4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Narathiwat - Pattani 120km



4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Narathiwat - Pattani 120km | Waktu di Thailand berbeza sejam daripada kita. Aku set alarm pukul 5.30 pagi pun senang je nak bangun sebab dah 6.30 pagi waktu Malaysia. Otak kita dah diset macam tu kan. Takkan aku nak bangun pukul 7... dah 8 pagi di Malaysia tu... 

Bersemangat pagi tu nak melihat sunrise tapi mendung, dapatlah tengok cahaya matahari yang malap je. No luck.

Dalam konvoi ni arahannya senang saja, semalam dah diperingatkan, "tomorrow 7, 8, 9". Maksudnya wake-up at 7am, breakfast at 8, 9am check-out. Pukul 9am tu mula bergerak. Nak settle bil hotel silalah lakukan sebelum itu. Arahan diberi sekali sahaja. 
Selepas checked-out kami dibawa ke bandar untuk retail therapy. Gila ko... tiga hari berjalan baru dapat masuk kedai hahah... Kami dibawa ke kedai OTOP - One Tambon One Product - barangan di sini adalah dibawah Royal Project yang dinaungi Puteri Raja Thailand. Barangan yang dijual tidak terlalu banyak jenis tetapi harganya berpatutan. 'Golden leaves' yang siap frame tu rasanya less than RM100. Berebut membeli hinggakan barang yang bukan untuk dijual dan bekas meletak barangan jualan pun dibeli hahaha... krezi !

Golden leaf yang menjadi ikon selatan Thailand



Kemudian kami singgah di :

Phra Buddha Taksin Mingmongkol.
  

Aktiviti semalam agak packed so lawatan ke masjid di tunda ke hari ketiga. Pagi tu kami melawat sebuah masjid yang berusia lebih dari 300 tahun, Wadi Al Husein Mosque. Dianggarkan dibina pada tahun 1634 ketika menghampiri penghujung Kesultanan Pattani. Masjid kayu tertua di Thailand ini masih berfungsi dengan baik kepada komuniti islam yang ramai di kampung tersebut. Masjid (atau masayit oleh masyarakat tempatan) ini juga dipanggil Masjid Sam Roi Pi, Talo Mano, Telok Manok atau Talok Manok.
Diceritakan masjid ini dibina atas usaha Wan Hussein As-Sanawi, seorang guru yang berpindah ke Pattani pada tahun 1624. Sebuah quran bertulisan tangan yang seusia dengan masjid ini juga masih disimpan dengan baik oleh bilal. Muzium yang menyimpan artifak berkaitan islam juga terletak berdekatan kampung ini.
SENIBINA MASJID WADI AL HUSEIN DI TALOMANO, NARATHIWAT
Bangunan masjid ini kelihatan seperti rumah kampung dengan kombinasi senibina Cina, Siam dan Melayu. Keseluruhan bangunan kecuali tangga diperbuat daripada kayu cengal tanpa diikat paku, hanya menggunakan pasak. Bumbung asalnya yang diperbuat daripada daun nipah kini beratap genting.
Masjid ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian depan dimana terletaknya mihrab bersaiz lebih kecil dan mempunyai tiga lapisan bumbung. Di sinilah letaknya menara yang berunsurkan cina. Ruang solat yang lebih besar dipengaruhi senibina Thai manakala keseluruhan dinding adalah kombinasi Cina, Siam dan Melayu.
Di hadapan Masjid Talomano ini berdirinya Budo Su-ngai Padi National Park yang menjadi tempat membiaknya pokok daun emas/golden leaf (Bai Mai Si Thong atau Yan Da-o) dan berkumpulnya hornbill. Kat Pulau Pangkor pun ada banyak hornbill, dah tengok?








 Pasak



Bagaimana untuk ke Masjid Talo Mano?
Masjid ini terletak di Ban Talo Mano, Tambon Lubo Sawo, 25km dari bandar Narathiwat.

Gunakan Highway 42 dan masuk simpang di Ban Bue Ra-ngae.



Kemudian kami ke Chao Mae Lim Ko Niao Chinese Shrine, Pattani.

Terletak di A No Ru road, ia meriah pada bulan ketiga kalendar cina setiap tahun dengan perarakan berwarna-warni membawa patung Chao Mae di beberapa jalan di tengah bandar, berjalan di dalam api dan berenang merentasi sungai berhampiran Jambatan Dechanuchit.
 





Menggambarkan umur tokong ini.


Hari ketiga ni kami checked-in at C.S Pattani Hotel yang sangat selesa. Hotel ini berinspirasikan javanese/Bali dan menyediakan makanan halal. Bilik deluxe aku tu sangat selesa siap dinding kaca di kepala katil. Buku-buku yang menarik juga disediakan untuk mengisi masa.

Berdekatan pasaraya Big C, hotel ini lengkap dengan swimming pool. Beriya aku nak berenang, sekali check beg goggle je ada... baju renang tertinggal. Hmmm... pandang je lah swimming pool yang besar tu huhu..

Berehat di sini dulu.

**C.S. Pattani Hotel juga menyediakan pakaian renang tapi tak sesuai dengan imej muslimah.

Post a Comment

0 Comments