4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 2



4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 2 | Sinetron bersambung lagi hehe..

Tambahan cerita Tak Bai. Penduduk Koh Yao fishing village yang cuma seramai 300 orang tu menggunakan bahasa Thai lama. Jarak pekan Tak Bai ke Taba Imigration Check-point cuma 4km. "Kurao salted fish" hanya dihasilkan di Amphoe Tak Bai dan dijual dengan harga setinggi RM1,500 baht sekilogram. Mahal giler ikan masin. Bolehlah hadiahkan kat bos, manalah tahu dapat naik pangkat nanti.
Sepanjang perjalanan setakat ini banyaklah aku nampak orang menjual petrol dan diesel seludup dari Malaysia. Sebut aje nak yang mana... Ron 92/95/97? Botol besar kecil dan bapakkk besar pun ada.
Selepas melawat tiga lokasi dan lunch kami berehat sebentar di Narathat Beach, Narathiwat, sebelum menyambung lawatan ke Shri Ganesha Statue yang bersebelahan dengan tokong dan wat yang dalam pembinaan. Seronok berehat di pantai tu... boleh berehat sambil makan makan, window shopping, mandi-manda atau menunggang ATV.
Aku rasa kawasan peranginan ini bagus cuma kurang popular di kalangan pelancong. Pelancong Malaysia selalunya ke Hatyai, Bangkok dan Chiengmai padahal nak ke Bangkok melalui jalan darat perlu melalui wilayah-wilayah selatan Thailand dulu. Pantai ni berdekatan kampung nelayan dengan bot-bot yang menarik hiasan badannya juga dekat dengan central mosque. Aku tak jumpa public toilet, kembung dah pundi kencing huhuu... tak sanggup pula nak masuk ke tandas yang ditunjukkan peniaga tu, macam tak proper je. Biasanya aku tak risau pun masuk tandas awam di Thailand sebab secara amnya bersih cuma di sesetengah tempat takde water hose. Mereka menggunakan hose yang kena press baru keluar air tu sebab tu takde air meleleh ke lantai. Lagipun BELUM PERNAH lagi aku nampak ada kesan tapak kasut atas toilet seat tu, apalagi air kencing macam kat China sana yukksss!
Perut masih kenyang jadi aku cuma membeli pisang goreng dan ais krim kelapa. Ais krim di sini murah cuma 25 baht, air kelapa 20b. Di Hatyai ais krim tu dijual 50 baht.  
Syok juga lepaking di Narathat Beach ni.




  Ciptakan pengalaman indah bersama anak.

 Perkampungan nelayan sebelum sampai ke Narathat Beach


 Nampak tak corak di badan bot tu? Berseni. Di kedai cenderahati ada dijual replika bot ni.

 Ais krim kelapa yang enak


Kemudian kami ke Shri Ganesha Statue. Yang ini itinerary tambahan.
Sesi berdoa.
 
Lokasi sebelah-menyebelah..




Malam tu kami bermalam di Ao Manao Resort yang berhampiran pantai dan Ao Manao Forest Park. Jika bermalam di sini jangan lajak sampai subuh gajah pulak sebab matahari yang terbit di sini adalah yang pertama di Thai. Kitalah orang pertama yang nampak matahari naik sebelum kawasan lain. Special tu.
Nota:
Sebelum terlupa, orang kata Amazon Coffee yang banyak terdapat di petrol station tu sedap.

Post a Comment

0 Comments