4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Kuala Lumpur-Rantau Panjang-Sungai Golok 510km | Tak sabar rasanya nak berkongsi pengalaman mengembara berkereta ke selatan Thailand. Pengalaman pertama yang manis namun terselit kisah sedih bila salah seorang peserta kembali kepada sang Pencipta. Sempat berbual dengannya ketika dinner di Narathiwat kerana kami duduk semeja, "She cannot speak English, only Chinese and Malay", kata adiknya. Sekejapnya...
Kami berkumpul di BHP Station, Karak. Breakfast dulu di sini sementara menunggu semua berkumpul. Toilet di belakang tu perghhh... siapalah PBT-nya eh? Atau dikira private property? Berbeza sangat dengan tandas di RnR PLUS highway.
Boleh dikatakan setiap dua jam Konvoi 4x4 CNY in Thailand 2016 akan berhenti di petrol station tertentu untuk 'pee-stop' hehe... Aku salute dengan semua drivers yang mampu memandu secara terus-menerus. Kalau aku sure mengantuk bila matahari mula naik. Kecikkk je mata. Petronas Macang By-Pass design baru lah, menarik. Tandasnya pun empat pintu siap dengan sinki untuk bersihkan baby. Hairan akak dengan butang flush yang siap ber-grill dan bermangga, tak nak orang guna kaki agaknya. Well, mentaliti 3rd world country tu kan masih ada.
Kami berhenti makan tengahari di Hentian Gua Musang. Bagus RnR ni, ada banyak pilihan makanan, kemudahan surau dan tandas yang banyak. Mungkin ramai sangat pengguna serentak yang menyebab tekanan air menjadi rendah. Untunglah berniaga time sesak cuti panjang Chinese New Year... tersenyum lebar tauke kedai.
Kami sampai di border Malaysia-Thailand pukul 6.15 petang. CIQ Rantau Panjang dibuka sehingga jam 10 malam setiap hari manakala imigresen Sungai Golok (Su-Ngai Kolok) sehingga pukul 9 malam (waktu Thailand). Negara Siam lewat sejam dari Malaysia so samalah waktu buka/tutupnya.
Su-ngai Kolok Boundary Post
Perkampungan muslim di sempadan Malaysia-Thailand
Dari CIQ ke bandar Sungai Golok tak jauh, boleh berjalan kaki kalau sanggup. Jika tak sanggup boleh sewa motor taxi berlesen seperti di atas.
Syarat-syarat penting membawa kenderaan persendirian masuk ke Thailand:
1) Sila bawa geran asal atas nama sendiri.
2) Jika kenderaan milik orang lain, sila dapatkan surat pengesahan beserta geran asal.
3) Beli insurance di pejabat sempadan dalam RM30.
4) PASSPORT
4) PASSPORT
Dua buah kenderaan kami 'sangkut' disebabkan :
1) Geran fotostat
2) Kenderaan di atas nama syarikat. Walaupun syarikat sendiri perlu ada surat pengesahan dan geran asal.
Ada orang kata boleh bawa geran fotostat yang disahkan oleh JPJ/polis, ada yang lepas masuk ke Thailand pun... tapi pada pendapat aku kalau kita berada di kampung di Kelantan nun dan sesaja nak masuk Thailand tak apalah boleh cuba try test, tetapi kalau dalam planned trip sebegini lebih baik kita patuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Nasib dua orang peserta tu baik kerana dilepaskan atas budi bicara pihak berkuasa mereka. Kalau tak, kena drive semula ke belakang sejauh 510km!
Kami menginap di Garden Hotel di Sungai Golok. Hotel lama tetapi selesa, ada swimming pool. Di Sungai Golok rasanya cuma ada tiga buah hotel yang besar. Hotel Genting yang terbesar dan meriah dengan bunyi-bunyian di waktu malam. Hotel ni tiada kena-mengena dengan Resort World Genting tu ya.
