Thailand | Ladang Bunga Tulip di Chiang Rai



Ladang Bunga Tulip di Chiang Rai | Sungguh tak kusangka di Thailand pun ada ladang bunga tulip ! Beriyalah aku ke Hangzhou-Shanghai tahun lepas walhal kat kampung sebelah pun ada.

Suan Tung Lae Khom Chiang Rai Park atau Suan Tung (Tung Garden) di Chiang Rai adalah satu-satunya tempat penanaman bunga tulip di Thailand. Memang hebatlah pelancongan di negara Siam ni, ada yang lebih cantik daripada ladang bunga matahari di Lopburi. Tarikan yang baru masuk tahun kedua masih belum meluas sebaran ceritanya. Kiranya readers blog ruggedmom ni antara yang terawallah.

Aku belum pernah sampai tetapi sudah dimasukkan dalam wish list. Biasanya pelancong yang ke Chiang Mai akan ke Chiang Rai sekali kerana berdekatan so bolehlah buat one day trip. Jarak CM ke CR 198km yang mengambil masa 3 jam perjalanan darat. Dekat jer... Naik je kereta/van terus tidur mesti cepat sampai hahahah...

Setakat 4 Januari bunga tulip di sini masih mekar cantik..  geramnya !! Utara Thailand mengalami musim sejuk diantara November dan Februari jadi sesuailah untuk pokok tulip hidup. Selain tulip pokok bunga lain yang bersesuaian juga ditanam. Rasa nak tidur baring feeling #dilwale sangat kat situ.

Gambar-gambar ni semua daripada Tourism Thailand Kuala Lumpur. Tunggulah aku pergi melawat sendiri baru boleh upload gambar bebanyak.

**Aku ada banyak gambar menarik dan cantik musim sejuk di Kunming. Nantikan!
 




Photo credit Mr Somboon Cheanswath

Kalaulah kutahu di Thailand pun ada tulip ...


Post a Comment

5 Comments

  1. I was here kak. They have mekong festival and taman bunga one of their program. They have 1 stage for 5 country to show their traditional music. Love this festival

    ReplyDelete
  2. Dah nak habis mac baru tw..ok awal tahun depan!!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.