. Luckily i received an invitation from Tourism Authority of Thailand untuk explore selatan Thailand bersama 4x4Malaysia.com by road. Ya Allah lega sangat, ingatkan cuti sekolah 9 hari ni kerja aku masak masak masak sampai kembang tangan hahaha.... Nasib baik sempat masak lauk-pauk untuk mereka yang tersayang dalam masa beberapa jam yang ada tu (aku baru sampai dari Kedah masa tu, tak dan nak berbaring meluruskan pinggang lagi).



Call time 7 pagi di KL and someone yang belum aku kenali dalam group ni ajak aku bermalam di rumahnya sebab bimbang aku kelewatan. Aku menolak sebab tengah prepare nak masak, banyak raw food yang aku beli.  Baiknya... aku cakap dalam hati.

Kami berkumpul di BHP Karak hungga 8.30am. Toilet kat sini halahiii.... dah makan minum baru masuk ye. Aku bantai tidur je dalam kereta, letih nau! Besarnya negeri Kelantan tu kan, aku berapa kali tidur bangun tidur bangun tak keluar keluar lagi dari negeri Cik Siti Wan Kembang tu.
 

 
 
Sungai Golok, Narathiwat, Pattani, Hatyai, Krabi, Satun dan beberapa daerah lagi membentuk selatan Thailand yang tidak asing bagi rakyat Malaysia terutama dari Kelantan. Pekan Sungai Golok sangat dekat dengan border Malaysia/Thailand dan mempunyai sejarah panjang dengan Kelantan. Imigresen Su-ngai Kolok tak ambil 'upah' macam yang selalu kita dengar tu, mereka pulangkan semula 'upah' tu semasa serahkan passport. Tak macam border official Cambodia yang openly minta 200 baht dari aku masa nak masuk Aranyaphrathet tahun lepas. Lahabau betul!!
 
Tak Bai dahulunya sebahagian negeri Kelantan tetapi diserahkan British kepada Siam dengan penyerahan Wat Chon Tara Singhe di Narathiwat. Sebenarnya lebih banyak kita berjalan maka lebih seronok mempelajari sejarah negara sendiri. Tak boleh nak harapkan buku teks sekolah saja.
 
Yang menariknya penggunaan Bahasa Melayu Kelantan menjadi bahasa perbualan utama di selatan negara Gajah Putih ini. Kecek Klate jah... Kalau kita berbahasa Inggeris mereka akan tanya, boleh cakap Malai (Malay)? Halal food are aplenty. Jenuh makan weh. Tekak kita dah biasa dengan makanan Thai so semua rasa sedap. Dedulu aku suka masuk Betong untuk makan tomyam sebab tak jauh dari rumah mak mertua. Balik nanti nak try buat tomyam siakap cara asli Thai. Tomyam putih tu.
 
 
KENAPA MELAWAT SELATAN THAILAND?
Thailand berganda besarnya daripada Malaysia jadi sudah pasti lebih banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Biar apa pun jenis pelancongan yang kita minati tak kira bermain golf, shopping, alam semulajadi, pantai dan lautan serta keagamaan, Thailand ada kesemuanya.
 
English bukanlah bahasa utama di sana malah jika kita keluar dari Bangkok sangat sedikit orang yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tetapi Thailand menerima lebih ramai pelancong dari Malaysia. Why?? Yang aku nampaklah kan... selain produk ialah HOSPITALITY. Err... janganlah sampai kita tak nak belajar bahasa inggeris lansung... itu bahasa antarabangsa tetapi belajarlah untuk hidup bukan untuk lulus peperiksaan.
 
Selatan Thailand dengan majoriti penduduk muslim agak sunyi sekarang ini selepas beberapa insiden pengeboman di lokasi BERBEZA. Sebenarnya pelancong bukanlah target pengganas ni tetapi kekadang kita berada di tempat yang salah di masa yang salah. Nak nak lagi bila berita tersebut digembar-gemburkan oleh BBC, CNN dan sebagainya. Mereka mengalami islamifobia. Macamlah di negara diorang tu semua orang baik-baik belaka. Berapa ramai budak sekolah kena tembak di sekolah dan semasa camping oleh bangsa yang  seagama (ada agama ke?) dengan omputeh tu sendiri? Bali dua kali dibom tetapi masih ramai Australian dan pelancong barat lain ke sana kerana majoriti penduduknya bukan islam. Kalaulah betul pengebom tu orang islam, there are NOT practicing the islamic teachings. Beratus juta orang islam di dunia ni takkan perangai busuk yang segelintir tu nak dijadikan benchmark? 

Sambung cerita CNY roadtrip.
 
Kami singgah di Narathat Beach. Best jer lepaking kat sini... yang berjualan pun ramai. Central mosque pun dekat cuma mana entah public toilet. Jujurnya, pantai ini mungkin akan meriah semeriah pantai lain sekiranya tidak berada di selatan Thailand. Industri pelancongan sangat sensitif kepada berita-berita buruk seperti keganasan, bencana alam dan penyakit. Ingat lagi masa isu SARS meletup dulu? Sunyi sepi KLIA. Aku siap boleh naik kat penimbang beg tu nak timbang berat badan sendiri hahhahahaha.... (masa tu aku kena pergi KLIA setiap minggu).
 