Grand Garden Hotel, Sungai Golok
Daerah selatan Thailand terkenal di kalangan warga Malaysia terutamanya di Kelantan dan Kedah atas urusan jual beli, hiburan malam dan kahwin sembunyi heheh.... Kan selalu kita dengar orang kawin lari di Sungai Golok dan Narathiwat. Senang katanya, tak payah minta izin isteri pertama. Nak kahwin lebih tapi penakut. Tak payah buat lakilah jantan camtu dik oii.
Entertainment outlet di Sungai Golok biasa saja, tak macam Pattaya pun.
Suasana malam di Sungai Golok. Mungkin agak sepi disebabkan masih di hari kedua sambutan Tahun Baru Cina.
Restoran Makanan Halal Di Sungai Golok
Bila berada di selatan Thailand anda tak perlu risau bab makanan halal nih, banyak! Malam tu kami makan di salah sebuah restoran muslim yang terkenal iaitu Haji Hussin King Restaurant, Musiapan Road, Sungai Golok. Uols kena cuba tomyam siakap, sedap!
Semasa di Pattani barulah ku tahu tomyam putih tu sebenarnya dicampur susu cair. Memula tak percaya juga sebab yang bagi tau tu lelaki... biar betul? heheh... Rencah lainnya biasa je, cili, halia, daun limau purut, daun ketumbar, serai dan daun sup yang dipotong sekerat.
Lepas makan ingatkan terus balik ke hotel rupa-rupanya Cikgu Ya yang menjadi pemandu kami di sana bawa minum teh tarik dan makan roti canai pulak di Charoenkhet Soi 10 Road... gemuk la ai !
Kisah Selatan Thai
Selatan Thailand dibahagikan kepada 14 wilayah. Satun, Betong, Sungai Golok, Narathiwat, Pattani, dan Yala antara bandar berada di wilayah selatan ini. Yang ini betul-betul selatan dan empat wilayah yang terakhir tu penduduknya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan selain bahasa Thai manakala Satun dan Betong menggunakan dialek Kedah. Hatyai, Krabi juga di selatan tetapi mereka tidak boleh berbahasa Melayu. Sampai juga aku di Hatyai, memang ramai orang Malaysia melancong ke sana.
Malaysia-Thailand dihubungkan oleh Segenting Kra. Ingat lagi tak subjek geografi kita belajar dulu? Terdapat beberapa wilayah yang dulunya milik Kelantan dan Kedah tetapi diserahkan kepada Siam atas beberapa sebab oleh penjajah dan penguasa Melayu. Bab serah menyerah ni dari dulu hingga kini orang yang tandatangannya laku saja yang boleh buat. Kena baca buku-buku sejarah lama kalau nak tahu lebih lanjut.
Pantai dan pulau-pulau yang berada di Gulf of Thai dan Laut Andaman memang sudah terkenal cerita keindahannaya di kalangan pelancongan asing hinggakan mek saleh yang satu bot dengan aku cakap, all are tourists, i didn't see locals. Memang pun... hinggakan lunch yang termasuk dalam tour package pun kena ambil kira selera mereka. Punyalah tak rasa Thai food lansung di restoran yang kami singgah tu.
Antara kawasan yang berada di sekitar Andaman Sea ialah Satun, Trang, Krabi, Ranong, Phuket dan Phang Nga. Manakala di Teluk Thai pula ialah Songkhla, Koh Samui, Khanom dan Samila. Pantai-pantai tu semua memang cantik belaka dengan pasir halus memutih, air membiru, batuan yang mengindahkan lagi pemandangan dan pengunjung yang ber-two-pieces belaka hahahaha....
To be continued.
Antara kawasan yang berada di sekitar Andaman Sea ialah Satun, Trang, Krabi, Ranong, Phuket dan Phang Nga. Manakala di Teluk Thai pula ialah Songkhla, Koh Samui, Khanom dan Samila. Pantai-pantai tu semua memang cantik belaka dengan pasir halus memutih, air membiru, batuan yang mengindahkan lagi pemandangan dan pengunjung yang ber-two-pieces belaka hahahaha....
To be continued.
2 Comments
Lain kali try the wajik di R & R Gua Musang. Out of this world.
ReplyDeleteKalaulah tahu lebih awal...
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.