Owh... aku baru je tahu di Betong sana ada tempat sejuk bernama Hala-Bala. Masuk wishlist dulu.
 
 
 
 
ITINERARY 6 DAYS 5 NIGHTS ROADTRIP TO SOUTHERN THAILAND /
ATURCARA 6 HARI 5 MALAM PERJALANAN DARAT KE SELATAN THAILAND

Day 1
Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Golok (510km). Check-in at Green Garden Hotel.

Deretan karaoke bar di Sungai Golok. Takdelah best sangat pun pusat hiburan di sini kecuali di dua buah hotel besar. 

 Sila contact Steven if you wish to follow his roadtrip. Jangan tanya fasal kerepek tu pulak.
 
Chao Mae Tomo Shrine at Sungai Golok


 
Sirindhorn Peat Swamp Forest




Koh Yao Fishing Village, Tak Bai, Narathiwat
 




Wat Chon Tara Singhe, Narathiwat
 


Wadi Al Hussein Mosque
 


Day 1
Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Golok (510km)

Day 2
Golok-Narathiwat (70km)

Day 3
Narathiwat-Pattani (120km)

Day 4
Pattani-Pa Phayom (284km)

Day 5
Pa Phayom-Hatyai (240km)

Day 6
Hatyai-Kuala Lumpur (550km)


Between cities/districts taklah jauh sangat kecuali Pattani ke Phayom. Oleh kerana ini trip Chinese New Year jadi rombongan ini melawat tokong dan wat di setiap daerah yang kami singgah. Mereka sembahyang, aku ambil gambar je lah. Sesaja nak masuk temple memang taklah kan? Peluang belajar budaya masyarakat lain gunakan sebaiknya. Semoga kita lebih memahami dan bertoleransi selayaknya. First time masuk klenteng dulu di Semarang.

Yang paling aku kagumi sebuah masjid kayu berusia lebih dari 300 tahun bercirikan rumah tradisional Melayu yang masih utuh di Narathiwat, Masjid Wadi Al Hussein. Ada sebuah al quran bertulisan tangan berusia hampir sama tetapi disimpan oleh bilal kampung tersebut. Kita yang muslim ni kalau buat trip jelajah selatan Thailand sila masukkan dalam itinerary ke masjid bersejarah ini. Ada sawah padi menghijau sepanjang jalan masuk ke masjid berlatarbelakangkan Gunung Budosuhaipadi (betul kot aku eja tu) yang banyak hornbills dan pokok gold leaf yang menjadi produk ikon daerah ini. Elok juga kalau kita dapat melawat dan memberi sedikit bantuan kepada anak-anak yatim. Cuba bayangkan anak kita yang yatim tu, sedih kan?

Orang lain pelihara masjid lama yang kita ni asal ada yang lama je nak dirobohkan buat baru hmmm... Kekadang masjid cantik tapi takde soul. Masjid lama yang dibina dengan penuh kecintaan kepadaNya masih digunajan sehingga sekarang. Sayangnya kami sampai sebelum zohor jadi aku tak dapatlah bersolat di sini.

Kalau nak beli souvenir gold leaf (daun emas) ni carilah di kedai OTOP. Cantik dan murah, siap frame. Makcik pakcik kayo ni beli lah, mereka naik Pajero/Land Rover... aku ni nak menyambung ke Krabi naik bas, tamatlah kuxury semua ni heheh... alhamdulillah.
 
 
Roadtrip with 4x4Malaysia.com
Ini adalah kali pertama aku mengikuti roadtrip bersama Pajero Club. Owner 4x4malaysia.com, Steven, mula melakukan roadtrip sejak tahun 1996 yang pada asalnya untuk pertandingan. Bila semakin ramai yang nak ikut maka dia pun buat pakej dengan bayaran tertentu. Kenderaan kita punyalah (atau pinjam), fuel sendiri. Untuk trip Thailand ni ahli rombongan dapat bayar sendiri makanan dan hotel tetapi untuk perjalanan yang lebih jauh sehingga je Tibet, Siberia, Afrika, London peserta perlu membayar sejumlah wang yang bukan sedikit. Kepuasan tu yang penting. Sebab itulah kebanyakan orang yang menyertai aktiviti macam ni berumur late 40s-60s, kena mengais dulu masa muda. Takpun kena ada bisnes sendiri... bos mana yang nak bagi cuti sampai 65 hari terus-menerus oi!

Banyak perkara baru yang aku belajar seperti cara-cara berkonvoi yang betul, ketepatan masa, kesabaran, cara memberi arahan. Yang paling mahal, menghadapi situasi sedih bila salah seorang peserta meninggal dunia. Perlu berurusan dengan embassy/consulate lagi... Mujur passenger, kalau driver silap haribulan nama aku pulak naik kena drive balik KL... matilanakkkkkk...

Kita tunjuk gambar sesikit dululah ye nanti kita buat entry satu-persatu.

 
**
 
Terbaru, kawan di Satun kata ada ladang bunga matahari 35km dari Satun. Ada pilihan selain Lopburi. Dia ni suka meracuni fikiran tau!
 

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.